MGF10052019_HUMAN-INTEREST-RAMADAN10
Foto hiasan
KUALA LUMPUR – Sebanyak 116 jemaah ditahan polis semalam kerana meneruskan solat Jumaat berjemaah di lima masjid yang bersaingan di sebalik penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau difahamkan terdapat lima buat masjid yang berbuat demikian, namun enggan menamakan masjid serta daerah yang terbabit.
“Bayangkan 116 orang dan mereka menunaikan solat berjemaah dalam keadaan rapat-rapat, sedangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengeluarkan kenyataan mengenai solat Jumaat ini,” katanya sambil berharap perkara sedemikian tidak berulang.
Ismail Sabri juga masih tidak berpuas hati dengan pematuhan PKP yang menurutnya walaupun telah mencapai 97 peratus namun masih ramai yang berdegil dan tidak peduli tentang PKP walaupun kes  Covid-19yang dilaporkan setiap hari meningkat. .
Katanya, sekatan jalan raya menerusi Op Covid-19 dan tindakan tegas pihak polis serta tentera telah menyaksikan 320 orang ditahan dan semalam 62 tangkapan lagi dibiuat sehingga pematuhan mencecah 97 peratus.
Ketegasan pihak polis itu juga, katanya, termasuk mereka yang tinggal di komuniti terlindung atau berpagar di mana mereka meneruskan aktiviti jogging tanpa memperdulikan  arahan PKP.
Katanya, semalam sahaja pihak polis telah mengadakan 1046 sekatan jalan raya dengan 240,544 kenderaan telah diperiksa.
Menurutnya angka itu menunjukkan masih banyak kenderaan berada di atas jalan raya tanoa mempedulikan perintah PKP.
“Hari in saya dihantar satu video kesesakan jalan di ibu negara dan Selangor bermakna masih ramai tak mahu mematuhi perintah PKP,” ujarnya.
Dalam pada itu jelas beliau, polis juga berjaya mengenalpasti kemasukan warga asing di jalan-jalan tikus di sempadan negara dan tindakan tegas akan menyusul selepas ini dengan kadar segera.
“Walaupun sempadan ditutup tapi masih terdapat kemasukan warga asing melalui jalan ikus dan polis berjaya kenalpasti serta tindakan lebih tegas akan diambil polis elak kemasukan itu di jalan tikus,” tegas beliau.