DALAM MAHKAMAH SESYEN ALOR SETAR
DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA
KES INKUES NO: KA-65B-2-10/2023
(Kematian dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis (IPD), Yan.
Mangsa: Muhammad Afis Bin Ahmad)
Alhamdulilah.
Perjuangan bersama keluarga mangsa selama 5 tahun akhirnya hari ini tertegaknya sebuah kebenaran & keadilan.
Pagi ini, Puan Hakim/Koroner memutuskan antara lain kematian mangsa adalah:
1. Akibat daripada PUKULAN OBJEK TUMPUL YANG DIBAWA KE KEPALA MANGSA sehingga menyebabkan kecederaan fatal di kepala dan mengakibatkan pendarahan dalaman yang teruk. KECEDERAAN PARAH menyebabkan KEMATIAN & DILAKUKAN OLEH ORANG LAIN semasa mangsa berada dalam tahanan di IPD YAN, Kedah; dan
2. KELEWATAN pihak polis memberikan rawatan juga menyumbang kepada KEMATIAN mangsa.
Kes pagi ini adalah 1 lagi BUKTI terhadap kegagalan REFROMASI Institusi PDRM. KEMATIAN DEMI KEMATIAN RAKYAT DALAM BANGUNAN PDRM.
1 laporan polis akan dilakukan pihak keluarga bagi menuntut 1 siasatan di bawah 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki terlibat membunuh.
FAKTA PENTING kes ini adalah:
1. Mangsa berjalan masuk ke IPD Yan bersama beberapa anggota tangkapan. Mangsa masuk dalam keadaan sihat berjalan sendiri.
2. Selepas berada di dalam bilik siasatan sekitar 45 minit - 1 jam, mangsa diseret keluar oleh 3 orang Pegawai/anggota polis. Mangsa diseret dalam keadaan sudah tidak bermaya lagi & di campak ke dalam lokap.
3. Mangsa disahkan oleh pegawai perubatan di Hospital bahawa beliau sudah mati ketika dibawa ke Hospital.
Kami akan berjuang sehingga suspek-suspek yang merupakan pegawai dan anggota polis di IPD Yan, diheret ke muka pengadilan. Kamu adalah #PEMBUNUH.

No comments:
Post a Comment