HAMSINAHAMZAH
Jangan percaya kepada dia ini, madu diberi tuba dibalas. Hormat dipersembah, biadap dibalas. Beri seinci minta sedepa, bagi betis mintanya peha.
Semua orang salah, semua orang berdosa, hanya dia sahaja sesuci wali, dia sahaja betul yang lain senget, dia sahaja benar yang lain beronar.
Jangan percaya manusia ini lembut Gigi dari lidahnya, bersandiwara umpama tok dalang memegang topeng, kadang meyarung topeng baik, selalu memakai topeng munafiq kerap sekali meyarung topeng pencekik.
Jangan terkena kali ke3 Dan ke4 kelak binasa tiada nikmat, potong bersih jangan bertindih potong tali jangan berkait potong terus supaya tidak terpalit.
Muhyiddin, sama ada jadi proksi atau tidak harus hati-hati. Jangan anggap beliau ini diam tidak berkuku lagi. Tapi sangat licik untuk dikenali.