LEGA







The flavour of the month ialah perkataan “LEGA”. 


Penyokong UMNO lega, akhirnya Bossku mereka keluar penjara. Dapat tahanan rumah, ada peluang kes 1MDB pun diampun penuh bila BN menang pilihanraya. 


Penyokong PH lega, akhirnya minit mesyuarat Lembaga Pengampunan didedahkan. Tunjukkan Menteri PH mereka menentang tahanan rumah. Bukan mengiyakan. “Reformasi masih intact”. 


Namun isu “LEGA” yang lebih besar ialah bilamana Bar Council mencabar Pengampunan Diraja DSNR. 


Untuk senang hadam, sis ringkaskan. 


Kuasa pengampunan YDPA termasuk MELEGAKAN hukuman. 


Isunya adakah melegakan hukum itu termasuk tahanan rumah. Yang undang-undangnya belum pernah ada. 


Adakah ini bermaksud YDPA dalam memberi lega hukum boleh tetapkan mana2 hukuman lebih ringan hatta yang tidak termaktub dalam undang2? 


Contoh selain tahanan rumah. Bolehkah YDPA tetapkan pesalah boleh diampun dan tinggal di Istana? Atau boleh jalani hukuman di luar negara? 


Tiada undang2 yang menetap atau menghalangnya. Inilah isu yang Mahkamah perlu perhalusi. 


Adakah budi bicara pengampunan terbatas kepada apa yang ada dalam undang2? 


Untuk rekod, dalam kes pengampunan DiRaja YDPA Sultan Abdullah, tahanan tumah DSNR ditolak olej Mahkamah kerana tiada peruntukan undang-undang. Keputusan ini peguam DSNR tidak buat rayuan, maka nas undang2nya masih kekal. 


Apa pun, keputusan tahanan rumah ini masih belum LEGA sepenuhnya. Kuasa budi bicara YDP Agong ini masih boleh diuji di Mahkamah. Panjang lagi cabarannya. 


Kita sebagai pengundi hanya boleh tarik nafas lega. 


Bila kita yakin institusi dalam negara masih terjaga. 


Untuk memastikan no one is above the law. 

Hatta seorang Raja. 


Itu maknanya Raja Berpelembagaan. 


Bila kepentingan negara diletakkan mengatasi kepentingan mana2 parti atau personaliti. 


Moga lebih terjaga ibu pertiwi untuk cucu cicit kita nanti. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki





No comments: