
AGC bercadang memasukkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dalam afidavit yang akan difailkan sebagai respons terhadap cabaran undang-undang dikemukakan Majlis Peguam berhubung tahanan rumah Najib Razak.
KUALA LUMPUR, 19 Nov – Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) berhubung permohonan pengampunan tahanan rumah Najib Razak dinyahklasifikasikan bagi membolehkannya dimasukkan dalam satu afidavit mahkamah, menurut sumber.
Sumber itu berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) dikehendaki memfailkan afidavit itu susulan cabaran yang dikemukakan Majlis Peguam terhadap langkah membenarkan bekas perdana menteri itu dikenakan tahanan rumah.
“Minit itu antara dokumen yang perlu disertakan, jadi ia perlu dinyahklasifikasikan. Itulah sebabnya tindakan itu diambil,” kata sumber kepada FMT.

Sumber itu memaklumkan, kelulusan Jemaah Menteri tidak diperlukan bagi proses penyahklasifikasian berkenaan, merujuk Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972.
Peruntukan itu memberi kuasa kepada seseorang menteri atau pegawai awam yang dipertanggungjawabkan dengan apa-apa tanggungjawab berkaitan mana-mana kementerian, jabatan atau perkhidmatan awam untuk menyahklasifikasikan dokumen rasmi. Ia tidak menetapkan sebarang syarat kelulusan Jemaah Menteri.
Penjelasan itu menyusuli langkah Umno meminta penerangan mengenai status minit itu, susulan beberapa bahagian dokumen itu diterbitkan dalam talian oleh bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua.\
No comments:
Post a Comment