MESYUARAT MB

 
















Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-150 dengan Belanjawan MADANI 2027 sebagai tumpuan utama dalam kerangka Waad Nasional yang telah saya usulkan semasa membentangkannya. Waad atau ‘covenant’ tersebut mesti berfungsi sebagai wahana yang menuntut kerjasama erat dan padu antara Kerajaan di peringkat pusat dan negeri bagi memastikan pembangunan yang lebih mampan, adil dan seimbang bagi menjelmakan aspek kesejahteraan yang lebih terangkum. 


Dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global, unjuran pertumbuhan ekonomi negara dan persoalan turun naik harga minyak dunia, Belanjawan ini perlu terus membela rakyat, menangani kos sara hidup serta mengambil kira keutamaan setiap negeri, termasuk aspek keselamatan sempadan, terutamanya di Sabah dan Sarawak.


Penyelarasan perancangan serta peruntukan berdasarkan keperluan sebenar di lapangan di mana tumpuan harus diberikan kepada mutu penyampaian perkhidmatan awam, pembangunan infrastruktur, pengukuhan ekonomi negeri dan pelaksanaan projek yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.


Mesyuarat turut menyentuh kepentingan kriptografi pascakuantum dalam memperkukuh perlindungan data dan sistem digital negara bagi menghadapi perkembangan teknologi serta ancaman keselamatan siber pada masa hadapan.


Berhubung kebimbangan terhadap isu jerebu, Indonesia telah diminta supaya mengambil tindakan segera dan berkesan bagi menangani pembakaran terbuka yang menjadi punca jerebu rentas sempadan selain menjejaskan kesihatan rakyat, khususnya murid dan pelajar, serta mengganggu sesi persekolahan. 


#MalaysiaMADANI

#YakinMADANI

#Belanjawan2027





BILLIONAIR YANG TERPENJARA


 Ahmad Mazlan




Inilah billionair malang yang bawa perlumbaan F1 ke Singapura.  


Ong Beng Seng, 80 tahun ini billionair Singapura tapi kelahiran Malaysia. 


Ada pelbagai bisnes termasuk projek pembangunan di London dan resort di Maldives.


Kekayaannya dianggar 6.38 bil ringgit. 


Tapi tahun lalu, pada usia setua ini beliau mengaku bersalah kerana beri rasuah kepada menteri Singapura dan sekarang sedang jalani hukuman.


Teringat kata-kata MP Puncak Borneo dalam Parlimen suatu ketika dulu, "Kami makan babi tapi kami tak ambil rasuah."





PENJELASAN ISU PELATIAN RONGHIYA.

 

Saifuddin Nasution


Isu pelarian bukanlah perkara baharu di negara kita. Sudah berdekad lamanya kita berdepan dengan isu ini dan tentunya ia memerlukan satu pendekatan yang lebih tersusun untuk ditangani secara berterusan.



Seperti yang saya jelaskan di Dewan Rakyat pagi tadi, antara langkah yang sedang kita laksanakan ialah Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi memastikan Kerajaan mempunyai maklumat yang lebih lengkap dan tepat mengenai golongan pelarian yang berada di Malaysia.


Kita perlu tahu siapa mereka, di mana mereka berada dan latar belakang mereka. Sebab itu proses pendataan ini turut melibatkan rekod biometrik serta tapisan keselamatan oleh pihak berkuasa.


Bagi tahun 2026, kita menyasarkan sekitar 6,000 pelarian melalui proses ini, sebelum meningkatkan sasaran kepada 20,000 orang pada tahun hadapan.


Apa yang penting, DPP bukan bertujuan menggalakkan kemasukan pelarian baharu, sebaliknya untuk membolehkan kita menguruskan mereka yang sudah berada dalam negara dengan lebih teratur.


Kita tidak boleh terus berdepan dengan isu yang sama tanpa mempunyai data yang lengkap dan hala tuju yang jelas. Data inilah yang akan membantu Kerajaan merangka dasar, memperkukuh penguatkuasaan dan menentukan langkah seterusnya.


Saya kongsikan infografik ini supaya lebih mudah untuk semua memahami apa yang sedang kita usahakan.


#MalaysiaMadani

#YakinMADANI

#KementerianDalamNegeri

#Saifnasution





YANG BETUL

 Sekadar memviralkan fakta.

Menyampaikan kebenaran adalah satu jihad dan berpahala.




INI ANWAR


 

DR MUJAHID BALAS BEKAS TIM MENTERI AGAMA.







 Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menempelak Ahli Parlimen PAS, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary, yang didakwa tidak membuat kerja rumah sebelum membangkitkan isu berkaitan pengurusan kewangan Tabung Haji, khususnya peranan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJCSB).


Beliau berkata, Ahmad Marzuk sepatutnya meneliti laporan tinjauan fiskal kerajaan yang dibentangkan bersama Belanjawan sebelum membuat sebarang dakwaan berhubung komitmen kerajaan dalam menyelesaikan masalah kewangan berkenaan.


Menurut Mujahid, kedudukan UJCSB sebagai syarikat tujuan khas yang mempunyai kaitan dengan komitmen jaminan kerajaan telah dinyatakan dalam laporan tinjauan fiskal, termasuk senarai syarikat yang mempunyai kepentingan kerajaan di bawah jaminan dan komitmen berkenaan.


“Lain kali jangan boikot sidang, jangan lari daripada guru. Kalau malas pergi kelas, baca-bacalah laporan yang dibentangkan setiap tahun di atas meja ahli Parlimen. Jawapannya ada di situ,” katanya.


Mujahid menjelaskan bahawa mandat UJCSB bukan semata-mata untuk mencatat keuntungan, sebaliknya memulihkan aset yang dipindahkan kepadanya dan menjana pulangan kewangan bagi membantu menyelamatkan institusi Tabung Haji.


Beliau turut mempersoalkan tindakan Ahmad Marzuk membangkitkan isu itu sedangkan Ahli Parlimen PAS berkenaan pernah menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), ketika Tabung Haji berada di bawah tanggungjawab kementerian berkenaan.


Katanya, laporan kewangan Tabung Haji menunjukkan institusi itu menerima hampir RM630 juta secara tunai sepanjang tempoh 2020 hingga 2024.


Selain itu, Mujahid berkata, kenyataan rasmi Tabung Haji pada Julai lalu turut menyebut pemulihan dan pemulangan dua aset melalui UJCSB, iaitu tanah di Tun Razak Exchange (TRX) bernilai kira-kira RM273 juta serta UJ Estate Holdings bernilai sekitar RM693 juta.


Menurutnya, nilai kedua-dua aset itu berjumlah kira-kira RM966 juta. Jika dicampurkan dengan bayaran tunai RM630 juta, jumlah keseluruhan yang dinyatakan menghampiri RM1.6 bilion.


Mengulas isu sukuk yang matang pada Mei 2026, Mujahid berkata pembiayaan semula baki kira-kira RM11 bilion oleh kerajaan di bawah pentadbiran MADANI perlu difahami dalam konteks usaha berperingkat untuk menyelesaikan beban kewangan Tabung Haji.


Beliau menjelaskan sukuk baharu itu menawarkan pulangan berkupon sekitar empat peratus setahun kepada Tabung Haji, yang menurut anggarannya boleh memberikan pulangan lebih RM400 juta setahun.


Katanya, pembiayaan semula itu bukan perkara baharu kerana UJCSB sebelum ini turut melalui proses pembiayaan semula bagi memenuhi mandatnya memulihkan aset dan menguruskan beban kewangan yang diwarisi.


Mujahid menegaskan, pendekatan tersebut perlu dinilai berdasarkan keberkesanan pemulihan aset dan keupayaan memastikan kelangsungan Tabung Haji sebagai institusi penting umat Islam.


Beliau berkata, UJCSB diwujudkan untuk menangani beban kewangan dan aset bermasalah yang timbul dalam tempoh 2014 hingga 2017, justeru sokongan kerajaan diperlukan bagi membolehkan proses pemulihan dilaksanakan.


“Begitulah cara kita nak selamatkan institusi umat Islam. UJCSB menanggung beban ini dan kerajaan membantu supaya aset-aset berkenaan dapat dipulihkan,” katanya.


Mujahid sekali lagi mengingatkan ahli Parlimen supaya meneliti laporan kewangan dan dokumen rasmi kerajaan sebelum mengeluarkan kenyataan mengenai isu Tabung Haji, sambil menegaskan bahawa maklumat berkaitan perkara itu boleh dirujuk dalam laporan yang tersedia kepada umum.





TAK LEH PAKAI




Tarif Baru Elektrik Dijamin Tak Bebankan Rakyat -Takiyuddin






 

SSPA GAJI BARU DAH DILAKSANAKAN


 

KADAR PENCEN TERENDAH DI NAIKKAN


 

PADU


 

Pembangkang kata gaji naik RM2000 wujudkan 'double-standard'. Betul ke?

 



Man Cakap



Pembangkang kata gaji naik RM2000 wujudkan 'double-standard'. Betul ke?

Dewan Rakyat bergegar bila tak tahu nak kritik Belanjawan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin mula main cara lama, jual fantasi, sebar ketakutan.
Ratapan kononnya Petronas & GLIC diperah melampau, sedangkan dividen RM163 bilion itu hasil pengurusan cekap yang dipulangkan TERUS kepada rakyat sebagai rumah mampu milik, sekolah, dan hospital.
Bukan disonglap atau masuk poket elit macam zaman itu.
Tuduhan "Pekerja Dua Darjat" (Gaji Minimum RM2,000) tidak betul.
Kerajaan bagi ruang berfasa untuk perniagaan kecil (PMKS) supaya tak gulung tikar & pecat pekerja. Ini namanya penyelesaian bijak.
Takkan nak paksa peniaga runcit bungkus semata-mata nak layan drama populis pembangkang?
Fantasi "Tukar Kerajaan" Kitar Semula
Setiap kali persidangan, ada je nak tukar kerajaan dimainkan balik. Tak penat ke tebuk atap? Korang yang kemaruk kuasa, pelabur luar pula yang takut nak masuk!
Desakan GST Pula?
Dulu korang bantah, sekarang kemaruk nak GST balik.
Dalam keadaan kos sara hidup mencabar, Kerajaan pilih SST Bersasar supaya B40 & M40 tak terbeban.
Pembangkang pula sibuk nak sembelih poket rakyat marhaen!
Perbahasan pembangkang langsung tiada isi. hanya gembar gembur yang tidak bertanggungjawab.









Perkongsian seorang warga sekolah mengenai projek pembinaan kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mengundang rasa sebak seorang ibu yang mempunyai anak berkeperluan khas.

 





Perkongsian seorang warga sekolah mengenai projek pembinaan kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mengundang rasa sebak seorang ibu yang mempunyai anak berkeperluan khas.

Segalanya bermula apabila pengguna Threads, @mizshumayra berkongsi berita gembira bahawa sekolahnya sudah memulakan projek pembangunan, termasuk perancangan membina kelas PPKI dan bangunan baharu bagi menampung pertambahan murid.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas sekolahnya terpilih menerima bantuan RM100,000.
“Thank you PMX. Sekolah saya dah start projek pembangunan. Insya-Allah kelas PPKI dan bangunan baru untuk pertambahan murid,” tulisnya.
Namun, apa yang lebih menyentuh hati ialah reaksi seorang ibu yang menggunakan akaun @syuhaidah.sammuri.
Walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan sekolah berkenaan, beliau mengakui cukup gembira dan terharu apabila mengetahui adanya usaha menambah baik kemudahan pendidikan khas.
“Alhamdulillah. Walau takde related tapi bila dengar puan update ni saya rasa happy,” tulisnya.
Lebih menyentuh perasaan apabila beliau menjelaskan bahawa dirinya juga mempunyai anak syurga.
“Apatah lagi pembangunan ini untuk anak-anak syurga. Alaa nak nangis,” katanya.
Bagi ibu bapa yang membesarkan anak berkeperluan khas, kemudahan pendidikan yang sesuai bukan sekadar soal bangunan atau bilik darjah.
Ia berkait rapat dengan peluang anak-anak mereka untuk belajar dalam persekitaran yang lebih selesa, selamat dan memenuhi keperluan perkembangan masing-masing.
Sebab itu, berita mengenai pembinaan kelas PPKI boleh membawa makna yang cukup besar kepada keluarga yang melalui pengalaman serupa.
Walaupun hantaran tersebut tidak memperincikan nama sekolah atau sumber khusus peruntukan yang diterima, perkongsian itu memperlihatkan harapan masyarakat terhadap pembangunan pendidikan khas.
Mudah cerita, bagi sesetengah orang, pembinaan kelas baharu mungkin nampak seperti projek pembangunan biasa.
Tetapi bagi ibu bapa anak syurga, setiap usaha menyediakan ruang pembelajaran yang lebih baik membawa harapan besar untuk masa depan anak-anak mereka.






PM Salahkan Najib, Hadi Awang Kerana Dulu Menyambut Kehadiran Rohingya, Begini Kata PM Anwar Ibrahim


 

Kenapa jarang sangat kita dengar Marzuk mengkritik kerosakan Tabung Haji yang berlaku ketika pentadbiran Najib dan BN?

 





Sibuk betul Marzuk mengkritik Pelan Pemulihan Tabung Haji (TH). Sejak menjadi Timbalan Menteri Agama dahulu hingga kini, dalam podcast dan pelbagai kenyataan, isu pelan pemulihan TH zaman PH inilah yang sering menjadi sasaran beliau.

Tapi pelik juga. Kenapa jarang sangat kita dengar Marzuk mengkritik kerosakan Tabung Haji yang berlaku ketika pentadbiran Najib dan BN?
Itu aje kah bab yang ada dalam Laporan RCI tu?
Sedangkan kerosakan zaman itu bukan kecil. Kedudukan kewangan TH pernah menjadi begitu bermasalah sehingga mengancam keupayaan institusi tersebut memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.
Zaman Najib, Bank Negara pula telah berkali-kali memberikan peringatan mengenai masalah kewangan dan pengurusan TH. Namun masalah itu terus berlarutan.
Akhirnya apabila PH mengambil alih kerajaan pada 2018, kerajaan terpaksa melaksanakan pelan penyelamatan bagi memulihkan kedudukan kewangan Tabung Haji.
Sebahagian aset TH yang mengalami kejatuhan nilai dan kurang berdaya saing terpaksa diasingkan dan dipindahkan kepada Urusharta Jamaah untuk diurus serta dipulihkan.
Bukannya aset itu dipindahkan suka-suka. Masalahnya, nilai sebahagian aset yang diperoleh dan diurus ketika pentadbiran terdahulu sudah merosot sehingga membebankan kedudukan kewangan TH.
Nak pulihkan aset bermasalah bukan semudah bercakap dalam podcast. Aset yang dah jatuh nilai bukannya boleh naik semula sekelip mata. Ada yang perlu dijual, disusun semula dan menunggu keadaan pasaran yang sesuai.
Misalnya saham FGV yang pernah mencatat kerugian belum direalisasi sekitar RM1 bilion. Itu baru satu contoh aset bermasalah yang membebankan kedudukan kewangan TH.
Nak pulihkan macam mana? Kalau jual ketika harga jatuh, kerugian mungkin terpaksa direalisasikan. Kalau simpan pula, belum tentu harga saham akan kembali kepada nilai asal dalam masa terdekat.
Inilah masalah yang terpaksa ditangani melalui pelan pemulihan. Aset yang sudah merosot nilainya bukan boleh dipulihkan hanya dengan mengkritik dalam podcast.
Dapatan RCI kemudiannya mendedahkan betapa seriusnya masalah yang berlaku, termasuk agihan hibah yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang serta kelemahan tadbir urus.
Hairannya, sampai hari ini Marzuk kelihatan lebih berminat menyerang kerajaan PH yang cuba menyelamatkan Tabung Haji berbanding pentadbiran BN yang meninggalkan masalah tersebut.
Kita bukan kata pelan pemulihan TH tak boleh dikritik. Tetapi kalau benar mahu membela pendeposit, kenapa begitu lantang mempertikaikan usaha pemulihan, sedangkan punca kerosakan dahulu tidak mendapat perhatian yang sama?
Jangan sampai orang yang datang membaiki rumah rosak dipersalahkan, sedangkan orang yang membiarkan rumah itu hampir roboh langsung tak disentuh.
Seolah-olah segala masalah itu tiba-tiba sahaja muncul semasa PH membuat pelan pemulihan.
Belajar agama, tapi macam tak faham ajaran agama.

UMPAS YANG BERAK & KENCING! MADANI TERPAKSA CUCI! KERAJAAN AMBIL TINDAKAN MEREKA PULA BANTAH!


 

HANGPA PILIH PNPAS NI ZAMAN PNPAS PERINTAH....NASIB BAIK KALAH- Cost of generating electricity increases by 45%, says Takiyuddin


 

"ZAMAN KAMU BAWA MASUK, SALAH MADANI PULAK" ! SAIFUDDIN SEKOLAH PEMBANGKANG !


 

PMX cuba ringankan bil elektrik rakyat, dia pula sibuk bangkitkan soal keuntungan TNB dan pemegang saham. Rakyat tengah susah, untung syarikat pula jadi kerisauan.


Buntu mcmmana nk counter move PMX pasal bil letrik tu, jadi pusing la kata KWAP tak untung banyak sbb Kwsp pegang banyak saham tnb ..org cerita kurangkan beban rakyat dia cerita untung Kwsp berkurang, dulu puak2 ko kata tnb nutung billion2, jadi boleh je kurangkan charge letrik...ini dah merapu ke situ pulak.... pembangkang dah senget ke apa??








  •  Pelik juga Hamzah ni. PMX cuba ringankan bil elektrik rakyat, dia pula sibuk bangkitkan soal keuntungan TNB dan pemegang saham. Rakyat tengah susah, untung syarikat pula jadi kerisauan.

    Sebelum ni, waktu bil elektrik rakyat melambung akibat cuaca panas, pembangkang bukan main lagi mengkritik kerajaan. Antara modal yang dibangkitkan, TNB untung berbilion-bilion ringgit, tapi rakyat masih kena bayar bil elektrik yang tinggi.
    Tapi bila PMX mula bertindak ringankan beban rakyat, lain pula nadanya. Kali ni dibangkitkan pula soal KWSP, KWAP dan kepentingan pelaburan milik rakyat. Kononnya kalau keuntungan TNB terjejas, akhirnya dividen dan simpanan rakyat juga yang menerima kesan.
    Eh, dulu bising TNB untung berbilion tapi rakyat kena bayar maihal. Sekarang bila kerajaan tambah perlindungan untuk rakyat, sibuk pula risau keuntungan TNB berkurang.
    Jadi sebenarnya nak apa?
    Kerajaan naikkan had perlindungan bil elektrik daripada 600 kepada 800 kWj sebulan. Lebih lapan juta pengguna domestik dijangka mendapat manfaat, terutama ketika cuaca panas dan jerebu menyebabkan penggunaan elektrik meningkat.
    Bukannya salah nak fikir pasal keuntungan TNB atau pulangan pelaburan KWSP. Itu pun duit rakyat juga.
    Tapi takkan setiap kali kerajaan nak bantu pengguna, kita kena fikir keuntungan pemegang saham dulu?
    Lagipun TNB sendiri menyokong langkah perlindungan tambahan yang diumumkan kerajaan.
    Bil rakyat naik, kerajaan kena hentam. Kerajaan cuba ringankan bil, kesan kepada pemegang saham pula dipersoalkan.
    Agaknya lepas ni sebelum PMX nak bantu rakyat, kena tanya dulu pemegang saham TNB setuju atau tidak?