Tarikh: 19 November 2026
Dato'.
Dalam perkembangan terbaru dan sumber-sumber dalaman yang meyakinkan, saya yakin bahawa hayat Dato' sebagai MB tidak akan bertahan lama lagi.
Sumber yang diyakini mendedahkan bahawa Zahid telah arah semua adun BN (termasuk PN) tarik sokongan terhadap Dato', dan kini telah menjadikan Dato' sebagai MB yang tiada sokongan langsung.
Sebelum ini Dato' meraih pelbagai sokongan penyokong BNPN, kini sokongan itu semakin malap dan yang tinggal menyokong Dato' hanyalah ahli keluarga Datuk sahaja.
Dulu ramai memuji, kini ramai yang mengeji.
Tiada siapa lagi mahu mempertahankan Dato'.
Jadi apa yang tinggal dalam saki baki masa Dato' sebagai MB ialah, kuasa membubarkan DUN.
Jadi saya cadangkan, Dato' bubarkan sahaja DUN Negeri Sembilan.
Kenapa Dato' mesti bubarkan DUN?
1. Dato' sudah tiada tempat dalam UMNO. Selepas ini Datuk akan disisih, dipinggir, dipulau oleh orang UMNO. Tiada siapa mahu Datuk lagi.
2. Dato' akan dianggap sebagai pengkhianat UMNO sampai bila-bila. Keluarga Datuk juga akan dijenamakan sebagai pengkhianat UMNO.
3. UMNO bukan sahaja menyerang Dato', tapi juga menyerang ahli keluarga Dato'. Lihatlah sahajalah anak Dato' dikecam beramai-ramai sejak semalam hanya kerana mempertahankan Dato'.
Sebab itu Dato', you have nothing to lose anymore jika Dato' bubarkan DUN.
Datuk juga perlu sedar, bahawa selama in Dato' memang tidak pernah menjadi pilhan pertama untuk jadi MB Negeri Sembilan. Orang-orang UMNO memperlekehkah dan menghina Dato' sebagai MB Shopi.
Oleh itu Dato', sekali lagi saya memohon kepada Dato', gunakan saki baki kuasa yang ada itu, untuk bubar DUN Negeri Sembilan.
Dato' tak rugi apa-apa sedikit pun.
Dato' boleh berehat penuh dari dunia politik UMNO yang tidak lagi mahu menghargadi segala jasa-jasa Dato'.
Membubarkan DUN, menyerahkankan kembali mandat kepada rakyat, ialah perkara terbaik yang terakhir yang Dato' mampu buat untuk rakyat.
Biar rakyat memilih semula.
Saya doakan semoga Dato' sihat dan selamat sepanjang masa.
Yang benar.
Rakyat Malaysia.

No comments:
Post a Comment