ELAUNS PINGGAN MANGKOK



mohon lebih pencerahan🤔
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Elaun pinggan mangkuk cecah puluh ribu, warga maya persoal gaji menteri.

*ProjekMM - All / Jamilah Kamarudin*
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
*KUALA LUMPUR, 12 Mei — Pendedahan bekas menteri belia dan sukan tentang pendapatan ahli jemaah kabinet mengejutkan warga internet.*

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada awalnya memuat naik status di Twitter, mengulangi pendiriannya sebagai ahli politik bebas rasuah.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata tiada keperluan untuk seorang menteri mengamalkan rasuah kerana menerima gaji dan elaun yang tinggi, lalu mendedahkan butiran dan jumlahnya.

Namun respons kebanyakan warga maya lebih tertarik dengan elaun pinggan dan mangkuk, dan menganggap bayaran "one-off" berjumlah RM42,000 sebagai pembaziran.

"Kalau Syed Saddiq tak tulis ini sampai sekarang kita tidak tahu ada elaun pinggan dan mangkuk dan untuk apa,"soal Nabila Huda Tahar.

"Elaun one-off pinggan dan mangkuk RM42,000. Maksudnya adakah pinggan dan mangkuk sebenarnya berharga RM42,000?" catat Calvin Yong Ling.

"Ini berita paling pelik dalam tahun ini. Jika Syed Saddiq tak dedah, kita tidak akan tahu elaun one-off pinggan mangkuk wujud," catat Mark Jinmin.

"Elaun pinggan mangkuk RM42,000. Elaun penyelidik parlimen tiada. Kerajaan lebih pentingkan ahli parlimennya makan dan berhibur daripada menggaji penyelidik untuk kerja-kerja legislatif," catat Daniel Teoh.

Difahamkan elaun itu untuk pembelian perkakas hidangan yang mempunyai lambang jata negara, khas untuk majlis melibatkan tetamu rasmi termasuk duta.

Menerima gaji RM55,000 sebulan, jumlah itu menurut Syed Saddiq tidak termasuk insentif tambahan balik kawasan atau menghadiri program yang jauh daripada pejabat.

Selain pinggan dan mangkuk, turut dinikmati elaun percutian RM70,000, elaun pindah rumah RM10,000 dan pampasan "one-off" jika diberhentikan sebagai menteri RM150,000.

*[12-5 3:08 PM] #JohoRespondTeam🇲🇾

No comments: