Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mengeluarkan SOP PKP Covid19 (Aktiviti Pengimarahan Masjid dan Surau) seluruh Negeri Pahang bertarikh 21 Januari 2021.
Di dalam SOP tersebut, di bilangan 3 - Aktiviti Pengajian Ilmu, di para 3.4 menyebut dengan jelas, iaitu " Penceramah dari luar Negeri Pahang TIDAK DIBENARKAN". Pahang adalah salah sebuah negeri yang dikenakan PKP.
Dimaklumkan bahawa Ustaz Ahmad Dusuki telah hadir memberikan kuliah dan Khutbah Jumaat di Negeri Pahang pada tarikh-tarikh berikut:
1. 06/2/2021 - Kuliah di Masjid Taman Balok Makmur, Beserah, Kuantan. Kuliah ini telah disiarkan secara langsung melalui FB media Alfatah. (https://www.facebook.com/media.alfatah/videos/2863732877228094/)
2. 12/2/2021 - Berkhutbah di Masjid Jengka 15.
3. 12/2/2021 - Memberikan kuliah maghrib di Masjid Qariah Balok, Kuantan. Kuliah ini turut disiarkan secara langsung melalui FB media Alfatah (https://www.facebook.com/media.alfatah/videos/428679951701781/ )
Persoalannya, adakah Us Ahmad Dusuki ini berasal atau menetap di Pahang ketika SOP ini dikuatkuasakan? Apa yang ramai ketahui, beliau berasal dan menetap di Selangor.
Jika ini benar, bagaimana beliau berani melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang? Bukankah hal ehwal agama itu di bawah raja-raja atau sultan? Apakah Ustaz Ahmad Dusuki tidak menghormati SOP yang ditetapkan yang juga boleh dianggap sebagai melanggar perintah Sultan?
Saya berharap agar pihak berkuasa dapat menyiasat serta mengambil tindakan kepada semua pihak yang terlibat atas kesalahan melanggar SOP sewaktu PKP. Amat malang sekali sebagai ugamawan, beliau langsung tidak menunjukkan contoh keperibadian yang baik kepada rakyat.
WFAUZDIN NS