Apa pertemuan Anwar dengan Muhyidin? Bincang isu COV19 dan tentang sidang Parlimen Mei nanti. Ada yg kata Anwar yg kemaruk mahu bertemu Muhyidin, mereka silap. Cuba tanya Muhyidin, siapa jemput siapa.
Sejurus pertemuan, Anwar terus buat kenyataan media dan memaklumkan beberapa perkara akan dibincangkan bersama Majlis Presiden PH dan apa yang diputuskan oleh Majlis Presiden akan dikemukakan kepada Muhyidin. Tiada rahsia, dan tidak timbul isu pertemuan itu disembunyikan dari PH sepertimana dakwaan Roslan SMS dari Pas.
Beza pertemuan di antara Azmin selaku Menteri Ekonomi di dalam kerajaan PH dan Timbalan Presiden Keadilan dulu yang mengadakan pertemuan dengan beberapa MP dari Umno di rumahnya di waktu malam sebelum berlakunya "Langkah Sheraton" yang menjadi permulaan pengkhianatan. Ketika itu Azmin tidak memaklumkan kepada Kabinet mahupun kepada parti Keadilan sendiri tentang pertemuan di rumahnya itu. Hinggalah kita ketahui bahawa pertemuan di rumahnya itu ada menawarkan projek kepada beberapa MP Umno apabila ada MP dari Umno sendiri yang mendedahkannya kepada perwakilan Umno Bahagiannya.
Anwar bersikap telus dan terbuka, boleh bertemu dengan sesiapa sahaja dan jika ianya melibatkan PH, beliau tidak akan membuat keputusan tanpa mandat PH. Roslan SMS ingat Anwar ini seperti pemimpin mereka yang suka berunding di dalam kelambu.
WFAUZDIN NS