BANTUAN YANG SEBENAR-BENARNYA BANTUAN. ROSMAH MANSOR PUN BOLEH DAPAT?


Rosmah Mansor, isteri bekas Perdana Menteri Najib Razak, dilaporkan layak menerima RM800 di bawah program Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Ini berdasarkan semakan Malaysiakini di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), yang mengesahkan Rosmah “lulus” menerima bantuan tunai itu.
Bagaimanapun, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan tidak layak menerima BPN.
Semakan itu dibuat selepas beberapa netizen membangkitkan isu ini dalam talian dengan menggunakan kad pengenalan pasangan itu yang diperolehi daripada dokumen mahkamah.
Alamak…betulkah berita ini?
Kalau betul, ini baru dinamakan bantuan prihatin yang benar-benar prihatin namanya.
(Bagaimanapun, semakan sekali lagi lewat malam tadi mendapati keputusannya ialah tiada rekod)

Maklumlah Rosmah hanya surirumah saja, walaupun beliau sebelum ini dilaporkan kerap berbelanja mewah, memiliki banyak barangan kemas mewah serta beg tangan yang mahal-mahal sebagai koleksinya.
Cuma, kalau Rosmah pun diluluskan bantuan BPN, janganlah pula kita dengar nanti ada rakyat yang betul-betul memerlukan bantuan tercicir pula daripada menerima bantuan kerajaan ini. (ShahbudinHusin 07/04/2020)

No comments: