AKHIRNYA AT TAKIRI MENJADI MENTERI BULOH ATAS KERELAAN SENDIRI



Ketika Teresa Kok, Menteri Industri Utama era PH melontarkan idea untuk memperkenal dan mengembangkan penanaman buluh di negara ini, Dr. Khairuddin At-Takiri adalah antara pemimpin Pas yang paling ke depan memperlekehkan idea tersebut.
Selain memperlekeh,!dengan nada menyindir, beliau menyifatkan cadangan itu merupakan satu lagi “idea bernas” daripada menteri PH.
Katanya lagi, kegagalan menguruskan pasaran kelapa sawit sehingga jatuh merudum harganya telah cuba ditutup dengan “idea bernas” itu.
Tetapi, dengan takdir Tuhan, melalui pembentukan kerajaan tebuk atap sekarang ini, Dr. Khairuddin telah dilantik mengambil alih tempat Teresa di bawah nama kementerian baru iaitu Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Hanya baru sebulan lebih menjadi menteri, Dr. Khairuddin sendiri akhirnya mengulangi idea penanaman buluh itu.
Kata beliau, industri buluh mempunyai potensi besar untuk diusaha dan dimajukan di negara ini.
Apa sudah jadi?
Dulu perlekeh, kenapa sekarang diteruskan idea tanam buluh itu?
Kenapa juga sebagai menteri, beliau tiada idea baru yang tersendiri sehingga perlu menciplak idea lama menteri PH yang pernah diperlekehkannya dulu?
Adakah Dr. Khairuddin sekarang ini dengan kerelaannya sudah menjadikan dirinya sendiri sebagai “Menteri Buluh”? 

(ShahbudinHusin 16/04/2020)


No comments: