Anwar Ibrahm: Menteri Bergaji Berpuluh Ribu Tak Fahamkah, Mengapa Nak Ambil Wang Dari Tabung Pekerja








Tentang kedudukan pekerja tentang beberapa skim, apa yang diperkenalkan ialah wang sendiri yang sepatutnya disimpan hari tua tapi kata sumbang dari kerajaan, KWSP adalah duit rakyat. Perkeso duit pekerja, kenapa nak ambil wang dari tabung pekerja. Itu yang dibantah.

Ada satu masalah lain yang dikenal pasti, bahawa Khazanah Institut , bahawa covid 19 ini menyebabkan pengangguran meluas. MIER menytakan bahawa  langkah PKP ini  akan menjejaskan 2.4 juta rakyat yang akan menganggur iaitu  15.7% akan menjadi penganggur, Bank negara kata kadar pengangguran  4 %. naik 3.4% yang akan menjejaskan kehidupan rakyat B40 dan M40 yang menghadapi kesulitan , saya mencadang agar kerajaan adakan jawatankuasa khas agar masalaah ini dapat diuruskan dengan baik masalah ini akan menyebakan keluarga yang terlibat  menghadapi masaalah makanan, kehidupan rakyat, terjejas.

Apa strategi keadilan dapatkan sokongan luar bandar dan PKR selalu mahu orang keadilan tambah ahli, dasar keadilan benteras rasuah adalah menjadi isu utama, jangan bolot kekayaan dah jadi menteri punggah kekayaan kumpul diut dan untuk menolak keangkuhan kuasa mesti ada hati nurani , orang boleh serang saya berbagai.tapi prinsip kita harus jaga.

Ini adalah kerana mereka fikir politik ini boleh beli orang, bagi kontrak,  saya nak  jelaskan bahawa prinsip itu harus  ada kesedaran bahawa islam itu ada soal tentang  penyampaian kesedaran . saya sentiasa turun ke daerah untuk melawat rakyat dan orang bawahan diketika menjadi menteri dulu dan ianya boleh dicapai dengan memanggil kesemua yang  terlibat dalam agensi yang berkaitan, supaya kita jelas tentang permasalahan rakyat.





No comments: