Bahana Skandal Tabung Haji Zaman Najib-Azeez*



Kadir Jasin


1. Hampir dua tahun telah berlalu sejak jatuhnya kerajaan Kleptokrasi UMNO-BN.

2. Hampir RM 17 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk selamatkan dan modali semula TH.

3. Tetapi akibat pelanggaran Akta TH dan pengabaian tanggungjawab fidusiari oleh lembaga pengarah dan pengurusan kanan di bawah telunjuk Azeez, banyak masalah dan isu masih menghantui TH. 

4. Akta dilanggar untuk membayar kadar hibah yang tinggi demi undi dan puji-pujian walau pun hutang melebihi harta dengan sebanyak RM 10 bilion. 

5. Sekarang giliran Ladang TH pula. Kewangan dan perniagaannya dalam keadaan tenat hingga terpaksa ditanggung oleh TH.

6. Bagi tahun Kewangan 2018, kerugian berjumlah RM 658 juta dan hutang RM 1.4 bilion .

7. Antara sebabnya ialah kerana dipaksa beli tanah dan ladang dengan harga yang mahal di Sarawak dan Indonesia.

8. Sebahagian daripadanya belum ditanam dan didapati tidak sesuai untuk pertanian. 

9. Laporan jenayah telah dibuat kepada pihak polis dan besar kemungkinan banyak lagi skandal akan didedahkan. 

Wallahuaklam. Terima kasih.

Kredit - Dato' Abdul Kadir Jasin

No comments: