*Apa yang dituduh kepada PH dahulu kini kembali kepada mereka*





Dulu depa selalu kata kerajaan PH banyak buat ‘u-turn’. Tapi ALLAH swt takdirkan kerajaan hari ni jauh lebih teruk ‘u-turn’ nya..

Dalam seminggu ini sahaja berapa banyak keputusan kerajaan yang ditarik balik? Isu operasi kilang arak, isu kedai gunting rambut dan dobi, isu pelajar balik kampung.. Itu belum termasuk isu-isu merapu yang tak ketahuan hala macam TikTok, Doraemon dan macam-macam lagi lah!

Pokoknya sekali lagi apa saja isu yang depa tuduh dan hina kerajaan PH dahulu, hari ni kena kat depa semula.

Lebih teruk, keputusan yang kerajaan buat hari ni seolah langsung tak mengambilkira kepentingan pemegang taruh? Isu kedai gunting rambut misalnya, disanggah sendiri oleh pengusaha kedai gunting.

Paling ketara, jemaah menteri bagaikan mengenepikan pihak KKM yang sepatutnya menjadi pillar utama rujukan berkaitan ehwal keselamatan dan kesihatan awam dalam menghadapi pandemik ketika ini!

Lihatlah sendiri bagaimana KP Kesihatan menyanggah menteri tentang kaedah nyahcemar dibuat oleh Menteri KPKT dan isu ‘air suam’ oleh Menteri Kesihatan sendiri. Terbaharu, isu kedai gunting dan operasi sektor ekonomi yang lain, ditolak sendiri oleh KKM.

Selain itu, percanggahan jelas ketara antara kenyataan menteri-menteri bahkan menteri-menteri terbabit turut terlibat dalam Majlis Keselamatan Negara!

De Facto ‘TPM’ yang turut berada dalam MKN contohnya. Apakah keputusan MITI sebelum ini tidak melalui MKN? Sedangkan Menteri yang jaga MITI tersebut turut berada dalam MKN kerana kedudukan beliau sebagai Menteri Kanan yang paling kanan?

Nampak tak betapa kelam kabut dan caca marbanya kerajaan hari ini? Depa sebenarnya tak bersedia pun menghadapi situasi bencana hari ini. Saya yakin depa tak pernah terfikir untuk hadapi pandemik yang secara tiba-tiba menjadi isu global yang amat luar biasa semasa depa rancang untuk tebuk atap merampas kerajaan daripada PH.

Depa mungkin tidak menjangka keadaan boleh menjadi seteruk ini kerana semasa depa tengah berseronok nak meraikan kejayaan di Hotel Sheraton tempoh hari, KKM bersama-sama Menteri Kesihatan kerajaan PH ketika itu mampu mengawal secara intensif penularan wabak Covid dengan berkesan.

Ketika itu Menteri Kesihatan umumkan jumlah jangkitan dalam negara hanya mencecah 22 orang dan hampir semuanya berjaya dirawat. Berbandingh negara jiran di Singapura pada masa sama, jumlah pesakit positif Covid mencecah dua kali ganda berbanding kita! Sebab itu saya percaya, perancang ‘Langkah Sheraton’ mungkin tidak menduga apa yang bakal berlaku seperti hari ini.

Sebab itu juga depa kelihatan kelam kabut menghadapi suasana panik ketika ini.

Cuma satu sahaja perkara yang depa tak dilihat caca marba. Iaitulah bab pembahagian ‘harta rampasan’ kerajaan, kan?

Sebab memang pembahagian ‘ghanimah’ ini dah ada dalam perancangan depa sedari awal depa nak rampas kerajaan dahulu. Jadi, pasti tak akan ada ‘u-turn’ punya lah!

Satu GLC untuk kau, satu GLC untuk aku. Eh, ketua kau dah dapat Duta Khas bertaraf menteri kan? Bagi la ketua aku pegang GLC satu..



Alkisahnya.....


No comments: