HIPOKRASI POLITIK KETIKA COVID



1. Semalam saya menulis mengenai keperluan mendahului Rakyat dan Negara. Undi tidak percaya kepada Kerajaan perlu ditunda. Kita taknak Kerajaan ada vacuum, takut kalau bubar parlimen atau tukar kerajaan, berapa lama pula rakyat kena tunggu. Pada saya, undi tidak percaya tidak sesuai dibuat ketika negara dilanda krisis.

2. Tup tup... semalam Kerajaan Negeri Kedah tumbang. Kerana 2 ahli PH melompat dan menyokong parti lawan. Ketika penyokong PN meratib, undi tak percaya di peringkat persekutuan adalah derhaka Agong. Takde pulak meratib stunt politik ni derhaka Sultan. Nanti ada la yang kata, itu lain. Itu melompat, bukan undi tak percaya. Spin seperti biasa. Pokok pangkalnya sama. Politikus tak pikirkan Rakyat dan Negeri. Khianat mandat yang diberi.

3. Ia menunjukkan satu, kalangan PN dah terbukti banyak hooligans. Belum lagi berita isu “khinzir-menkhinzir” di Melaka. Speaker nak baca doa mulakan sidang ditempik, dibaling buku. Mana kualiti Kerajaan Melayu dan Islam, pun saya tak tahu? Dalam bulan mulia, nafsu nakkan kuasa yang didahulu.

4. Penyokong-penyokong parti Islam dan Melayu diam membisu. Ada pensyarah-pensyarah politik pun yang dok ratib derhaka-derhaka, yang dok ratib sekarang tak kena masa, semua pakat diam. Bila tang orang haram, bila tang dia halal pulak. Memang penganut anutan Machiavellian to the max. Semuanya matlamat menghalalkan cara. Cara haram pun takpa. Janji dapat kuasa. Saya nak tahu, inikah ajaran politik Islam yang sebenar? Berpaksi semua pun jalan, janji kita mendapat?

5. Yang diratib, Rakyat mahukan ini semua. Rakyat mahukan Kerajaan Melayu Islam. Rakyat yang mana? Mungkin dia lupa. Populasi Rakyat hanya 60% Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak. Bukan semua termakan propaganda Kerajaan Melayu Islam ya. Ada yang boleh nampak sandiwara. Nak cakap bukan Melayu nak kan Kerajaan Melayu Islam? Usah harap. Dengan perangai politikus tebuk atap macam ni, ingat diaorg akan tertarik? Prinsip ke laut, perangai macam duduk zaman batu. Nak buat orang setuju?

6. Kena ingat mandat Rakyat yang bukan boleh ditipu dan dimain wayang masih lagi mandat PRU14. Yang majoriti Rakyat tolak BN dan PAS. Yang tu spin macam mana pun tak boleh sangkal. Nak cakap mandat Rakyat PRU14 berubah selepas PH memerintah, itu omong kosong buat masa ini. Takkan la seluruh 60% Melayu dan Bumiputera sokong PN? Sangat tak logik bukan. Masih ramai kalangan kita yang tolak penunggang agama dan kaum. Bukan semua senang termakan propaganda begitu.

7. Yang pasti hipokrasi politik ketika Covid dan dalam bulan yang mulia ni bukan dirancang level bawah2. Nescaya endorsement datang from the very top. Yes, Abah baca doa nak tolong makcik kiah. Tapi orang dah mula nampak. Cara berpolitik cara hooligans dia endorse. Takde pun sebutir komen keluar dari mulutnya. Kalau betul dia berprinsip sebagaimana yang cuba ditunjuk, ini dah jauh menyimpang. Soalan yang saya selalu tanya, is he in control? Kenapa biarkan orang yang beliau tentang dulu, kuasai Kerajaan dan buat all these stunts? Takpun dalam diam dia yang mencatur?

8. Saya tahu ramai Melayu yang tolak BN dulu, sekarang boleh menerima PN kembali. Sebab adanya faktor Abah di situ. Mereka mungkin menyampah dengan UMNO, tapi Abah ini beri nafas baru. Walaupun saya marah juga dengan dia mula2, tapi dalam hati kecil saya pun harap begitu. Let him be different. Allow him to lead sementara tunggu PRU15 berbeza dari yang dulu. Tapi dari hari ke hari, harapan saya dah nampak mcm nak musnah. Politik hooligans dia bawa ke tengah.

9. Kita rakyat yang dibawah macam biasa. Ada yang melopong ada yang menyorak. Sorak kalau kena tekak. Kalau tak kena, habis diratib apa yang perlu. Ia bukan lagi berasaskan fakta dan prinsip. Banyak yang semata2 retorik. Janji tercapai cita2 yang utamanya kuasa. Kuasa politik parti pilihan mereka.

10. Kena ingat Kerajaan ini tidak mungkin jadi “Kerajaan Melayu Islam” selama2nya. Selagi nak menang pilihanraya, mereka perlukan undi bukan Islam juga. Nanti tuan puan tengok la, nak dekat pilihanraya. Banyak lagi hipokrasi politik yang akan keluar. Yang dulu haram, sekarang jadi halal. Semua boleh jalan.

11. Makanya kita, tepuk dada tanya selera. Kalau ini bentuk Kerajaan Melayu Islam yang kita hendak, terserah. Namun bagi kebanyakan kita yang celik mata, bukan ini yang diharapkan. Yang kita harap, ramai lagi orang baik2 dan berprinsip masuk politik. Yang letak kepentingan Rakyat dan Negara sebelum dirinya dan parti.

12. Evil triumphs when good people do nothing. Notes to self. Teruskan bersuara. Sangkal bila salah. Jangan taksub mengkhinzir buta. Kena fitnah RBA dan walaupun sampai dikafirkan oleh mereka, kena teruskan juga bersuara. Allah sahaja yang boleh putuskan dosa dan pahala... bukan mereka-mereka.

Wallahu a’lam.

Salam hormat,
Liyana Marzuki


No comments: