Perkuatkan jentera parti, teruskan agenda perjuangan KEADILAN - Anwar

 


POSTED BY AMIR WRLR


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sedikit amanat kepada semua pimpinan dan ahli parti sempena Tahun Baru Cina 2021.

Beliau mengingatkan dalam menyambut perayaan, jentera parti perlu diperkasakan dan perjuangan parti perlu diteruskan.

"Selesai sahaja upacara, kita perlu berusaha untuk memperkuatkan jentera parti dan meneruskan agenda perjuangan, menyedarkan rakyat dan mempersiapkan jentera pilihan raya," katanya ketika hadir di Rumah Terbuka Maya KEADILAN Tahun Baru Cina 2021.

Selain jentera dan perjuangan parti, Anwar berpandangan bahawa setiap pimpinan mempunyai peranan untuk membantu golongan yang memerlukan.

"Kena ingat, tanggungjawab kita selain daripada menyedarkan rakyat adalah mengurangkan beban.

"Saya tak banyak keliling daerah tapi beberapa pelusuk di sekitar segambut dan beberapa daerah Bagan Pinang malah di Port dickson ada masalah rakyat, mereka sangat derita dan perit, ini harus dibantu," katanya.

 

No comments: