SESUATU YANG TIDAK MUNGKIN, TETAPI TIDAK MUSTAHIL.

 


Jika tanya saya dan saya suka kalau ini terjadi mengenai Piraum akan datang, tentang bagaimana seharusnya parti-parti politik menghadapi pilihan raya umum itu. Saya akan menjawab (dan ini saya fikir cara terbaik) semua parti hendaklah bertanding secara bersendirian.

Maksudnya parti tidak perlu bersatu atau bekerjasama di antara satu dengan lain. Dengan cara ini ia akan menyerlahkan kehebatan parti tersebut. Kita tahu kalau parti mengambil pendirian begitu mereka tidak akan dapat menubuh kerajaan. Dalam komposisi hari ini parti politik memerlukan kerjasama atau bermuafakat dengan lain-lain parti untuk menubuh kerajaan.

Kalau bertading secara bersendirian, sesebuah parti itu mungkin akan dapat 30 hingga 50 kerusi sahaja. Tidak ada mana-mana parti berpotensi mendapat lebih daripada itu.

Untuk tujuan membentuk kerajaan, parti politik boleh membuat persepakatan selepas pilihan raya. Dengan cara ini juga pilihan raya atau perlawanan jadi lebih terbuka dan gentlemen.

Kalau tanya saya, apabila parti bertanding secara bersendiran hanya tiga buah parti sahaja dapat menang lebih daripada 30 kerusi dan mungkin cecah 45 kerusi, yakini Umno, DAP dan PKR.

Sementara parti-parti lain, Bersatu, Putera, Berjasa, MCA, MIC, Pas dan lain-lain, kalau tidak bungkus pun boleh menang dibawah 10 kerusi sahaja. Kenapa tiga buah parti itu sebagai parti pilihan kerana berdasarkan kepada pengaruh dan track recordnya selama ini. Walla'hualam. Trims.

 



No comments: