PERLUNYA PENYUSUNAN SELEPAS 63 TAHUN MERDEKA?


MOHD NIZAM

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks

Ketika berlakunya wabak Covid-19 ini, segala sidang akhbar dibuat dalam Bahasa Kebangsaan. Wajah sebenar segelintir rakyat Malaysia yang mengaku warganegara terserlah dengan hodohnya terutamanya golongan Ultra Kiasu yang condong ke "motherland". Malah ada yg tanpa segan silu menganggap China sebagai "motherland".

Mereka benci dengan Bahasa Kebangsaan, malah mencaci penuturnya, marah kenapa tidak menggunakan Bahasa Inggeris dan paling teruk tidak faham apa yg disampaikan dan mula membuat onar atas ketidakfahaman mereka sendiri. Ada yg menyatakan kenapa tiada sarikata Bahasa Cina dan Tamil. Woii dah 63 tahun merdeka kenapa perlu kepada sarikata bahasa asing?. Ini urusan rasmi, bukan sembang-sembang dirumah.
Penyusunan semula sistem sosial perlu dilakukan selepas ini bagi memastikan setiap warganegara WAJIB FASIH berbahasa Kebangsaan tanpa kompromi lagi. Semua institusi vernakular perlu dihapuskan atau jika kekal wajib mengajar Bahasa Melayu pada tahap standard, supaya tiada lagi istilah "BM bahasa tak guna, useless language, mandarinlah oii, Englishlah oii, stupid language, no economic value" dan lain² kenyataan tidak bertanggungjawab oleh warganegara.
Putuskan terus kiblat warganegara daripada negara nenek moyang mereka dan tumpahkan taat setia tidak berbelah bahagi kpd Malaysia. Manakala DBP pula wajib diperkasakan dan mampu mengenakan tindakan penguatkuasaan terhadap mana² pihak yg memalukan Bahasa Kebangsaan di tempat umum. Sudah sampai masanya kebodohan lampau diubah. Daulatkan Bahasa Kebangsaan.
Sesiapa yg tidak bersetuju beri kata dua sama ada ingin taat atau dilucutkan kewarganegaraan. Paling penting para jemaah Menteri wajib berucap, bercakap dan berinteraksi dalam Bahasa Kebangsaan.
* Salah satu contoh bodoh dan tak faham Bahasa Kebangsaan adalah wanita bernama Melissa Goh. Lain yg disampaikan Menteri dlm sidang media, lain yg dia faham. Kalau tak faham jangan komen, rujuk mereka yang faham. Akhirnya malu sendiri.