Parlimen perlu mengubal segera undang2 ANTI LOMPAT PARTI...Ini sangat penting untuk menjaga mandat rakyat! Tidak kira PN atau PH undang2 ini untuk menjaga sistem demokrasi!
Melalui undang2 ini wakil rakyat tidak akan dapat dibeli atas nilai apa sekalipun. Negara kita menjadi bahan lawak antarabangsa kerana kerajaan sentiasa berubah bukan dari peti undi. Wakil rakyat yg tidak bermaruah ini menggugat kestabilan negara dan menghalang pelaburan asing membawa masuk pelaburan.
Wakil rakyat yang melompat akan dapat pelbagai kesenangan sedangkan pengundi hanya mampu melihat dengan perasaan marah! Tiba masa untuk kerajaan bertindak segera.
1) Mana2 wakil rakyat yang dipecat dari parti akan dikosongkan kerusi Parlimen atau DUN.
2) Mana2 wakil rakyat DUN atau Parlimen yang berpaling tadah akan diistyiharkan kosong kerusi mereka.
Pilihanraya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh tersebut.
Jika undang2 ini tidak diadakan maka tidak perlu lagi ada sistem pilihanraya di Malaysia. Mandat undi rakyat yang sewenang-wenang diperkosa hanya membuang masa dan wang negara!