Apa Perlunya Sidang Parlimen Sehari?






DS Anwar Ibrahim mengkritik sidang Parlimen singkat. Pakatan Harapan mencadangkan sidang khas membahaskan isu Covid 19 tetapi tidak diterima oleh PM Muhyiddin Yassin. Dicadangkan sidang pada 18 Mei. Mendengar titah Yang DiPertuan Agong dan balik. Apakah perlu ahli parlimen pergi ke Kuala Lumpur hanya untuk itu? Sidang Parlimen diperlukan bagi perbahasan isu Covid 19 secara telus. Tidak perlu kehadiran semua ahli parlimen. Misalnya wakil KEADILAN boleh dikurangkan kepada separuh. Oleh itu, terdapat andaian kerajaan Perikatan Nasional tidak mahu sidang parlimen diadakan seperti biasa kerana takutkan usul undi tidak percaya. Menyentuh masalah bantuan makanan Jabatan Kebajikan Masyarakat, ada kawasan pembangkang yang masih belum diberi bakul makanan. Ada gambar di Perak bantuan makanan berlonggok di dalam pusat simpanan menunggu arahan politik. Rakyat dalam keadaan sukar untuk hidup, beri sahajalah bantuan tanpa perlu orang politik terlibat. Dulu kerajaan BN beri BR1M tetapi kalah juga dalam pilihan raya. Bakul makanan pula ada laporan di Parlimen Lembah Pantai dan Hang Tuah Jaya, peruntukan RM100 tetapi yang sampai kepada rakyat bernilai RM85 kerana proses tender. Berkenaan jawatan GLC untuk beri habuan kepada ahli parlimen yang bergaji berbelas ribu adalah tidak wajar. Terutama dalam keadaan kerajaan tidak punya banyak wang dan wang itu perlu diagihkan kepada rakyat, hal tersebut tidak sepatutnya berlaku.

No comments: