Apa mahu hairan kalau "Mak Cik Kiah" sekarang popular? Pak Pandir pun satu nama lagenda yang popular. Tetapi popular kerana apa? Kerana ketokohan atau kerana kebodohannya atau jenakanya?
Apabila PM kerajaan pintu belakang bercerita kisah "Mak Cik Kiah" seorang penjual goreng pisang boleh jadi kaya raya sehingga mendapat RM4-8 ribu sebulan ketika wabak COVID-19 melanda kerana dapat bantuan dari kerajaan pintu belakang, sebenarnya hikayat yang diceritakan oleh PM itulah yang menjadi bahan jenaka dan mempopularkan nama "Mak Cik Kiah".
Apa tidaknya, PM bercerita tentang "Mak Cik Kiah" yang ada suami berpencen, kemudiannya suaminya bekerja sebagai pemandu Grab, serentak dengan itu bekerja pula sebagai Rela. Banyak kerja suami "Mak Ci Kiah" nampaknya dan semuanya dicampur oleh PM untuk menunjukkan "Mak Cik Kiah" yang dapat banyak RM. Tidak cukup dengan itu, PM berhayal pula anak "Mak Cik Kiah" ada yang bujang, apa yang diperolehi oleh anaknya dicampur lagi atas nama "Mak Cik Kiah" . Tidak cukup dengan itu, dihayalkan lagi oleh PM bahawa "Mak Cik Kiah" ini kompom dapat "pinjaman" Tekun kerana berniaga goreng pisang. Dicampurkan lagi, tidak kiralah pinjaman itu sebenarnya kena bayar balik termasuk pinjaman beli kereta oleh "Mak Cik Kiah".
Panjang lagi hikayat "Mak Cik Kiah" yang diceritakan oleh PM yang membuatkan ada guru besar yang berangan mahu berhenti kerja kerana mahu jual goreng pisang seperti "Mak Cik Kiah". Nasib baik PM tidak sebut "Mak Cik Kiah" ada sepuluh orang anak yang bujang dan kesemua anaknya itu pula jadi Rela. Kesemuanya dicampurkan, letak atas nama "Mak Cik Kiah" , maka saya rasa "Mak Cik Kiah" boleh dapat pendapatan lebih dari RM 8 Ribu sebulan. Hikayat moden ini memang popular dan tidak dapat dinafikan.
Anwar popular kerana apa? Anwar popular bukan kerana menjual cerita hikayat. Nama Anwar popular sejak dahulu lagi, sejak PM sekarang ini duduk bawah ketiak Anwar lagi sewaktu Anwar di dalam Umno. Anwar pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia. Anwar pernah diiktiraf sebagai tokoh popular dunia di dalam senarai 100 tokoh-tokoh hebat seluruh dunia. Muhyidin pula popular kerana memecah rekod menjadi PM ikut pintu belakang tanpa mandat rakyat.
Saya akui kisah "Mak Cik Kiah" sekarang ini memang popular dan mungkin menjadi buku penglipur lara untuk dibaca oleh pakar2 ekonomi dan kewangan seluruh dunia. Itulah hebatnya PM.
#NotMyPM
#khianat
WFAUZDIN NS