LEPAS TIK TOK KENA HENTAM LAGI PPE...





Selepas Zuraida Kamaruddin dihentam kerana didakwa membazirkan sumber pakaian perlindungan peribadi (PPE) yang sedia kekurangan untuk publisiti politik, kini Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad turut mengalami nasib yang sama.

Di media sosial, ahli parlimen Parit Sulong itu dikecam kerana didakwa membazirkan PPE semasa melawat makmal Covid-19 di Pusat Perubatan Pakar UiTM, Sungai Buloh, bagi melihat proses menguji sampel dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Selain netizen, pakar kardiologi di Institut Jantung Negara (IJN), Dr Beni Isman Rusani, secara tidak langsung turut menegur tindakan Noraini.

“VIP (orang kenamaan) dan delegasi lawat makmal ujian Covid pakai gown PPE. Mungkin cukup dengan mask biasa dan keep 6 feet (jaga jarak 6 kaki).

“Bukankah lebih elok di reserve kan (disimpan) PPE itu pada frontliner (barisan hadapan) yang merawat pesakit,” ciapnya di Twitter semalam.

Kenyataan itu mendapat reaksi daripada orang ramai. Misalnya @Mutaya2 berpendapat lawatan seumpama itu tidak perlu dilakukan.

“Tak payah lawat. Ganggu nak kerja je. Kalau betul nak lawat, no publicity (tak perlu publisiti), no reporter (tak perlu wartawan),” ciapnya.

Macam rombongan Cik Kiah

Rata-rata pengguna Twitter yang memberikan komen pada ciapan Beni turut mengkritik tindakan Noraini kerana kebanyakannya menganggap lawatan berkenaan bukan satu keperluan, terutama ketika keadaan genting sekarang.

Pengguna @ael_lie berkata: “VIP dan delegasi yang tak berapa berkaitan tak payah nak melawat di makmal, hospital sekarang. Menyusahkan orang nak kena sambut, bagi penerangan. Lagi-lagi hospital, makmal terlibat kes covid. Time and resources are precious (masa dan sumber sangat berharga),” ciapnya.

Bagi @aisha_hairul dia berpendapat kakitangan barisan depan sudah bosan dengan perangai sesetengah pesakit yang menjengkelkan.

“True. We are already tired enough dealing with patients now kena sambut them with big smile urgh.” (Betul. Kami sudah sangat penat berurusan dengan pesakit sekarang perlu sambut mereka dengan senyuman lebar).

Sementara @HRHMBE berkata: "I don't think they need to wear PPE as they are 'immune' from 'everything' and 'anything'. If they have brain and think of the interests of the frontliners and the country they wouldn't do 'rombongan Cik Kiah' in the first place (Saya rasa mereka tak perlu pakai PPE memandangkan mereka “lali” daripada “segala-galanya.” Jika mereka ada otak dan memikirkan kepentingan barisan hadapan dan negara, mereka tidak akan buat rombongan Cik Kiah sama sekali.)





No comments: