Timbalan menteri duduk dalam keadaan berjarak, kata Ketua Polis Perak



ISUNYA SEKARANG LANGGAR PKP BUKAN DUDUK JARAK 1 METER.
PDRM HARUS PEKA,, JGN SALAHKAN RAKYAT BILA D LABEL PDRM DOUBLE STANDARD.
SKRG RAKYAT MENJADI MANGSA PKP SEDANGKAN VIP D LINDUNGI. PELBAGAI ALASAN D BERI BAGI MELINDUNGI VIP.




Timbalan menteri duduk dalam keadaan berjarak, kata Ketua Polis Perak

Timbalan menteri duduk dalam keadaan berjarak, kata Ketua Polis Perak

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil seorang timbalan menteri yang menghadiri jamuan makan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong, Perak, petang semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain, berkata berdasarkan siasatan awal, timbalan menteri terbabit sebelum itu meninjau kesiapsiagaan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) di Lenggong atas kapasitinya sebagai timbalan menteri.
Katanya, sebelum itu timbalan menteri meninjau persiapan kakitangan KKM diiringi sebahagian EXCO Perak, termasuk seorang pemilik maahad tahfiz berkenaan.
“EXCO yang juga pemilik maahad tahfiz itu membawa timbalan menteri ini melawat maahad tahfiz sebelum satu majlis makan diadakan oleh pengurusan maahad tahfiz berkenaan,” katanya lapor BH Online.
Razarudin berkata berkemungkinan kerana melihat pihak pengurusan sudah menyediakan makanan, maka timbalan menteri itu tidak menolak untuk menyertai majlis makan berkenaan.
“Bagaimanapun berdasarkan gambar majlis makan yang tular, kesemua hadirin termasuk timbalan menteri berkenaan didapati duduk dalam keadaan berjarak antara satu sama lain.
“Namun siasatan tetap akan diadakan terhadap kesemua individu yang menghadiri majlis berkenaan,” katanya.
“Pihak polis ketika ini masih lagi melengkapkan siasatan termasuk memanggil kesemua yang terbabit dalam masa terdekat,” katanya.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 6, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(No3) 2020.

No comments: