Tengku Syafiqrullah.
Program tertutup jamuan makan Rapat Umum Armada bersama YB Syed Saddiq di Savannah Resort, Ulu Tiram, Johor telah dicemari dengan kehadiran sekumpulan individu (200 orang lebih) yang tiada kena mengena dengan majlis mengganggu seorang Menteri, 2 orang Exco Negeri dan seorang ADUN.
Terkepung hampir dua jam sebelum dapat beredar dengan jalan belakang memanjat pagar. Kedua ibubapa YB Saddiq juga ada di dalam majlis.
Ada provokasi jelas oleh pihak tertentu. Mereka mengepung tempat makan, sergah dan langgar semua tetamu yang hadir. Mereka laung dan pekik macam-macam kata-kata kesat.
Paling teruk, mereka sergah supaya menteri minta maaf kepada TMJ, kalau mahu pulang dari majlis.
Terima kasih Armada Johor. Terima kasih Bersatu Johor. Malam ini adalah malam keluarga Armada dan Bersatu. Kita tak akan maafkan kumpulan yang biadap ini.
Ingin di ingatkan kepada mereka yang di sebalik tabir bahawa Malaysia ini ada undang-undang, ada polis dan mahkamah. Tidak ada sesiapa yang lebih tinggi dari perlembagaan.
Ini Malaysia. Malaysia, milik semua.