KEBODOHAN APAKAH INI


Mohd.Nizam

1. Perdana Menteri umum Pakej Ransangan RM250b pada sebelah siang, sebelah malam Menteri Kewangan mengaku hanya RM22b sahaja.

2. Menteri Kesihatan membuat lawak  COVID-19 boleh dihapuskan dengan meminum air suam. Dua orang Timbalannya tidak tahu ke mana menghilang.

3. Menteri Pertahanan yang diamanahkan mengetuai operasi membendung COVID-19 menjilat jari beberapa kali semasa sidang media berkaitan virus ini.

4. Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan membuat gimik operasi nyahkuman tidak mengikut SOP seperti disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

5. Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan membuat operasi nyahkuman dengan ratusan orang berhimpun dalam jarak amat dekat iaitu kurang 1 meter di antara satu sama lain. Ini mewujudkan kebarangkalian jangkitan COVID-19 adalah amat tinggi. Mungkin akan ada kluster baru selepas ini iaitu Kluster Menteri KPKT.

6. Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan merupakan manusia pertama di muka bumi menampal tandanama @ nametag di dahi. Tandanama itu pula sangat besar.

7. Menteri Kesihatan mengadakan mesyuarat berkaitan COVID-19 dengan Jamal Jamban @ Jamal Pak Tongkol seorang penjenayah yang pernah menjadi pelarian.

8. Menteri Alam Sekitar dengan penuh kesyukuran membuat kenyataan bahawa COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan membawa kebaikan iaitu dapat menyegarkan udara dan mengelak pencemaran.

9. Menteri Alam sekitar membuat kenyataan Kementeriannya akan mula meneroka lubang-lubang jamban untuk mengkaji adakah COVID-19 tinggal dan membiak di dalam tempat-tempat itu.

10. Menteri Wilayah Persekutuan, Menteri Pertahanan, dan ramai Ahli Parlimen tampil di khalayak ramai di bungkusan beras, sayur, tepung, gula dan di beg-beg plastik.

11. Terkini Menteri Pembangunan Wanita & Keluarga dan Timbalannya menyarankan para wanita membuat suara doeramon semasa berinteraksi dengan suami di rumah masing-masing.

12. Masih ramai lagi Menteri dan Timbalan Menteri yang ada dalam senarai 70 orang Anggota Kabinet Kerajaan Malaysia tidak muncul sama ada akur kepada PKP atau bimbang terlihat kebodohan mereka.

Nota:
COVID-19 memang amat merbahaya. Bukan sahaja menyebabkan kesakitan, kematian malah lebih dari ini boleh menyebabkan PARA MENTERI DI MALAYSIA MENJADI BODOH, BANGANG DAN BEBAL.

Kalau takut kepada risiko
Usah bicara soal perjuangan.

#KitaJagaKita


No comments: