3 DIS 2019
Menyampaikan amanat sempena Konvensyen KEADILAN Perak di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar.
Konvensyen ini merupakan yang terakhir sebelum semua tumpuan akan terarah ke negeri Melaka sempena Kongres Nasional Keadilan Ke-14 pada hujung minggu ini.
Dalam amanat saya ingatkan semua pimpinan dan anggota jika mahu kekal dalam parti ini mesti pejuangkan nasib serta mendengar dan selesai masalah semua kaum.
Sebagai pemimpin, kita perlu memahami derita rakyat dan jangan sesekali kita khianati dukungan yang diberikan mereka.
Saya juga menyeru kepada semua anggota untuk sama-sama menghadiri Kongres Nasional Keadilan bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Kongres ini penting untuk kita merencana perjalanan parti dalam membantu rakyat dan seterusnya menggilap idealisme perjuangan yang menjadi prinsip sejak sekian lama.
2 DIS 2019
Saya kemudian mempengerusikan Mesyuarat Kaukus Reformasi & Tadbir Urus.
Mesyuarat pada hari ini mendengar taklimat berhubung dakwaan awam terhadap campur tangan dalam badan kehakiman.
Ahli kaukus selepas itu turut mendengar taklimat dari pihak Access to Justice & Rule of Law Cluster yang mewakili masyarakat civil.
Turut memberi taklimat dalam mesyuarat tadi pihak Gabungan Urus Tadbir, Integriti, Akauntabiliti dan Ketelusan (GIAT).
Seterusnya ahli Kaukus juga mendapat maklum balas berkenaan isu alam sekitar dan khazanah alam dari Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA)