LAGI BANTAHAN PERLANTIKAN PERASUAH MENJADI PENYELARAS PARLIMEN.



ASSALAMUALAIKUM WBT.. SALAM SEJAHTERA




Berikutan perkembangan terkini sekiranya benar seperti yang tular didalam media sosial Sdr. Zakaria Abdul Hamid dilantik sebagai PENYELARAS PARLIMEN BERA FPAHANG. ( P090)  seperti yang diumumkan, maka ketetapan berikut  mesti diambil

1) Menyokong penuh dan berdiri teguh bersama kepimpinan CABANG KEADILAN BERA
dibawah PIMPINAN KETUA CABANG BERA YB SENATOR BOB MANOLAN MOHAMAD

 2) Menyokong penuh dan berdiri teguh bersama kepimpinan YB SENATOR BOB MANOLAN MOHAMAD  sebagai PENGERUSI PH PARLIMEN BERA

3) MENOLAK DAN MEMBANTAH DENGAN TEGAS  PERLANTIKAN SDRA ZAKARIA ABDUL HAMID SEBAGAI PENYELARAS PARLIMEN BERA  dengan alasan seperti berikut :

1) Telah dipecat daripada anggota Keadilan oleh Lembaga Disiplin dan Tatatertib Parti kerana kesalahan  RASUAH melalui siasatan SPRM

 2 ) Beliau BUKAN AHLI   PARTI KEADILAN UNTUK MENJAWAT SEBARANG JAWATAN  UNTUK MEWAKILI KEADILAN CABANG BERA didalam JAWATANKUASA PAKATAN HARAPAN BERA yg dianggotai oleh PARTI KEADILAN RAKYAT  PPBM  AMANAH  dan DAP sebagai komponen membentuk KERAJAAN  PERSEKUTUAN PUTRAJAYA selepas memenangi  PRU14

3 ) ADALAH TIDAK WAJAR JAWATAN PENYELARAS PARLIMEN BUKAN PH  DISANDANG OLEH INDIVIDU YANG TIADA SEBARANG KUASA & KELAYAKAN  MEWAKILI MANA-MANA PARTI DALAM KOMPONEN PAKATAN HARAPAN DIATAS FUNGSI PENYELARAS PARLIMEN BUKAN PH SEBAGAI INSTRUMENT PERUNTUKAN PEMBANGUNAN DARI KERAJAAN PUSAT

4 ) MEMBANTAH DAN MENOLAK SEKERAS-KERASNYA PEMIMPIN YANG TERLIBAT DENGAN RASUAH KERANA BERTENTANGAN DENGAN NILAI BERSIH YANG DIJUNJUNG OLEH KERAJAAN PH DAN RAKYAT YANG MENOLAK KERAJAAN TERDAHULU KERANA AMALAN RASUAH DAN PENYALAHGUNAAN KUASA YANG MEROSAKKAN NEGARA


5 )  Saya dimaklum YB Dato Saifudin Abdullah sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Pahang telah melantik beliau. Maka saya minta agar beliau membuat rujukan kepada PH Pahang dan Pakatan Harapan  Bera terlebih dahulu. Kita tidak mahu dicaci oleh pengundi dan diremehkan oleh pembangkang di Bera ini. 


KETUA PENERANGAN
PKR CABANG BERA & PH BERA
ABD. RAZAK B ABD KADIR
BERTARIKH : 03 HB FEBRUARI 2020