BERJAYA JUGA HASIL TARBIAH. FUHHHHH...






“Alaaa ...tersilap sikit pun nak bising” -walaunPAS

π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—” π—Ÿπ—¨π— π—£π—¨π—₯: Pihak polis di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) telah membuka lima (5) kertas siasatan di seluruh negara ke atas penyebaran khabar angin berita tidak sahih berhubung penularan Coronavirus (2019-nCoV).

Antaranya siasatan terhadap kenyataan palsu di Facebook Mr Kong Tuck Wah (calon PAS-N14-Rawang), menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Mengulas lanjut, Huzir berkata, lima kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Ia memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya.

"Namun, terdapat kes yang turut disiasat mengikut Seksyen 203(A) Kanun Keseksaan (pendedahan maklumat) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1 juta atau penjara sehingga satu tahun.

"Manakala, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

No comments: