UCAPAN SULTAN PERAK MENARIK UNTUK DI PERKATAKAN


Pagi tadi aku berkesempatan mengikuti live Titah Ucapan pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak dari Sultan Perak, Cukup menarik.. Kalau bukan kerana titah ucapan  datang dari Sultan Perak ini..dah pasti tidak ada apa yang istimewanya untuk ikuti sidang Dewan dari Kerajaan negeri tebuk atap ini..

Bila mendengar Titah Sultan Perak, seakan akan kita mendengar ucapan yang mengupas belanjawan dan pentadbiran negeri. Perak..dimana Sultan yang menisbahkan pencapaian kerajaan negeri beta..

Sultan Perak memulakan ucapan dengan menyentuh soal Politik semasa dengan pertukaran Kerajaan negeri Perak dan mengucapkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan PH selama 22 Bulan yang wajar dipuji.. Lebih menariknya, Pesan Sultan Perak pada Kerajaan tebuk atap yang baru.. Mereka perlu jujur dan Berintergriti..

Kemudian Sultan menyentuh tentang lebihan pendapatan Kerajaan Negeri Perak yang berjaya dicapai di era Pakatan Harapan , “kata Sultan Perak, Kerajaan Beta menutup akaun kewangan tahun 2019, dengan lebihan RM52,328,325.16, iaitu kutipan hasil hampir RM1,094,887,096.68 ..iaitu peningkatan 106% dari sasaran..

Peningkatan ini dicapai tanpa sumbangan Royalty dari kerajaan Pusat sebagaimana negeri Kelantan dan Terengganu.. ianya hasil sebenar Kerajaan negeri..Peningkatan itu  pencapaian 106 peratus berbanding sasaran dan unjuran belanjawan 2019..satu rekod baru bagi Kerajaan Negeri Perak..

 Lebih menarik, bila Sultan Perak juga menyentuh .Perak telah berjaya menarik lebih RM 10 Billion pelaburan Asing, iaitu pelaburan tertinggi dalam tempoh 10 tahun.. Sudah pasti Pelaburan Asing ini atas daya usaha dan inisiatif melibatkan Portfolio EXCO Ds Nizar Jamaluddin..

dan Sultan menegaskan unjuran belanjawan pada belanjawan 2020 adalah RM 1.2 billion hasil.. Apakah ini berjaya dicapai oleh Kerajaan negeri tebuk atap yang baru ? Bagi aku dah pasti sukar memandangkan ancaman Ekonomi..dan kesan dari Wabak Covid-19 yang melanda,

Bagi tahun ini, Tidak ada apa yang boleh diharapkan.... Apalagi Negeri Perak kali ini ditadbir kelompok Lebai dan Kleptokrat.. tidak ada apa yang boleh digharapkan.. Bercakap memang mudah.. Bila memegang Amanah, barulah tahu langit tinggi rendah..

dah pasti bila Sultan Perak membicarakan soal Kewangan Negeri, Pelaburan dan Ekonomi.. Seakan mesejnya jelas.. Ia sekarang menjadi ujian sebenar kerajaan negeri tebuk atap ini..

Apapun, Dalam Titah Ucapan Sultan menyentuh Kerajaan negeri Perak..diakhiri dengan melafazkan firman Allah yang bagi aku mempunyai mesej yang baik.. Sultan Nazrin memetik ayat ke 41 dari Surah Ar-Rom..

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)..

Ipohmali

12.MEI.2020

No comments: