RATIP SANG NAJIB....GAMAKNYA DOJ BUAT MENIAGA KOT.UNTUK BAGI BALIK KE MALAYSIA...



Hebat 1mdb..melabur dgn DOJ..tu yang DOJ pulang balik duit keuntungan pelaburan..saper kata duit curi tu memang bangang..Kalau tak caya juga tanya Rosmah,  DOJ selama ni buat duit pelaburan. Bijak Najib sampai tak terkata rupanya..Rakyat saja tak tahu bahawa DOJ tu buat pelaburan, dah untuk bagi balik ke Malaysia. Tak giitu Najib?

Pembantu Peguam Negara AS, Brian A. Benczkowski, berkata pembayaran itu mencerminkan komitmen AS kepada Malaysia untuk memburu, merampas dan memulangkan aset yang diperoleh menerusi penyelewengan itu - Berita Harian Online, 15 April 2020.







Assalamualaikum
Bismillah...
Nukilan DSNR!
Bertahun mereka fitnah saya kononnya saya terlibat pasal pembunuhan Altantuya, pasal kapal. dan bermacam-macam lagi
Tapi sikit pun tidak melemahkan saya. dulu bila saya cabar PH bawa pulang Jho low ke Malaysia untuk pendakwaan. Mereka kata sudah keluarkan waran tangkap
Hari ini hanya pembohongan PH saja yang tinggal. kononnya Jho Low dan bapanya dalam senarai orang yang dikehendaki PH
Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia telah menerima US$300 juta dari Amerika Syarikat hari ini - bermakna jumlah wang yang dikembalikan oleh DOJ sehingga kini adalah US$620 juta.
Perkembangan ini jelas menyangkalkan tuduhan PH sebelum ini bahawa DOJ tidak akan teruskan kerjasaman dengan kerajaan PN ataupun kerajaan PN tidak akan teruskan usaha untuk mendapat semula semua dana yang dikatakan hilang..
Namun, US$620 juta hanya sebahagian kecil daripada US$4.5 bilion yang sepatutnya dikembalikan kepada 1MDB sebelum 30 Dec 2020 jika perjanjian penyelesaian dengan IPIC milik kerajaan Abu Dhabi diteruskan.
Namun, kerajaan PH dahulu telah batalkan perjanjian penyelesaian asal yang ditandatangan pada masa BN.,
Kerajaan PH juga menolak tawaran IPIC yang disyorkan oleh DOJ sekali lagi pada tahun lepas seperti didedahkan minggu lepas:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156920228715952
Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh syarikat IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi.
Kalau niat utama kerajaan adalah untuk mendapat kembali segala wang, perjanjian penyelesaian ini patut dipatuhi.
Bergantung kepada DOJ Amerika Syarikat untuk kembali wang selepas ianya dibayar dan dijamin oleh IPIC bermaksud kita tak mungkin dapat kembali keseluruhan dana yang didakwa hilang.
DOJ hanya mampu mendapat kembali sebahagian dari dana tersebut. Itupun dengan cara sedikit demi sedikit.
Tetapi niat kerajaan PH berlainan.
Jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka Najib tak rompak apa-apa.
Itu bercanggah dengan propaganda PH.
Jika perjanjian tak batal maka hanya boleh kata IPIC belum bayar balik dana 1MDB. Wang tak hilang.
Sebab itu, kerajaan PH dahulu sanggup menerima sebahagian dari wang tersebut melalui DOJ sedikit demi sedikit dan tidak mahu mendapat kembali segala dana didakwa hilang secara sekaligus seperti dalam perjanjian penyelesaian.
Kerajaan patut meneruskan perjanjian penyelesaian dengan IPIC jika kita mahu mengambil balik semua wang 1MDB yang di dakwa hilang secara sekaligus - bukan dengan meneruskan cara PH untuk mengambil balik sedikit demi sedikit.

No comments: