PAS MEMPERDAGANG ISLAM, KATA PEMIMPIN AMANAH











Beliau berkata pelbagai kecaman bahkan tuduhan kafir dilemparkan jika pihak lain beralasan untuk tidak menguatkuasakan undang-undang itu. “Beribu-ribu alasan pemimpin parti itu bawa untuk mengabsahkan sikap mereka kini yang tidak lagi mengambil tahu agenda pelaksanaan hudud yang mereka sendiri laungkan dulu. “Jika alasan yang mereka bawa hari ini diguna oleh pihak lain, berbakul-bakullah sumpah seranah mereka terhadap pihak itu. Sumpah paling masyhur ialah khadam kafir," katanya dalam satu kenyataan di Facebook. Beliau membangkitkan tentang Muktamar Pemuda PAS Pusat ke 60 pada Jun 2019 mengambil frasa Demi Islam sebagai tema.

No comments: