APABILA EGO MENGATASI NAFSU



Tamrin Tun Ghafar
Tarikh : Rabu – 15/04/2020
( 1 – 27 )
1. Apabila ditanya apakah ada perang yang lebih besar dari perang – perang sebelum ini ; Rasulullah menjawab dengan tegas – ‘NAFSU’
2. Setiap makhluk tidak boleh lari dari ini , samada keinginan makan minum, berjalan , malah apa saja yang berada dalam pemikiran sesaorang
3. Ahli politik bernafsu menjadi Wakil Rakyat atau pemimpin , selepas itu nafsunya meningkat mahu jadi Menteri dan akhirnya Perdana Menteri
4. Bagi memenuhi nafsu , orang politik akan lakukan apa saja termasuk memfitnah , menyusun perancangan sulit dan akhirnya menumbangkan sape saja asalkan berjaya
5. Tidak ketinggalan ada yang sanggup berpura – pura sebagai orang yang berilmuan tinggi seperti guru agama , ustaz dan pemimpin parti Agama
6. Tidak ada dalam sejarah Islam dimana wujudnya Parti Islam seperti yang terdapat dinegara kita
7. Samada perjuangan mereka benar – benar ikhlas nak mengembangkan Syiar Islam atau hanya menggunakan Islam bagi memenuhi nafsu , Wallahualam !
8. Islam yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad SAW TIDAK pernah mengajar malah melarang kita berpuak – puak
9. Yang ada pada Islam ialah Iman dan Amalan TANPA kira bangsa dan keturunan
10. Umat Islam dilarang bermusuhan dengan sesiapa pun malah kita diajar berbaik – baik dan menghormati walaupun dengan bukan Islam
11. Malangnya hari ini kita lihat sebahagian Umat Islam secara terang – terangan melakukan perkara yang bertentangan dengan Ajaran Rasullulah walaupun kita tidak meninggalkan Solat, dan menghadiri ceramah – ceramah Agama
12. Oleh kerana SIFAT EGO nya yang terlalu tebal sehingga kini, Hadi yang telah secara sinis mengait dan menuduh UMNO KAFIR kerana mengamalkan Perlembagaan dan undang – undang Barat ( KAFIR ), dan sehingga hari masih TIDAK MAHU meminta maaf SECARA TERBUKA, maka UMNO itu masih lagi Kafir ; tidak hairanlah kini di mana dunia makin tua dan hampir pupus orang Islam boleh ‘menghawani’ orang kafir dan duduk bersama menjamu ‘daging babi’
13. Bukankah Islam menganjurkan kita bermaafan
14. Apakah ‘PERKAHWINAN’ antara PAS dan UMNO ini ikhlas atau setakat kahwin ‘MUTAAH’ saja atau dalam bahasa Inggerisnya ‘ MARRIAGE OF CONVENIENCE’
15. Pesan Tok Guru Nik Aziz ,
“UMNO APABILA LEMAH AKAN CARI KITA , APABILA KUAT SEMULA AKAN TENDANG KITA ( PAS )”
16. Selepas PRU 14 yang berlangsung pada Rabu 9hb Mei 2018 , UMNO tercungap – cungap seperti ikan mencari oxygen ; ahli – ahli nya bertaburan seperti
‘Anak Ayam Kehilangan Ibu’
17. Nasib baiklah beberapa orang pemimpin PAS sudah kekenyangan dedak yang dimakan menjelang PRU itu lagi
18. Bak kata Najib
“I SCRATCH
YOUR BACK ,
YOU SCRATCH
MINE”
19. ‘Ada Budi
Ada Batas
Ada Budi
Ada Balas’
Mungkin itu lah sebabnya terlalu mudah bagi PAS menerima lamaran UMNO ; jestru dengan aluan kompang dan doa mereka ‘BERSANDING’
20. ALLAH SWT MENGUJI kita semasa susah dan MENGUJI kita juga semasa senang
21. Walaupun PAS hanya mempunyai 18 Ahli Parlimen namun kehadiran mereka amat diperlukan oleh Muhyiddin
22. Sebenarnya kedudukan Muhyiddin begitu ‘PANAS’ ;
‘Nyawa Beliau
Berada
Di Hujung Pedang’
Suka atau tidak, demi menentukan jawatan Perdana Menteri tidak bergoyang, Muhyiddin TERPAKSA MENGHORMATI dan BERSETUJU dengan SEGALA kemahuan PAS, ia tak ubah seperti
‘Menatang Minyak
Yang Penuh’
23. ALLAH SWT Melihat begitu juga umum khususnya ahli – ahli PAS yang cerdik dan mempunyai fikiran waras dan siuman juga menunggu – nunggu apakah pemimpin mereka AKAN MENGGUNAKAN PELUANG KEEMASAN INI BAGI MELAKSANAKAN SEGALA HUKUM ALLAH SWT YANG DIPERJUANGKAN SEJAK 69 TAHUN DAHULU
24. Bak kata Takiyuddin Hassan Setiausaha Agung PAS yang baru dilantik sebagai Menteri Undang – Undang dan Hal Ehwal Parlimen pada bulan Februari yang baru lalu semasa menjawab isu RUU355 , “Hanya Kerajaan Sahaja Yang Boleh Membawa Usul Sebegini
25. Apakah Hadi dan penganut nya AKAN mengeluarkan ‘fatwa’ baru bagi melewat – lewat kan perlaksanaan HUKUM ALLAH atau melupakan nya sahaja atas alasan itu semua adalah rekaan yang diada – adakan ; dalam lain – lain perkataan
PAS SEMEMANGNYA TIDAK PERNAH BERNIAT DAN BERJUANG BAGI MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH
26. JANGAN SAMPAI SENJATA MAKAN TUAN !!
27. Bacalah Dengan Hati Mu , Bukan Setakat Mulut Mu !
Wassalam
Terima Kasih.