Hari Rabu lepas, dia kata kerajaannya sedang menimbang semula hubungan Myanmar dengan ASEAN, tapi masih akan teruskan perbincangan dengan negara-negara anggota.
Dan dia tak cakap benda ni sambil lalu.
Kenyataan tu dibuat dalam ucapan awam yang jarang berlaku, di parlimen pusat di Naypyidaw.
Maksudnya dia memang nak mesej ni sampai, kuat dan jelas.
Kenapa dia geram sangat?
Puncanya, ASEAN bermesyuarat minggu ni tanpa Myanmar, dan pendirian blok tu nampaknya mengecewakan Min Aung Hlaing yang selama ni beria-ia nak kembali bersama.
Dia beritahu lebih 540 ahli parlimen, wakil tentera dan pegawai kerajaan bahawa kenyataan ASEAN tentang Myanmar tak munasabah.
Dia rasa Myanmar dibuli dan dilayan tak adil.
Tapi kena ingat juga kenapa ASEAN berkeras.
Min Aung Hlaing dan pegawai kanannya dah dihalang dari mesyuarat ASEAN sejak April 2021.
Ni bila dia setuju dengan pelan damai Konsensus Lima Perkara tapi tak laksanakan pun bila balik ke Myanmar.
Lepas tu dia dipilih jadi presiden pada April lalu melalui pilihan raya yang dikritik meluas.
Tahun ni dia rajin melawat sana sini, termasuk ke Malaysia pada 7–8 Oktober untuk berbincang dengan Anwar Ibrahim tentang penghantaran pulang pelarian Myanmar.
Beberapa negara memang dah mula lembut, tapi ASEAN sebagai satu blok masih tak nak beri "tiket masuk" percuma.
Jadi, Myanmar betul-betul nak keluar ASEAN ke?
Ada yang dah mula fikir ke arah tu.
Kenyataan Min Aung Hlaing tak dapat tidak membuka kemungkinan dia menarik Myanmar keluar dari ASEAN sepenuhnya.
Tapi rasanya ini lebih kepada "merajuk strategik" iaitu tunjuk protes, tapi pintu masih terbuka.
Pada masa yang sama, dia juga umum nak adakan persidangan damai pada Februari, dengan sasaran tamatkan perang dalam penggal lima tahunnya.
Siapa yang akan berkelip dulu?
Myanmar yang perlukan pengiktirafan, atau ASEAN yang tak nak nampak lemah?

No comments:
Post a Comment