PdPR dan internet: Menteri Komunikasi yang jaga internet ni wujud ke tidak?

PdPR dan internet: Menteri Komunikasi yang jaga internet ni wujud ke tidak?

Alkisahnya pada suatu hari, sang menteri yang menjaga urusan pendidikan tiba-tiba mengumumkan penarikan balik persekolahan secara terbuka dan mengarahkan agar dilaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.

Maka, kelam-kabutlah para ibu bapa mencari gajet dan mendapatkan akses Internet untuk memudahkan ana-anak mereka belajar.

Sudahnya peniaga mengambil kesempatan menyebabkan harga gajet melambung kerana keributan ini.

Namun begitu, kajian pada tahun lepas oleh kementerian yang menjaga pendidikan itu sendiri sudah diketahui bahawa hampir 37 peratus pelajar di negara ini tidak mempunyai gajet langsung untuk belajar.

Tapi, jangan risau. Bagaikan hero, pak menteri kita yang jaga perbendaharaan berkata, ada peruntukan 150,000 komputer riba percuma melalui sumbangan dana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sebanyak RM150 juta, dan akan dipercepatkan proses penyerahannya pada bulan ini.

Wah, baiknya kerajaan yang amat prihatin dengan keresahan ibu bapa dan pelajar yang menghadapi PdPR.

 

Tapi nanti dulu, ceritanya belum habis lagi… Rupa-rupanya ia hanya pinjaman. Ya, pinjaman macam buku teks dan ia perlu dipulangkan semula kepada Kementerian Pendidikan setelah digunakan.

Lawak apakah ini? Stor mana pula nak simpan komputer riba di sekolah bila cuti hujung tahun? Risau kalau-kalau pencuri pun sudah tahu ‘port’ mana nak mencuri sebab ia boleh dikatakan barang berharga.

Kalau dah sebulan lebih cuti sekolah hujung tahun, adakah komputer riba itu diselenggara secara berkala sepanjang cuti atau dibiarkan mereput di stor sekolah seperti buku teks? Mungkin sebahagiannya akan rosak jika tidak diselenggara dengan baik.

Penulis jangka akan ada peluang pekerjaan baharu untuk menjaga, menyimpan dan menyelenggara komputer riba pinjaman ini. Kalau tidak, mungkin guru juga yang akan jadi mangsa untuk mengurusnya.

Tapi kerajaan masih lagi baik kerana memperkenalkan data Internet percuma sebanyak 1GB sehari kepada semua rakyat Malaysia sejak April tahun lalu dan diteruskan sehingga kini. Syukur alhamdulillah. Data Internet 30GB sebulan itu, bukan sikit lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini. Tapi ceritanya masih belum habis lagi.

Perlu 80GB sebulan

Dianggarkan bahawa penggunaan data Internet bagi kelas dalam talian seorang guru selama empat jam sehari adalah sebanyak 4GB, sama juga jumlahnya dengan seorang murid. Jadi, jika persekolahan selama sebulan adalah 20 hari, maka dianggarkan sebanyak 80GB data Internet digunakan untuk setiap guru dan pelajar.

Maka, jika ditolak 30GB daripada 80GB itu, tinggal 50GB. Mana nak cari 50GB ini? Bak kata Raja Lawak, Nabil Ahmad, “Lu fikir la sendiri.”

Untuk penggunaan data 50GB ke atas, rata-rata syarikat telekomunikasi mengenakan caj sekitar RM80 hingga RM100 sebulan.

Eh, nanti dulu, itu untuk seorang pelajar. Kalau anak ramai yang belajar macam mana? Sekali lagi, “Lu fikir la sendiri.”

Mungkin ada yang kata, “Langganlah yang data yang ‘unlimited’, baru boleh guna Internet sepanjang masa tanpa had.” Ya, memang ada pakej tanpa had tapi lihatlah pada kelajuannya, yang sebenarnya ada had.

Jadi kalau nak ikuti kelas dalam talian dengan internet tanpa had dengan kelajuan terhad, boleh jadi talian Internet akan kerap terputus sepanjang kelas.

 

Itu baru seorang. Kalau ibu, bapa, adik-beradik kongsi guna liputan Internet yang sama, macam mana? Lagilah ‘azabnya’ kelembapan kelajuan Internet apabila ia dikongsi secara hotspot. Jika seorang pun kurang stabil dan kadang terputus, bayangkan kalau ramai yang menggunakannya serentak.

Penulis menyambut baik saranan ahli parlimen Pulai, Salahuddin Ayub agar syarikat-syarikat telekomunikasi mengurangkan harga data Internet ketika kebanyakan pelajar terpaksa bergantung kepada kelas dalam talian untuk tujuan PdPR.

Sudah tentu banyak keluarga yang tidak mampu menanggung kos Internet yang tinggi dan perlu menambah lagi bayaran jika memerlukan tambahan data Internet ketika PdPR ini demi kelangsungan pendidikan anak-anak.

Dengan menambah kuota data Internet dan mengurangkan harganya bagi keluarga yang kurang mampu, ia amat meringankan beban mereka.

Syarikat-syarikat telekomunikasi besar negara wajar menerima saranan ini memandangkan pihak mereka sudah menjana keuntungan yang besar dan berlipat ganda, lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini ketika kebanyakan rakyat bekerja dari rumah serta guru, pelajar, pensyarah dan mahasiswa yang melanggan data Internet dengan banyak untuk kelas dalam talian.

Belum pernah syarikat telekomunikasi gulung tikar

Tidak pernah lagi saya dengar syarikat telekomunikasi gulung tikar dan rugi di negara ini, melainkan sentiasa menghasilkan keuntungan demi keuntungan, ratusan juta.

Apa salahnya diagihkan sedikit keuntungan itu manfaat bersama untuk membina generasi pemimpin masa depan. Mungkin kerajaan boleh mengurangkan cukainya kepada syarikat-syarikat ini yang telah membantu rakyat yang susah ketika ini.Oleh itu, wajarlah bagi semua pihak agar menggembleng usaha bagi mengatasi isu ini dan bukan diletakkan di bahu Kementerian Pendidikan semata-mata.

Kasihanilah pada kementerian ini yang teruk ‘dihentam’ kerana ketidakcekapannya mengurus kemelut PdPR. Mungkin ‘hentaman’ ini perlu ‘dikongsi bersama’ dengan kementerian-kementerian berkaitan yang lain.

Oleh itu, kerajaan perlu usahakan sesuatu supaya isu gajet dan Internet ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Eh, mana menteri yang jaga Internet? Wujud ke tidak ya? Tidak apalah kalau tidak wujud pun. Mahu tidak mahu rakyat perlu luahkan juga. Jika tidak sekarang, mungkin masa pilihan raya. – MK


MOHAMMAD HAFIZUDDIN ABDUL MUKTI berkhidmat di Jabatan Penerangan dan Perhubungan, Pertubuhan Ikram Malaysia.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Perak Insights.

ISU VIDEO INI TERLALU REMEH UNTUK SEORANG MENTERI KANAN MEMBUAT LAPORAN POLIS MENGENAINYA

 


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dilaporkan akan membuat laporan polis berhubung “video lama” berkaitan dirinya yang tular di media sosial sejak sehari dua ini.

Laporan polis itu dijangka akan dibuat hari ini di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Dalam video itu ia menunjukkan Ismail Sabri hadir majlis bersama beberapa orang lain tanpa memakai pelitup muka dan duduk bersama di meja jamuan dengan tidak menjaga penjarakan sosial.

Video berkenaan sebenarnya bukan majlis baharu yang dihadirinya, tetapi dikatakan ketika hadir majlis pelancaran Tabung Pahlawan di Royal Chulan Hotel, Kuala Lumpur pada 15 September tahun lalu.

Laporan polis itu dibuat Ismail Sabri kerana merasakan beliau difitnah berhubung penyebaran video tersebut.

Soalnya, di mana fitnahnya video tersebut jika kejadian berlaku pada 15 September tahun lalu?

Bukankah pada September 2020 lalu, Covid19 masih melanda negara dan pemakaian pelitup muka serta penjarakan fizikal masih diwajibkan?

Takkan sebagai menteri kanan yang bertanggungjawab dalam hal Covid19, beliau tidak tahu mengenainya?

Lagi pun, sebagai ahli politik, berdepan kejian, cercaan malah fitnah sekali pun adalah perkara biasa saja sebenarnya.

Jika fitnah tersebut dalam hal yang besar melibatkan maruah seperti dituduh terima wang, ada skandal dengan artis, video berkaraoke dengan beberapa wanita dalam bilik gelap atau sebagainya, barangkali bolehlah diterima jika laporan polis hendak dibuat.

Contohnya seperti Ismail Sabri sendiri pernah menuduh Nurul Izzah Anwar sebagai pengkhianat dalam isu pencerohohan di Lahad Datu, Sabah beberapa tahun lalu.

Maka, dalam kes tersebut terlihat wajarlah sesuatu tindakan hendak diambil.

Berikutan fitnah itu, Nurul Izzah telah menyaman Ismail Sabri bersama bekas Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar.

Nurul Izzah akhirnya memenangi saman tersebut dan Ismail Sabri telah diarah membayar RM450 ribu, manakala Khalid sebanyak RM400 ribu.

Ini sekadar video lama yang digambarkan seolah-olah baru berlaku, sangat remeh sebenarnya untuk dibuat laporan polis oleh seorang menteri kanan dan politikus yang sudah sepatutnya telah masak dengan sepak terajang dunia politik.

Lebih daripada itu, membuat laporan polis dalam kes seremah itu hanya menambahkan beban polis saja untuk menyiasatnya.

Tidak kasihankan beliau terhadap anggota polis yang sudah sedia dibebankan dengan banyak kerja seperti berpanas dan berhujan melakukan sekatan jalanraya di ketika PKP 2.0 ini?

Untuk kes video ini, sebenarnya memadai dengan hanya Ismail Sabri atau pejabatnya membuat penafian melalui media saja.

Tapi, sebelum itu silalah jawab dulu kenapa pada waktu video tersebut diambil iaitu pada 15 September 2020, beliau tidak memakai pelitup muka serta tidak menjaga penjarakan sosialnya di majlis tersebut? 

(Shahbudindotcom 13/02/2021)



NAK DAPAT SOKONGAN KA...ATAU APA NIH...DULU WALAUN KATA DIA WAHABI BAGAI...MMMMMM

 


IBRAHIM MAT ISA..


Baru 1st time aku lihat ulamak graduan timur tengah pakai jubah merah menyala. Nampak garang! Apalagi bila terima orderan secret recipe sempena CNY, kena gaya aaiihh....


May be an image of one or more people and people standing

BILA DR ZUL AMANAH SOKONG MAHATHIR MAINKAN PERANAN DALAM PH...DIA JUGA DIKECAM NETIZEN.ATOK SAKA TETAP DI BENCI RAKYAT












 

EKONOMI MELESET MENTERI KEWANGAN MENGARUT?


Covid-19: Kecewa dengan tindakan kerajaan PN, penggiat seni mengadu kepada Istana Negara

 


Covid-19: Kecewa dengan tindakan kerajaan PN, penggiat seni mengadu kepada Istana Negara

Pelakon veteran, Fauziah meluahkan rasa terharu dengan keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan untuk berjumpa pegawai Istana Negara bagi mendengar luahan hati penggiat seni sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 13 Januari lalu.

Menerusi Facebook miliknya, Fauziah memberitahu beliau dan rakan-rakan lain telah diberi peluang meluahkan dan menyuarakan masalah dan keperitan yang dihadapi serta keadaan sebenar yang diharungi oleh anak-anak seni pada ketika ini.

“Patik merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas keprihatinan dan kepekaan terhadap keluh kesah kami sebagai penggiat seni yang amat terkesan akibat penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Alhamdulillah, atas titah perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda, patik bersama beberapa rakan seperjuangan dapat untuk bertemu dengan pegawai-pegawai Istana Negara pagi ini.

“Dalam pertemuan ini, patik-patik semua telah diberi peluang meluahkan dan menyuarakan masalah dan keperitan yang dihadapi serta keadaan sebenar yang diharungi oleh anak-anak seni pada ketika ini,” tulisnya.

Fauziah memberitahu, beliau dan rakan-rakan turut mengutarakan cadangan agar semua penggiat seni tanpa mengira cabang diberi kelonggaran prosuder operasi standard (SOP) untuk mereka kembali mencari rezeki.

Jelas beliau, ini kerana golongan itu tidak memiliki pendapatan tetap dan bergantung harap dengan tawaran bekerja untuk mendapat gaji.

“Patik-patik semua juga telah memberi beberapa pandangan dan cadangan supaya anak-anak seni, tanpa mengira cabang seni yang kami ceburi, khususnya supaya diberi kelonggaran dengan ketetapan SOP untuk bekerja mencari rezeki demi kelangsungan hidup kami dan keluarga-keluarga kami.

“Orang macam kami, ada kerja, ada gaji. Tidak ada kerja, tak ada gaji. Sejak penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan PKP, anak-anak seni tidak terkecuali dari tekanan ekonomi yang melanda ramai rakyat Malaysia di pelbagai sektor perniagaan yang disekat untuk beroperasi.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada pikak MKN, KKMM, KKM, FINAS dan semua persatuan-persatuan dalam industri seni di atas usaha-usaha baik dalam menangani permasalahan yang sedang di hadapi.

“Semoga luahan dan perkongsian patik-patik semua ini mendapat perhatian KDYMM Seri Paduka Baginda yang amat prihatin terhadap nasib dan keperitan hidup rakyat yang amat terkesan akibat penularan wabak Covid-19

“Patik-patik semua mendoakan semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dikurniakan kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan serta berada di bawah riayah dan perlindungan Allah SWT serta kekal memerintah negara dan menaungi rakyat dengan adil dan saksama,” katanya. 



Mahasiswa Malaysia cari sugar daddy melalui Sugarbook, menteri KPT tak buat kerja?

 Mahasiswa Malaysia cari sugar daddy melalui Sugarbook, menteri KPT tak buat kerja?


Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) memandang serius terhadap peningkatan statistik penggunaan aplikasi media sosial tidak bermoral dalam kalangan mahasiswa yang semakin membimbangkan.

Presiden MPPK, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri berkata, berdasarkan laporan, seramai 12,705 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di Lembah Klang berdaftar dengan aplikasi ‘Sugarbook’ untuk mencari ‘sugar daddy’.

Menurutnya, peningkatan jumlah pelajar IPT yang mendaftar dalam aplikasi itu amat membimbangkan kerana menggambarkan keruntuhan moral, malah pada masa sama menunjukkan kegawatan kewangan golongan pelajar semakin meruncing pada masa kini.

“Berdasarkan rekod, selepas setahun kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan kini PKP semula terdapat peningkatan pendaftaran pengguna baharu aplikasi ini.

“Pendaftaran pengguna baharu meningkat lebih 40 peratus dan punca utamanya adalah daripada desakan hidup sewaktu wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Muhammad Amir Asyraf berkata, tidak ada mana-mana pihak yang perlu dipersalahkan sebaliknya masing-masing perlu memandang hal ini secara serius.

“Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak tetapi ingin membuka mata semua pihak berwajib agar dapat memikirkan solusi berkesan untuk mengurangkan kegiatan sebegini dalam kalangan mahasiswa.

“Saya juga mengharapkan agar semua pihak memandang serius dengan laporan sebegini kerana jika ia dipandang ringan, maka keruntuhan akhlak dan moral dalam kalangan pelajar akan menjadi semakin membimbangkan,” katanya.

Pada masa sama beliau turut menasihatkan mana-mana mahasiswa yang menghadapi masalah daripada segi kewangan supaya berhubung terus dengan pihak IPT masing-masing.

“Saya percaya setiap IPT di negara kita akan terus membantu mahasiswa yang memerlukan,” katanya.

Pada Rabu, media melaporkan bahawa Malaysia telah dikategorikan pada kedudukan ketiga tertinggi Asia bagi jumlah ‘sugar daddy’ melalui aplikasi ‘Sugarbook’, sebuah aplikasi tidak bermoral yang menyediakan platform bagi mencari wanita-wanita untuk dijadikan perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai ‘sugar baby’.




Indeks rasuah: PH berjaya letak Malaysia di landasan betul, namun dimusnahkan PN – Hanipa

 


Indeks rasuah: PH berjaya letak Malaysia di landasan betul, namun dimusnahkan PN – Hanipa

1. Selepas rakyat memberi mandat kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menjadi kerajaan pada 9/5/2018, kita boleh melihat keyakinan masyarakat antarabangsa ke atas negara kita alhamdulillah mula menunjukkan tanda-tanda perubahan positif walaupun agak perlahan pada mulanya tapi kemudiannya mula menonjolkan peningkatan yang agak ketara.

2. Antara kayu ukur yang sering digunakan oleh masyarakat antarabangsa itu adalah CPI (Corruption Perception Index) atau Indeks Persepsi Rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI). Indeks ini, misalnya, yang akan para pelabur rujuk sebelum mereka memutuskan untuk melabur di mana-mana negara termasuk negara ini.

Selepas hanya setahun PH memerintah, TI telah mengeluarkan hasil penyelidikan mengenai Indeks Persepsi Rasuah di negara-negara di dunia ini dan pada tahun 2019, kita menyaksikan Malaysia telah berjaya mempertingkatkan kedudukan posisinya dalam Indeks Persepsi tersebut dengan berjaya menduduki anak tangga ke-51 pada tahun 2019 dari anak tangga ke 61 pada tahun 2018 dan anak tangga ke 62 pada tahun 2017.


 Baru-baru ini kita dikejutkan apabila TI mengeluarkan Indeks Persepsi Rasuah pada tahun 2020 – tahun yang menyaksikan “Langkah Sheraton” dan pengkhianatan mandat rakyat melalui fenomema tebuk atap – negara ini kini berada di kedudukan nombor 57 pada tahun lepas – 2020 – setelah PH berhempas pulas meletakkan posisi negara ini ke tahap yang agak baik dalam Indeks Persepsi Rasuah iaitu di angka ke 51 pada tahun 2019.

4. Kenapakah, semasa PH menjadi Kerajaan, Malaysia telah berjaya, hanya dalam tempoh yang secara relatifnya agak singkat, memperbaiki kedudukan negara kita dalam Indeks Persepsi Rasuah ini?

5. Menurut Presiden TI (Malaysia) seperti yang dilaporkan oleh NST Singapura pada 23/1/2020, kejayaan tersebut kerana kejayaan rakyat negara ini memberi mandat kepada PH dan PH telah bertindak membalas budi mandat rakyat tersebut dengan membuat beberapa perubahan yang agak besar dan drastik dalam soal urustadbir yang baik dalam pemerintahan (a good governance). Beliau berkata “Kerajaan baru (PH) begitu komited untuk memastikan Malaysia bebas rasuah”.

6. Sebagai salah seorang anggota pentadbiran Kerajaan PH tersebut dan berada di JPM yang hampir setiap minggu berpeluang bermesyuarat dengan YAB PM sendiri dan para pegawai tertinggi kerajaan, saya agak arif tentang usaha-usaha yang amat giat yang dilakukan oleh YAB PM dan kabinetnya dan dibantu oleh para kakitangan kerajaan yang agak komited untuk meletakkan Malaysia ke posisi yang lebih terhormat dalam pandangan masyarakat antarabangsa.

Ketua Pengarah GIACC, Tan Sri Abu Kassim melaporkan tentang Plan Anti Rasuah Kebangsaan kepada kerajaan.

7. Misalnya,Kerajaan PH telah menubuhkan sebuah badan khas yang diterajui oleh mantan Pengerusi SPRM iaitu badan yang dipanggil GIACC bagi menjalankan usaha-usaha giat dan proaktif bagi, antaranya, menangani dan memerangi isu rasuah dalam kerajaan sendiri.

Badan ini terletak di bawah JPM dan pejabatnya juga, secara kebetulan, bersebelahan pejabat saya di JPM. Saya agak arif dengan apa yang badan ini telah lakukan kerana lazimnya pada setiap kali sidang Parlimen, mantan boss saya – mendiang Dato VK Liew – dan saya sendiri yang akan selalu menjawab isu-isu berkaitan badan ini di Parlimen – Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Kerajaan PH, misalnya juga menubuhkan NFC atau National Financial Centre bagi memerangi atau mengekang fenomena skandal kewangan berskala mega seperti 1MDB.

8. Pada masa PH memerintah juga ada satu Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) yang dipengerusikan oleh YAB PM sendiri di mana anggotanya adalah para menteri kanan dan para “senior government servants” dan saya juga adalah salah seorang anggotanya. Pihak GIACC diamanahkan sebagai sekretariat kepada JKKMAR itu.

Puratanya, hampir setiap dua bulan JKKMAR ini akan bermesyuarat dan telah berjaya membincangkan dan memutuskan beberapa polisi penting untuk dibawa ke Kabinet bagi dipertimbangkan dan dijadikan dasar yang muktamad. Contohnya dasar perisytiharan harta dan penghapusan budaya surat sokongan lahir dari JKKMAR.

9. Saya sesungguhnya percaya, pada masa itu, Kerajaan PH sedang berada di landasan yang betul untuk memulihkan imej negara khususnya imej negara ini sebagai “negara perasuah” di mata masyarakat luar.

Hakikatnya, kejayaan PH ini amat digeruni oleh musuh politik PH yang mana kejayaan PH tersebut memungkinkan parti-parti politik yang bergayut pada politik perkauman dan agama yang sempit akan menjadi terus tidak relevan dan mungkin akan berstatus nota kaki sahaja pada masa hadapan.

Lalu pihak-pihak yang risau tentang survival politik mereka itu mula menjerit dengan amat lantang isu-isu perkauman dan agama sempit ibarat tanpa had dan sempadan.

Maka diciptalah satu naratif palsu kononnya Islam dan Melayu terancam di bawah PH, sedangkan hakikatnya kedudukan dan survival politik mereka yang terancam dan berisiko terpupus. Ironisnya, mereka juga mendapat manfaat besar dari dasar keterbukaan PH yang malangnya telah disalahhgunakan kebebasan tersebut bagi mewujudkan rasa tidak puas hati pada PH dengan menyerang PH tanpa ada rasa malu apatah lagi rasa kebertanggungjawaban.

10. Malangnya, politik kotor mereka itu, sekali lagi, dilihat membawa negara ini ke fenomena pra 9/5/2018. Indikasi awalnya Indeks Persepsi Rasuah negara di bawah Kerajaan PN mula dilihat negatif semula oleh masyarakat antarabangsa. Dan tidak perlu dikatakan ianya tidak baik untuk negara khususnya dalam aspek ekonomi. Kita sedang berkhayal jika kita rasa FDI atau para pelabur tidak kisah melihat negara ini mula kembali ke era lama dari aspek rasuah misalnya. – MD


Penulis adalah ahli parlimen Sepang yang juga bekas Timbalan Menteri di JPM (Undang-undang).


(LIVE) 13/02/2021 11AM - Rumah Terbuka Maya Keadilan Sempana Tahun Baru ...



Tarikh 13/02/2021 11AM Sabtu Kenyataan Media Parti Keadilan Rakyat : Parti KEADILAN Rakyat akan mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina secara maya pada 13 Feb , iaitu hari kedua sambutan Tahun Baru Cina. Biasanya Tahun Baru Cina adalah waktu rakan-rakan Tiong Hua balik ke kampung untuk bersama dengan ahli keluarga meraikan perayaan, tetapi oleh sebab Covid19 ramai yang tidak dapat buat demikian. KEADILAN sebagai parti yang terdiri daripada berbilang kaum, kami tetap ingin mengekalkan tradisi menyambut perayaan ini bersama rakan dalam keadaan norma baharu. Kami akan menyediakan beberapa persembahan Tahun Baru Cina dan ucapan-ucapan Tahun Baru oleh pimpinan pusat dan negeri KEADILAN. Pimpinan tertinggi KEADILAN seperti Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah, pimpinan negeri seperti MB Selangor dan MB Negeri Sembilan akan hadir rumah terbuka ini dan beri ucapan. Kami juga akan menjemput rakan pimpinan negeri dan wakil persatuan Tiong Hua untuk merai bersama.




VIDEO : JANGAN BERKOKOK KUAT TAPI EKOR PENUH TAHI



"Semestinya. Demi keadilan dan ketelusan," kata Dr Muhammad Faiz Na'aman seperti dipetik Malaysiakini. Dipercayai beliau berkata demikian susulan dakwaan pihak pendakwa raya bahawa UMNO mempunyai akaun rahsia yang tidak diaudit bagi menerima sumbangan politik.



Berakhirnya era parti ‘Abang Besar’ di Malaysia.Umno takut untuk berubah.

 

Pada 13 Februari 2021

oleh Raja Ahmad Iskandar Fareez


Oleh Raja Ahmad Iskandar Fareez

(Pengarah Komunikasi REFSA)

Setelah lebih 60 tahun berada bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO, rakyat Malaysia telah terbiasa dengan dominasi hegemoni parti politik tunggal. Malah kebanyakan daripada kita masih terperangkap dalam kerangka pemikiran bahawa perlu adanya satu parti dominan dalam satu gabungan (coalition) politik. 

Namun keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018 telah menunjukkan bahawa struktur ini tidak lagi terpakai dalam konteks politik semasa negara. Model politik kita telah berubah. Tiada lagi satu parti yang dominan dalam kerajaan, baik semasa era pentadbiran Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).

Walaubagaimana pun, masih ramai lagi ahli politik yang tidak boleh menerima kenyataan bahawa lanskap politik Malaysia sudah berubah. Bahkan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri pun tidak dapat membebaskan diri daripada andaian dan pemikiran lapuk ini. Beliau masih lagi terperangkap dengan obsesi untuk memperoleh majoriti yang selesa dalam parlimen sekaligus mengukuhkan kedudukan beliau dan menjadikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai parti dominan.  

Boleh dikatakan juga, ketidakstabilan pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini lahir daripada persaingan antara Bersatu dan juga UMNO untuk menjadi ‘abang besar’ dalam gabungan PN. Bagi tujuan ini, Muhyiddin berusaha untuk memperkukuh kedudukan parti demi persiapan menghadapi PRU15 menerusi segala cara yang ada, sampai ada ahli UMNO sendiri yang menuduh Bersatu sedang berusaha untuk menarik ahli-ahli UMNO supaya menyertai parti itu. 

Persaingan kuasa ini tentunya tidak diambil ringan oleh UMNO. Parti yang dulunya merupakan abang besar dalam BN tidak mungkin akan berdiam diri apabila berhadapan dengan ancaman langsung daripada Bersatu. Apatahlagi, bagi UMNO, mereka menganggap kebanyakan kerusi-kerusi Bersatu itu sebagai milik UMNO pada asalnya. 

Bagi menyelesaikan kemelut ini, kedua-dua pihak bertekad untuk bertembung pada PRU15 walaupun ianya diadakan ketika tempoh pandemik. Kedua-dua Bersatu dan UMNO begitu yakin mereka dapat merangkul majoriti yang selesa dan seterusnya mendominasi gabungan kerajaan baharu ini. 

Namun begitu, tiada jaminan mana-mana parti dapat menang besar dalam pilihan raya akan datang. Kemungkinan besar juga keputusan pilihan raya itu mirip keputusan sekarang yang mana tiada pihak memperoleh majoriti selesa dan memberangsangkan. Kerajaan yang dibentuk juga mungkin hanya akan mendapat majoriti tipis. 

Kalau kita lihat balik sejak pilihanraya 2008, jumlah undi yang diterima oleh gabungan parti-parti kerajaan dan pembangkang hampir sama. Pada tahun 2008, BN menang 53% undi popular; pada tahun 2013, gabungan pembangkang pada masa itu memenangi 51% undi popular; dan pada tahun 2018, Pakatan Harapan memperoleh 48% dalam situasi tiga penjuru. Maka, kita tidak boleh menolak kemungkinan komposisi kerusi tidak akan berubah banyak. Tiada pihak yang akan menang besar. 

Jika begitu, plihan raya bukanlah langkah penyelesaian bagi kebuntuan ini.

Halatuju gabungan politik Malaysia

Dalam hal ini, pendapat Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Liew Chin Tong ada munasabahnya. Arena politk Malaysia sudah berubah jadi pendekatan parti-parti politk juga perlu berubah. Contohnya, kalau ramai pengguna sudah biasa menggunakan khidmat penstriman seperti YouTube atau Netflix, takkan penyedia kandungan (content provider) pula masih berdegil untuk menjual kaset video VHS kepada mereka. Tentunya tidak. Mereka yang enggan menukar haluan pastinya akan ditelan dek arus zaman. 

Parti-parti politik di Malaysia haruslah menginsafi perkembangan politik semasa dan membina semula gabungan politik yang lahir daripada semangat kerjasama bukannya dominasi abang besar. Dari segi itu juga, kita perlu memikir semula bagaimana kita mengkonsepsikan persoalan kepemimpinan politik. Dengan tamatnya dominasi hegemoni satu parti politik, era pentadbiran Perdana Menteri berkuasa tunggal juga sudah berakhir. 

Sebagai sistem demokrasi beracuan Westminster, kuat atau lemahnya suatu pentabiran bergantung kepada kaliber dan prestasi barisan kabinetnya. Bagi gabungan politik, ini bermakna mereka harus mengetengahkan sekumpulan (cohort) pemimpin yang berketerampilan dan berkebolehan demi memastikan kelangsungan (survival) mereka. Kepelbagaian bakat dengan mencampurkan nama baharu dengan personaliti-personaliti yang berpengalaman mungkin berupaya menjadi kunci untuk memikat para pengundi di masa hadapan.  

Tawaran kepada pengundi juga perlu diperbaharui. Buku-buku tebal manifesto mungkin bukan lagi medium paling berkesan untuk memenangi hati dan minda para pengundi. Sebaliknya idea-idea baharu yang mampu menyelesaikan masalah seharian rakyat dari segi kelangsungan hidup, mata pencarian, kebajikan dan jaminan kehidupan bermaruah antara lain memainkan faktor penting dalam pertimbangan para pengundi. Komunikasi secara langsung dan berterusan melalui proses libat urus pengundi secara maya dan berkala mungkin menjadi salah satu platform penting dalam persediaan kempen PRU15. 

Pandemik Covid-19 telah menyerlahkan ketempangan sistem ekonomi dan aturan sosial negara kita. Mereka yang berada bertambah kaya, tetapi mereka yang rentan terus bergelut untuk memenuhi keperluan hidup. Tempoh daripada hari ini sehinggalah PRU15 bakal menjadi kayu ukur. Mana-mana gabungan politik yang dapat memposisikan diri mereka dengan mengetengahkan penyelesaian-penyelesaian segar bagi masalah rakyat berkemungkinan akan muncul sebagai pemenang bagi pusingan akan datang. 

 

SELANGOR AKAN BUKA 4 PUSAT KUARANTIN TRANSIT COVID 19


Setelah didesak pelbagai pihak, akhirnya kerajaan wujudkan saluran khas DidikTV KPM

 


Setelah didesak pelbagai pihak, akhirnya kerajaan wujudkan saluran khas DidikTV KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM yang akan memulakan siaran pertamanya pada 17 Februari ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan KPM, saluran tersebut bersiaran bermula jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah malam setiap hari.

“Saluran ini akan dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari pertama siaran jam 8 pagi,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Menurut kenyataan tersebut, saluran berkenaan merupakan usaha berterusan dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara.

“Sebelum ini, KPM telah menyediakan program TV Pendidikan selama 11 jam melalui TV Okey RTM, Tutor TV ASTRO, dan DidikTV@ntv7.

“Kini, buat pertama kalinya KPM memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan secara terestrial dengan pengisian dari 7 pagi sehingga 12 tengah malam,” katanya.

Menurut kenyatan itu, DidikTV KPM boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di Astro dan saluran NTV7 di TV Unifi.

Bagi set TV Digital Bersepadu (iDTV) yang menggunakan antena pula, carian saluran DidikTV KPM boleh dilakukan menerusi penalaan automatik.

Dalam pada itu, katanya, DidikTV akan menyiarkan program yang diterbitkan khusus berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM.

“Saluran ini juga akan menyiarkan berita mengenai dunia pendidikan, program bercorak didik hibur (edutainment) dan kandungan yang dihasilkan oleh murid serta program antarabangsa yang bersesuaian turut disiarkan,” ujarnya.

Menurut kenyataan itu, KPM sentiasa komited dalam memastikan DidikTv merupakan satu platform yang memperkasakan budaya ilmu, menerapkan nilai-nilai murni dan mewujudkan masyarakat berinformasi.



KERAJAAN BELUM MAHU LULUSKAN MORATORIUM TANPA SYARAT..

 

i-sinar: Akhirnya kerajaan akur untuk mansuhkan syarat buat pengeluaran

i-sinar: Akhirnya kerajaan akur untuk mansuhkan syarat buat pengeluaran

Kementerian Kewangan mengesahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan pengeluaran i-Sinar.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pemansuhan itu dilakukan selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas pihak awam.

“Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19.

“Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.

“Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan.

Berikut perincian pengeluaran:

A) Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

B) Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Sehubungan itu Zafrul berkata, KWSP memerlukan sedikit masa untuk mempersiapkan struktur pengeluaran baharu ini.

Terdahulu, Astro AWANI yang memetik sumber melaporkan, kerajaan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin depan. 



Sebar video lama: Ismail Sabri bakal lapor polis

 Sebar video lama: Ismail Sabri bakal lapor polis


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob akan membuat laporan polis mengenai “video lama” yang tular di media sosial hari ini.

Video itu menunjukkan Ismail hadir majlis bersama beberapa orang lain tanpa memakai pelitup muka dan duduk bersama di meja jamun dengan tidak menjaga penjarakan sosial.

Pemeriksaan Malaysiakini mendapati video berkenaan memaparkan majlis pelancaran Tabung Pahlawan di Royal Chulan Kuala Lumpur pada 15 September tahun lalu.

Menurut jemputan media yang dikirim kepada wartawan, Ismail akan membuat laporan polis esok kerana penyebaran video itu katanya, “jelas bermaksud untuk memfitnahnya”.

Video tersebut nampaknya banyak dikongsi di aplikasi WhatsApp.

Terdapat beberapa hantaran di Facebook, termasuk satu oleh ahli PKR yang cuba membandingkan SOP baru tempat makan yang menghadkan dua pelanggan bagi setiap meja, dengan hadirin dalam video yang menampilkan Ismail.

Sebelum ini, menteri pertahanan telah beberapa kali mengadu sering menjadi mangsa berita palsu.