(LIVE) 13/02/2021 11AM - Rumah Terbuka Maya Keadilan Sempana Tahun Baru ...



Tarikh 13/02/2021 11AM Sabtu Kenyataan Media Parti Keadilan Rakyat : Parti KEADILAN Rakyat akan mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina secara maya pada 13 Feb , iaitu hari kedua sambutan Tahun Baru Cina. Biasanya Tahun Baru Cina adalah waktu rakan-rakan Tiong Hua balik ke kampung untuk bersama dengan ahli keluarga meraikan perayaan, tetapi oleh sebab Covid19 ramai yang tidak dapat buat demikian. KEADILAN sebagai parti yang terdiri daripada berbilang kaum, kami tetap ingin mengekalkan tradisi menyambut perayaan ini bersama rakan dalam keadaan norma baharu. Kami akan menyediakan beberapa persembahan Tahun Baru Cina dan ucapan-ucapan Tahun Baru oleh pimpinan pusat dan negeri KEADILAN. Pimpinan tertinggi KEADILAN seperti Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah, pimpinan negeri seperti MB Selangor dan MB Negeri Sembilan akan hadir rumah terbuka ini dan beri ucapan. Kami juga akan menjemput rakan pimpinan negeri dan wakil persatuan Tiong Hua untuk merai bersama.