MENJAWAB FITNAH JAHAT JOHAR ISMAIL



MENJAWAB FITNAH JAHAT JOHAR ISMAIL

Fitnah tak habis habis manusia ni, haritu kamu Fitnah Dato Husam. Sekarang Dato Husam tarik diri dari tanding AJK AMANAH Nasional, kamu dah puas hati kah?

DS Wan Azizah datang Parlimen Rantau Panjang, saya Naib Ketua AMANAH Kawasan Rantau Panjang.

Waktu Kak Wan tiba, Dato Husam Pengerusi PH Kelantan dan Dr Shah Pengerusi Ph Rantau Panjang masih belum tiba.

Kami masuk dewan, pada waktu itu kami lihat kerusi untuk Dato Husam tidak di sediakan oleh Penganjur di sebelah Kak Wan, majlis tersebut dipengerusikan oleh DO Pasir Mas. Exco Kerajaan Negeri iaitu YB Mumtaz dan YB Zailah Mp Rantau Panjang berada disebelah Kak Wan. 

Protocol ini perlu Kerajaan Negeri dan agensi di bawah Kerajaan Negeri dan Persekutuan perlu betulkan, Dato Husam juga adalah Pengerusi KADA, Kawasan yang paling Banyak terjejas banjir adalah kawasan Padi Dan beliau ada jawatan persekutuan.

Saya melalui En Abdullah, memakluman kepada AJK kami @ Tok Ayah memaklumkan kepada Dato Husam untuk duduk depan di kerusi saya (sebelah sisi), ganti tempat saya. Dato Husam menolak kerana majlis sudah mula. Gambar saya tengah berdiri pun ada.

Majlis di teruskan; Taklimat diberikan, pada waktu itu saya bangkitkan berberapa perkara kerana saya sudah berhari-hari bersama dengan mangsa banjir, antaranya kekurangan bekalan partition, selimut, toto, tikar dll dan saya bangkitkan juga isu Tebatan Banjir Sungai Golok. 

Untuk makluman, isu Tebatan banjir Sg Golok ini saya dah handle sejak 2017 lagi bersama Masyarakat Siam Kg Teresek, apabila kuil mereka terlibat, harga rendah dan tiada tanah ganti Rizab Siam. Untuk info kini Wat berjaya di selamatkan dan saya juga telah bawa perkara itu hingga ke YB Tengku Zulpuri, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.

Masa Kak Wan bergerak keluar dalam dewan taklimat, saya iringi Kak Wan kerana pada waktu itu beliau ingin tanya detail berkaitan Tebatan Banjir Sg Golok, saya terangkan kepada beliau satu. Tiada siapa pun tegur saya, kerana waktu Itu permintaan Kak Wan. Tuduhan Suhaimi Ismail @ Johar Nyamuk adalah Fitnah!

Sampai ke tempat Kanak-Kanak Demam, waktu itu saya nampak Dato Husam Musa, Dr Shah, Lawyer Ridzuan tiada. Saya yang minta usher/polis bagi laluan kepada Dato Husam & Lawyer Wan, waktu tu tak jumpa Dr Shah. Dato Husam & Lawyer Ridzuan dapat duduk. Disertakan gambar dan video pun ada.

Bergerak ke tempat agihan Berangan Sumbangan, waktu itu saya ajak rapat Dato Husam berada disebelah Kak Wan. Boleh lihat gambar waktu bagi Sumbangan banjir.

Waktu Sidang Media, pada waktu itu saya berada selang seorang dengan Dato Husam, iaitu ada Body Guard Kak Wan di Tengah, saya sendiri tanya Dato Husam dan ajak beliau duduk depan, dia kata Syam duduk situ, dia stay tempat asal yang juga berada di belakang Kak Wan. Majlis berjalan terus.

Bergerak melawat tempat permainan kanak-kanak, waktu isu saya terus ke Dato Husam, minta Dato Husam iringi Kak Wan. Dato Husam sendiri jawab, “Syam kena follow”... pada masa tu beliau bersalam dengan orang kampung untuk gerak ke Kereta untuk ke Pasir Puteh. 

Bila jadi macam tu saya cari Dr Wan Shah Jihan, Pengerusi PH Kawasan Rantau Panjang. Beliau saya susun rapat dan sebelah Kak Wan, ada gambar siap keluar Berita di Harian Metro. 

Saya terbaca tulisan Suhaimi Ismail pagi ni, itu pun kawan saya hantar sebab saya dh tak minat nak baca tulisan merapu beliau. Tapi memandangkan ia tulisan Fitnah memasukkan gambar saya di FB dia, saya terpaksa jawab memandangkan Esok adalah Pemilihan AJK Pemuda AMANAH Nasional. Saya jangka tulisan itu pun bertujuan membuat serangan peribadi kepada saya. Perangai bunuh karektor orang ni budaya jahat, elok jangan buat lagi.

Haritu kamu Fitnah Dato Husam Musa ingin “menjatuhkan” Abg Mat Sabu di Facebook, tulisan kamu telah menyebabkan Dato Husam terguris hingga ramai kawan-kawan media anggap ia benar. Dato Husam terguris dengan berita Fitnah kamu, kini Dato Husam Tarik Diri dari bertanding AJK AMANAH Nasional.

Kamu Itu Fitnah untuk PECAH BELAHKAN PARTI? Saya tak tahulah macamana spesis ni boleh hidup dalam AMANAH.

Kerja asyik kutuk dan Fitnah orang sahaja, perasan dia sahaja betul, habis Menteri lain dan individu di kutuknya. Nak kata Facebooker, tulisan asyik Fitnah orang. Jauh benar lah, biar ada juga ilmiahnya, takda isi.

Parti sendiri di Besut, Terengganu tu kacau bilau tak hirau sangat. 

Haritu duk himpit KSU MOA, lepas Dato KSU MOA sudah berpindah kamu nak himpit siapa pula? Jangan jadi nyamuk penghisap darah! Nanti kena sumpah. 

Realitinya kamu tiada di hari kejadian, waktu Itu Tn Syed Shah Syed Othman ada disebelah saya dibelakang Kak Wan, dia tahu apa yang berlaku.

Syam Ghaz


No comments: