*Kenapa DAP dimusuhi oleh PasUmno..? Sesuatu perlu dilakukan untuk menutup sesuatu kelemahan..*
*Maksudnya..? orang Melayu mesti dihasut dan ditakutkan dengan sesuatu perkara yang sensitif..*
*Perkara apa? Islam terancam, hak Melayu ingin dihapuskan.*
*Kerana apa? Menarik sokongan mereka untuk kembali menyokong umno.*.
*Kenapa begitu? Kerana berpuluh tahun Umno memerintah mereka menjarah, menyamun, menjual tanah rizab Melayu, wang negara, aset negara, saham bumiputra, rasuah dan sebagainya.*
*Maka? Kambing hitam perlu dicipta untuk menutup kesalahan ini.*
*Maksudnya? Rakyat perlu ditutup mata dari membicarakan soal ini.. Gantikan mereka dengan isu baharu ketakutan terhadap DAP.*
*Adakah DAP benar-benar lawan islam? Tidak.. Kalau lawan boleh didakwa di mahkamah menghina islam. Negara ada undang-undang buat penghina islam.*.
*Adakah DAP menolak hudud? Mca, Gerakan, PBS, malah Umno sendiri pun menolak.. Bukan DAP saja..*
*DAP keras tentangannya? Parti Gerakan membawa hudud ke mahkamah., pemimpin MCA mengadakan demo mengangkat sepanduk beramai-ramai menentang hudud.. DAP menentang kerana ianya bertentangan dengan perlembagaan negara.. Parti mana yang lebih keras tentangannya?*
*DAP menghina nabi? Berapa orang sudah pemimpin DAP yang didakwa menghina nabi?*
*Dalam FB ramai cina yang hina Nabi?.. Pemimpin DAP ke tu.. Kalau orang Melayu sokong Pas tapi dia mencuri salah Pas juga ke..*
*Adakah DAP berlawan dengan Umno dan Pas...? Tidak....DAP hanya bertanding di kerusi yang di tandingi oleh Mca, Mic dan Gerakan.*
*Kalau DAP kalah....siapakah yang menang..? Sudah tentulah Mca, Mic ataupun Gerakan yang menang.*
*Dengan kemenanga Mca Mic atau Gerakan...adakah menambahkan kerusi Melayu....?? Sudah pasti tidak.*
*Habis tu....apa yang Pasumno dengki sangat...???*
*Jawapannya.....Umno terutamanya tak boleh hidup tanpa KUASA....tiada kuasa mereka gelisah... Sumber kekayaan mereka terjejas..*
*Pas...? Pas hanya barua Umno aje... Tukang pacak bendera.*