DAMAI DAN SAMA SAMA MENANG.SIAPA PULA YANG KALAH?SIAPA PERANCANGNYA?



Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 04 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, 

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan merasmikan kedua-dua Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Kongres Wanita PKR di Melaka pada malam Khamis esok dan Jumaat ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmy Fadzil berkata, keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Biro Politik Khas PKR petang tadi dengan persetujuan semua yang hadir di Dewan Persidangan bangunan Sementara Parlimen.

“Saya baru bersama-sama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam mesyuarat biro politik khas petang ini dan kami antara lain bincang persiapan kongres.

“Saya ingin maklumkan Kongres AMK dan Kongres Wanita akan dirasmikan oleh Azmin esok manakala kedua-dua kongres itu akan ditutup secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail pada Jumaat dan semua kepimpinan kita akan hadir kecuali mereka yang ada urusan rasmi di luar,” katanya kepada pemberita di pekarangan Bangunan Sementara Dewan Persidangan Parlimen hari ini.

Ditanya mengenai perubahan dalam tentatif perasmian AMK dan Wanita yang sebelum ini dikatakan Azmin hanya akan merasmikan AMK, Fahmy berkata; “Keputusan itu hadir selepas kita mengambil kira pandangan semua pihak dalam mesyuarat khas tadi.”

Beliau juga menegaskan, tidak kongres kedua seperti yang diuar-uarkan sebelum ini kerana Azmin dan juga Naib Presiden PKR, Tian Chua sudah mengesahkan untuk hadir ke kongres di Melaka.- MalaysiaGazette



No comments: