Pakej ransangan tambahan menyahut tuntutan Pakatan Harapan dan rakyat. Cuma ada beberapa kekurangan. Misalnya disebut 1.3 juta syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berdaftar tetapi yang tidak berdaftar ratusan ribu seperti jual kuih, warung kecil-kecilan dan sebagainya. Kenaikan subsidi gaji daripada RM600 kepada RM1200 dipuji. Pakej RM59 bilion yang juga dilengkapi diskaun sewa, potongan levi dan sebagainya adalah baik. Namun terdapat beberapa yang lain perlu difikirkan seperti melantik atau memberi mandat kepada satu agensi memantau perlaksanaan pakej berkenaan secara serius. Tidak semestinya semua perlaksanaan mengikut pengumuman PM tetapi IKS perlu dipantau agar mewujudkan pertumbuhan. Tidak perlu tubuh jawatankuasa baru kerana akan ada jawatankuasa penyelaras, jawatankuasa tertinggi koordinasi hingga ke jawatankuasa penyelarasan melibatkan menteri kanan. Selian itu, pinjaman IKS juga perlu ditambah kerana IKS jumlahnya lebih sejuta. Diharapkan ada langkah tambahan dan bantuan dipantau bersama persatuan-persatuan peniaga/pengusaha. Isu yang lebih besar ialah krisis ekonomi berpunca dari Covid 19 menyebabkan pendapatan kerajaan terjejas teruk. Negara ada masalah mikro ekonomi yang mesti ditangani. Iaitu bagaimana menjana pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar. Sekiranya ramalan Bank Dunia benar dan Malaysia akan meleset maka satu pendekatan pemulihan ekonomi perlu diambil sesuai dengan krisis yang bakal menjelma.
Lantik Agensi Pantau Bantuan Kepada IKS (6/4/2020)