BERAPA NILAI KONTRAK 4 BUAH HELI.


MMR



 Kontrak Perolehan 4 buah Combat Search & Rescue H225M helikopter yang telah ditandatangani LOI oleh Kerajaan kita dijangka bernilai sehingga RM1.3Bilion untuk Tentera Udara Diraja Malaysia 








Di sini mesti ramai follower akan terkejut dengan nilai kontrak sehingga RM1.3Bilion itu hanya untuk 4 buah Helikopter , mari kita akan ambil contoh 3 kontrak perolehan helikopter H225M daripada 3 Negara Singapura, Indonesia dan Rumania 


bermula dengan Singapura pada tahun 2016 Kerajaan Singapura telah meluluskan bajet $1Bilion USD untuk program penggantian helikopter AS322 super puma dan pada tahun itu juga mereka telah menandatangani kontrak perolehan sebanyak 16 buah CSAR H225M Helikopter mengikut pengiraan sebuah H225M akan berada dalam nilai $63juta USD dengan harga ini helikopter mereka yang dapat adalah full spec dengan pelbagai jenis sistem seperti Radar warning , Laser warning receiver, jammer dan chaff flare kecuail Air to air refuelling pods


Bagi Indonesia pada tahun 2019 mereka telah membeli sebanyak 8 buah H225M yang bernilai $330 juta USD dalam kontrak tersebut Indonesia akan dapat pemasangan dan penyesuaian dalam Negara bukan itu sahaja helikopter mereka juga dilengkapi dengan FLIR dan rocket pods/gun pods juga tetapi kekurangan Radar warning , Laser warning receiver, jammer , air to air refuelling pods dan chaff flare 


Untuk Rumania baru ini mereka mengumumkan bahawa mereka telah membeli sebanyak 12 buah H225M yang bernilai €757 juta Euro mengikut pengiraan sebuah H225M jatuh dalam nilai €63juta euro juga


Jadinya dengan kontrak perolehan 4 buah H225M yang bernilai RM1.3Bilion ini kemungkinan kita akan dapat yang full spec dilengkapi dengan pelbagai jenis sistem contoh Radar warning , Laser warning receiver, jammer chaff flare Air to air refuelling pods dan rocket pods/ gun pods, seperti yang dikehendaki oleh Tentera Udara Diraja Malaysia






No comments: