Pelabur yakin lantik Anwar PM sengketa dalaman berakhir
Pergolakan dalaman PKR yang tidak kunjung padam diyakini akan berakhir sekiranya Anwar dolantik sebagai Perdana Menteri.
Pemerhati ekonomi Jameson Tan berkata, budaya politik Malaysia akan sentiasa menyebelahi mana-mana individu yang diangkat sebagai PM.
Katanya, sebaik sahaja Anwar menjadi PM ke 8 maka tentangan dalam parti beliau akan berakhir. Penentang sama ada senyap atau memilih keluar parti tetapi tidak akan mewujudkan dua kem yang memeningkan seperti hari ini.
Katanya, sebaik sahaja Anwar menjadi PM ke 8 maka tentangan dalam parti beliau akan berakhir. Penentang sama ada senyap atau memilih keluar parti tetapi tidak akan mewujudkan dua kem yang memeningkan seperti hari ini.
“Rakan-rakan saya yang juga pelabur asing memang agak kecewa dengan perkembangan dalam PKR. Pada pendapat saya, keadaan ‘kucar-kacir’ ini tidak akan reda sehingga Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
“Sekiranya permainan politik ini berterusan ia akan memberi gambaran buruk kepada masyarakat dunia terutamanya golongan pelabur asing bahawa senario politik di Malaysia tidak stabil kerana pada masa yang sama, pihak pembangkang juga sedang kuat memainkan isu perkauman.
“Situasi ketidakstabilan dalam PKR mesti dihentikan dengan segera. Sudah jelas permainan politik dalam PKR adalah disebabkan oleh puak-puak yang ada kepentingan sendiri dan mereka ini langsung tidak pedulikan rakyat. Saya harap Anwar akan bertindak tegas terhadap puak-puak yang menyebabkan situasi ketidakstabilan tersebut,” katanya.
Jameson menambah bahawa pelabur asing sedang memerhatikan perkembangan politik Malaysia berbanding negara-negara ASEAN lain, situasi di Malaysia kurang memuaskan.
Beliau juga berpendapat dengan penurunan nilai matawang Ringgit Malaysia kepada lebih dari RM4.20 untuk 1 Dolar Amerika Syarikat dan Bursa Malaysia yang sedang berada di bawah 1,600 mata, adalah satu kelebihan jika tarikh penyerahan kuasa untuk jawatan Perdana Menteri dinyatakan sebelum hujung tahun ini atau awal tahun hadapan