Teloq sapa sangkut kat pagaq?
Majlis makan malan Syed saddiq di Ulu Tiram telah di ganggu?....lebih 200 orang?.
Hmmmpphh....salah siapa yek?. Ada pro dan kontra di sini. Tetapi, ini lebih kepada usaha pihak-pihak tertentu untuk menunjukkan kelemahan pentadbiran PH berbanding pada era regim UMNO (termasuklah pada masa pemerintahan Tun M).
Sebagai contoh...KKMM gagal dalam mengawal selia dan mengambil tindakan terhadap pemfitnah-pemfitnah serta penghasut-penghasut dari WARGA PEMBANGKANG. Terlalu berlembut walaupun dalam isu-isu penghinaan terhadap pemimpjn-pemimpin PH.
Jika pada era UMNO dulu, Polis bersedia menggempur pembangkang walaupun terpaksa menggunakan kekerasan. Polis pada ketika itu, sanggup serta bersedia berkhidmat dengan bermatian-matian demi kelangsungan regim 'KERAjaan' UMNO. Ada unsur sabotaj ker sekarang nih?...entah lah. Papagomo sewenang-wenangnya boleh mencetuskan provokasi di Sabah malah setiap hari masih mengadu dumba di media2 sosial. Lokman Lobak man, masih berleluasa mencetuskan hasutan dan kacau bilau. Najib, masih boleh terus menjerit dan menghina serta merempit. Ok...itu keterbukaan PH la konon2nya tu kan?.
Namun, perkara-perkara yang amat jelek sekali pada pandangan masyarakat adalah KELEMAHAN oleh pemimpin PH itu sendiri. Menteri-menteri kebanyakannya bercakap atau mengeluarkan statement bukannya mengikut akal, tetapi hanya ikut pemikiran lutut kiri. Perbalahan di dalam PKR semakin teruk. Orang ramai (termasuk penyokong2 PKR/PH) sendiri pun dah meluat dan dah muntah beratus-ratus kali dah. DAP pulak sekarang ni, nampak TERLALU BERKUASA dan telah menonjolkan kekuatan serta keupayaan mereka...sedangkan Menteri2 dari AMANAH pulak bercakap dan mengeluarkan idea macam orang tua yang dah nazak dan dah nak mati bila2 masa jer. PPBM?......entahlah. Semakin menyemak dengan orang2 UMNO yang baru daftar PPBM dan kebanyakannya hanya nak membolot projek2 Kerajaan sahaja. Kadang2, ternampak PM yang pernah aku sanjung dulu ni, dah tak berapa betul dalam berfikir. Nyanyuk ker dia tu? pun tak tahu....
Betul sangat ker aku atau kita semua ni yang mengkritik pemimpin2 PH? Tentulah....kerana kita inilah maka sejarah tercipta. Kerana kita inilah...Najib dan UMNO tersembam dengan hinanya. Kerana kita jugalah Malaysia tidak terjual kepada konglemerat China. Tapi apa yang kita dapat? Yillek!!! Apa yang lebih malang, selepas sahaja kita (PH) menang....rupa2nya kita kini hanya memiliki himpunan Menteri-menteri bodoh dan bangang abadi sahaja!!!.......
Ikhlas tapi benar:
Mohd Asri Bakar.
(t.tangan tidak di perlukan).