Kiriman grup whatsapp.
Yang last tu masih ada harapan di PRN Negeri Sembilan.
🤭

Haim Hilman ketika hadir di Mahkamah Majistret Seremban pada 25 Jun 2026. Foto Mohd Shahjehan Maamin
SEREMBAN, 25 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Dr. Haim Hilman Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menimbulkan kebimbangan orang awam berhubung kenyataan universiti awam menjual tempat kepada golongan tertentu baru-baru ini.
Haim Hilman, 53 yang juga Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.
Mengikut pertuduhan, Haim selaku orang kena saman (OKS) dengan niat menyebabkan kebimbangan kepada orang awam yang demikian mana-mana orang mungkin terdorong untuk melakukan kesalahan terhadap ketenangan awam.
Antara kenyataan yang dikeluarkan adalah ‘Apa berlaku di IPTA hari ini? Universiti sedang menjual tempat-tempat untuk anak-anak kita kepada orang ada duit. Hari ini ada satu pintu masuk kat IPTA, pintu belakang, UPU dia tak layak, UPU dia tak sampai tahap ikut merit dia kalah. Tapi ayah dia orang kaya, keluarga dia ada duit’.
‘Bukan salah ibu ayah yang ada kemampuan, salah kerajaan tidak menambah tempat di universiti. Dah tahu orang makin ramai pandai, jumlah di fakulti tidak ditambah. Inilah bala yang sedang melanda negara kita’.
Kesalahan itu dilakukan pada pukul 8 malam hingga 12 tengah malam di Markas Pas Seremban di sini pada 13 Jun lalu. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Ku Hayati Ku Harun mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dan menyerahkan pasport kepada mahkamah. Haim yang diwakili enam peguam diketuai Mohd. Fauzi Che Abu berpendapat jumlah itu bersifat menghukum dan tidak munasabah. Beliau mencadangkan jaminan RM5,000.
Mohd. Fauzi turut membantah permohonan menyerahkan pasport atas tiga faktor utama iaitu kes didaftarkan di bawah saman jenayah yang mana kelazimannya dokumen perjalanan akan diserahkan kepada mahkamah untuk kesalahan yang lebih serius melibatkan pengubahan wang haram.
“OKS juga hadir ke mahkamah untuk prosiding hari ini atas kerelaannya sendiri untuk membersihkan namanya,” katanya.
Mahkamah kemudian membenarkan OKS diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin tanpa syarat tambahan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Julai ini.

Episod pengkhianatan Langkah Sheraton dikepalai Azmin Ali yang membawa kepada kejatuhan kerajaan PH1.0 kini cuba diulangi enam tahun kemudian menerusi Rafizi Ramli seakan tidak pernah belajar erti khianat mandat rakyat.
PENDAPAT, 25 Jun – Berjalan di mana-mana pasar malam di Petaling Street atau Batu Ferringhi, anda pasti akan menemui beg tangan mewah “Gred A”. Logonya hampir sempurna dan jahitannya kelihatan meyakinkan. Malah, ia turut disertakan dengan beg penyimpanan.
Namun apabila zipnya tersekat atau talinya putus, barulah semua orang sedar bahawa tawaran murah itu sebenarnya bukanlah suatu tawaran yang berbaloi. Itulah perasaan yang dirasai ramai apabila melihat Bersama.
Reformasi bukan sekadar slogan pemasaran, tetapi sebahagian daripada sejarah politik Malaysia. Ia dibina melalui penangkapan, pemenjaraan, demonstrasi jalanan, pertempuran di mahkamah dan bertahun-tahun berada di bangku pembangkang sebelum akhirnya berjaya menawan Putrajaya.

Para penyokongnya telah membayar harga politik yang tinggi jauh sebelum wujudnya peluang untuk membentuk kerajaan. Pengorbanan tersebut tidak boleh begitu sahaja dibungkus semula menjadi jenama politik baharu.
Ia bukan dibina dalam tempoh setahun, dan tidak boleh dipinjam atau dilekatkan sewenang-wenangnya kepada cita-cita sebuah gerakan politik baharu. Selepas hampir tiga dekad, Reformasi telah menjadi sinonim dengan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). Malah Parti Tindakan Demokratik (DAP), walaupun merupakan sekutu paling rapat KEADILAN, tidak pernah cuba mengambil alih identiti tersebut.
Namun Bersama tampil dengan kata-kata yang cukup dikenali – keadilan, ketelusan, akauntabiliti dan reformasi institusi. Rakyat Malaysia telah mendengarnya berkali-kali. Kata-kata tersebut sememangnya mempunyai makna, tetapi kata-kata itu sudah mempunyai tempatnya, dan tempat itu tidak akan ke mana-mana dalam masa terdekat.
Mengapa nilai-nilai tersebut harus dikaitkan dengan KEADILAN?
Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, slogan berhenti dan pentadbiran bermula. Reformasi tidak lagi sekadar idealisme, tetapi telah diterjemahkan ke dalam undang-undang dan dasar kerajaan. Itulah standard yang sepatutnya digunakan untuk menilai KEADILAN.
Kerajaan telah menggantikan subsidi pukal dengan bantuan bersasar walaupun menyedari langkah tersebut mempunyai kos politik. Akta Tanggungjawab Fiskal telah diluluskan bagi membendung perbelanjaan kerajaan yang tidak berhemah. Hukuman mati mandatori telah dimansuhkan, sekali gus mengembalikan kuasa budi bicara kepada hakim dalam menjatuhkan hukuman.
Pada masa yang sama, usaha reformasi turut diteruskan melalui cadangan seperti Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan, Akta Ombudsman, pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal.

Selain itu, pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus dibincangkan bersama rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak.
Tiada siapa yang jujur boleh mendakwa bahawa semua janji Reformasi telah ditunaikan. Kemajuannya lebih perlahan daripada yang diharapkan oleh ramai penyokong. Sesetengah keputusan turut mengecewakan penyokong lama KEADILAN. Pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) yang diberikan kepada Ahmad Zahid Hamidi masih menjadi titik kekecewaan bagi mereka yang mengharapkan standard akauntabiliti yang lebih tinggi.
Rekod KEADILAN terbuka kepada kritikan, dan memang sepatutnya begitu. Reformasi tidak pernah menuntut kesetiaan membuta tuli. Reformasi menuntut akauntabiliti.

Gerakan politik tidak mewarisi legitimasi hanya dengan menggunakan bahasa atau slogan gerakan lain. Legitimasi perlu diperoleh melalui idea yang tersendiri, jelas dan mampu berdiri atas kekuatannya sendiri.
Jika Bersama percaya Malaysia memerlukan hala tuju yang berbeza, maka ia perlu menjelaskan apakah hala tuju tersebut. Reformasi manakah yang diperjuangkan KEADILAN tetapi ditolaknya? Institusi manakah yang mahu distrukturkan semula secara berbeza?
Undang-undang apakah yang mahu dimansuhkan atau diperkenalkan? Bagaimanakah ia mahu memperkukuhkan kebebasan kehakiman, membanteras rasuah atau mereformasi sistem perolehan awam melebihi apa yang sudah tersedia?
Setakat ini, sebahagian besar mesej politiknya kelihatan meminjam kosa kata Reformasi tanpa menawarkan sesuatu yang benar-benar membezakannya daripada gerakan yang cuba ditirunya. Rakyat Malaysia berhak mendapat lebih daripada sekadar slogan lama yang dibungkus dengan pembungkusan baharu.
Mereka berhak mendapat alternatif yang benar-benar tulen.
Dato’ Jason Ong Khan Lee
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kebun Bunga
BN berisiko mengulangi kegagalan besar seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika masalah dalaman tidak diselesaikan segera, kata pensyarah Pengajian Polisi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim.
Menurutnya, situasi semasa yang sedang berlaku di Johor menunjukkan beberapa persamaan dengan keadaan yang pernah menimpa BN ketika kempen PRU15 pada November 2022.
Ketika itu, ujarnya, BN gagal menguruskan pelbagai isu dalaman atau housekeeping matters sehingga menjejaskan keseluruhan operasi kempen parti.
“Akibat housekeeping matters yang tak selesai, kempen BN/Umno gagal dioperasikan secara optimum, sistem penyampaian terganggu teruk.
“Sedangkan sebelum itu BN/Umno baru sahaja menang selesa dan bergaya dalam PRN Melaka dan Johor, momentum sedang mencanak naik.
“Akibatnya, PRU15 mencatat sejarah terburuk pencapaian BN dengan hanya menang 30 kerusi, 26 daripadanya dimenangi Umno,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Penganalisis berkenaan berkata, tanda-tanda hampir sama kini dilihat mula terbentuk di Johor apabila terdapat pelbagai riak di bawah permukaan termasuk drama belakang tabir yang menunjukkan persiapan awal BN kurang mantap.
Dr Yusri berpendapat meskipun secara asasnya BN khususnya Umno masih mempunyai sedikit kelebihan berbanding parti lain di Johor, kelebihan itu tidak akan membawa makna sekiranya kelemahan dalaman terus dibiarkan.
“Politik sekarang sangat dinamik. Sebarang kerosakan imej, defisit penyampaian dan kelemahan operasi kempen oleh mana2 parti politik, akan cepat dihukum oleh pengundi,” kata beliau lagi.
Tindakan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkash meninggalkan parti mencetuskan polemik apabila timbul dakwaan bahawa keputusan itu berkait dengan kegagalan mendapatkan tempat untuk ahli keluarga sebagai calon pilihan raya.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mendakwa , sebelum ini pernah mengugut untuk keluar parti dan menghentam kepimpinan sekiranya anaknya tidak dipertimbangkan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit.
Asyraf berkata beliau berasa dukacita dengan keputusan Puad meninggalkan Umno, namun menyifatkan alasan yang diberikan bekas pemimpin itu sebagai tidak tepat dan berbaur fitnah.
“Saya berasa dukacita dengan pengumuman sahabat saya Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang mengumumkan untuk keluar dari Umno serta-merta hari ini.
“Namun, saya amat kesal dengan kenyataan berbaur fitnah beliau yang memberikan alasan utama keluar parti dengan mengaitkan kononnya kerana Istana mengawal Umno Johor sehingga menitahkan pembubaran DUN Johor pada 1 Jun lalu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Menurut Asyraf, Puad sendiri pernah menulis kepadanya secara panjang lebar dan mengugut untuk meninggalkan parti sekiranya kepimpinan tertinggi Umno tidak mempertimbangkan anaknya sebagai calon.
“Sedangkan beliau sendiri menulis kepada saya secara panjang lebar mengugut untuk keluar parti dan akan menghentam parti sekiranya kepimpinan tertinggi Umno tidak mempertimbangkan anak beliau sebagai calon di DUN Rengit,” katanya.
Asyraf mengakui anak Puad masih muda dan mempunyai potensi untuk dilatih sebagai pemimpin, namun pemilihan calon perlu mengambil kira pelbagai faktor.
“Adalah tidak wajar bagi seorang pemimpin lama dan berpengalaman seperti beliau mengugut parti untuk mensyaratkan anaknya mesti menjadi calon menggantikan tempat beliau di DUN Rengit.
“Sekiranya tidak dipenuhi maka akan keluar parti bahkan tergamak pula mengugut mahu menghentam parti yang banyak jasa dan menaikkan beliau selama ini,” katanya.
Beliau turut mendakwa ini bukan kali pertama Puad mengugut untuk meninggalkan parti apabila kehendaknya tidak dipenuhi.
“Zaman Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Presiden Umno juga beliau pernah mengugut untuk keluar parti jika tidak dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen Batu Pahat,” dakwanya.
Asyraf menegaskan bahawa Umno bukan sebuah parti yang mengutamakan kepentingan keluarga atau diwariskan kepada anak-beranak.
“Cukup-cukuplah Umno ini diugut sedemikian rupa. Umno bukan parti warisan anak-beranak yang mesti mengutamakan keluarga dan suku-sakat untuk menjadi pemimpin.
“Perjuangan Umno jauh lebih besar daripada kepentingan peribadi, tuntutan keluarga atau rasa kecewa individu,” katanya.
Terdahulu, Puad mengumumkan keluar daripada Umno dan mendakwa keputusan itu dibuat kerana Umno Johor tidak lagi bebas membuat keputusan serta dikawal oleh Istana, dakwaan yang kemudiannya dinafikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
TEAM EDITORIAL
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini bukan sekadar pertandingan antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). Ia juga menyaksikan kemunculan beberapa episod politik yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Dalam politik, apa yang berlaku di atas pentas sering kali tidak sepenting apa yang berlaku di belakang tabir. Kadangkala, perkara yang tidak disebut lebih menarik perhatian berbanding ucapan yang disampaikan.
PRN Johor kali ini memperlihatkan sekurang-kurangnya lima misteri yang sehingga kini masih belum terjawab sepenuhnya.
Pada awal Mei lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meminta semua pihak supaya tidak melayan spekulasi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan memberi tumpuan kepada kerja untuk rakyat. Namun, tidak lama kemudian, DUN Johor dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.
Sudah tentu pembubaran DUN adalah hak dan prerogatif yang diperuntukkan oleh undang-undang serta mendapat perkenan pihak istana. Namun dari sudut politik, persoalannya ialah mengapa pilihan raya perlu diadakan lebih awal ketika kerajaan negeri masih memiliki majoriti dua pertiga yang selesa?
Adakah terdapat pertimbangan politik tertentu?
Adakah wujud kebimbangan mengenai perubahan sentimen rakyat sekiranya pilihan raya ditangguhkan?
Atau adakah terdapat percaturan dalaman yang hanya diketahui oleh kelompok tertentu?
Persoalan-persoalan ini terus menjadi perbincangan kerana tiada penjelasan yang benar-benar meyakinkan diberikan kepada rakyat.
Keputusan BN Johor untuk bertanding secara solo di semua 56 kerusi DUN diumumkan sendiri oleh Onn Hafiz. Beliau menegaskan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat dan akar umbi serta perbincangan dengan pucuk pimpinan parti.
Namun, keputusan tersebut membuka ruang kepada pelbagai tafsiran.
Hakikatnya, BN dan PH merupakan rakan dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan. Kedua-dua gabungan juga bekerjasama dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.
Maka, apabila Johor mengambil pendirian berbeza dengan memilih laluan solo, timbul persoalan besar.
Adakah keputusan itu benar-benar mendapat persetujuan menyeluruh daripada kepimpinan tertinggi parti?
Atau ia lebih merupakan pendirian politik di peringkat negeri?
Dalam politik, mesej yang bercanggah boleh mengelirukan pengundi. Di Putrajaya, BN dan PH duduk semeja. Di Johor, kedua-duanya menjadi lawan. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penyokong sendiri.
Antara episod yang paling mengundang perhatian ialah dakwaan bahawa Menteri Besar Johor tidak dibenarkan melawat kawasan FELDA.
Dakwaan itu kemudian disanggah oleh Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang menegaskan tiada sebarang arahan atau halangan dikenakan terhadap mana-mana pemimpin untuk memasuki kawasan FELDA.
Pertikaian ini kelihatan kecil, namun implikasi politiknya besar.
FELDA bukan sekadar penempatan peneroka. Ia adalah antara kubu tradisi UMNO dan BN sejak berdekad-dekad lamanya.
Apabila timbul dakwaan mengenai sekatan atau halangan di kawasan FELDA, ia menimbulkan persepsi bahawa mungkin wujud ketegangan tertentu di peringkat kepimpinan.
Jika benar tiada halangan, mengapa isu itu dibangkitkan?
Jika benar ada salah faham, mengapa ia tidak diselesaikan secara dalaman?
Dalam politik, persepsi sering kali lebih berbahaya daripada realiti.
Dalam kebanyakan pilihan raya besar, pengumuman calon lazimnya dibuat oleh Presiden parti atau sekurang-kurangnya bersama-sama kepimpinan tertinggi.
Namun di Johor, pengumuman calon dilakukan sendiri oleh Onn Hafiz sebagai Pengerusi BN negeri.
Tidak salah dari sudut organisasi kerana beliau merupakan ketua BN Johor. Tetapi dari sudut simbolisme politik, ia menimbulkan persoalan.
Mengapa tokoh tertinggi parti tidak tampil mengumumkan sendiri barisan calon?
Adakah ia memberi isyarat bahawa pilihan raya negeri ini diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan Johor?
Atau adakah terdapat pertimbangan politik tertentu yang menyebabkan kepimpinan pusat memilih untuk berada di belakang tabir?
Dalam politik, simbol dan mesej sangat penting. Apa yang dilihat rakyat sering kali membawa maksud yang lebih besar daripada apa yang diucapkan.
Inilah persoalan yang paling banyak dibincangkan.
Ketiadaan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha Agung Umno dalam majlis pengumuman calon menjadi bahan perbualan ramai pemerhati politik.
Sudah tentu setiap pemimpin mempunyai jadual dan komitmen masing-masing. Ketiadaan mereka tidak semestinya membawa maksud wujud krisis.
Namun dalam politik, persepsi adalah segala-galanya.
Apabila hampir keseluruhan pimpinan tertinggi tidak hadir dalam satu acara penting menjelang pilihan raya negeri, maka pelbagai tafsiran mula muncul.
Adakah mereka sengaja memberi ruang kepada kepimpinan Johor?
Adakah mereka mahu menunjukkan bahawa PRN ini adalah “pilihan raya Onn Hafiz”?
Atau adakah wujud perbezaan pandangan tertentu yang tidak diketahui umum?
Soalan-soalan ini mungkin tidak pernah dijawab secara terbuka. Namun hakikat bahawa ia terus diperkatakan menunjukkan rakyat sedang membaca mesej yang tersirat.
Pilihan raya bukan sekadar pertandingan mendapatkan undi. Ia juga pertandingan membentuk persepsi.
Lima misteri ini mungkin tidak mengubah keputusan pilihan raya secara keseluruhannya. Namun ia memberi kesan terhadap cara rakyat melihat perjalanan politik Johor.
Adakah pembubaran DUN dibuat atas pertimbangan strategik?
Mengapa BN memilih bertanding solo?
Apa sebenarnya yang berlaku dalam episod FELDA?
Mengapa pengumuman calon dilakukan tanpa kehadiran kepimpinan tertinggi?
Dan apakah mesej sebenar yang ingin disampaikan kepada rakyat Johor?
Hanya mereka yang berada di dalam bilik mesyuarat mengetahui jawapannya.
Bagi rakyat biasa, apa yang tinggal hanyalah tanda tanya.
Dan dalam politik, kadangkala tanda tanya itulah yang akhirnya menentukan bagaimana sesuatu pilihan raya akan dikenang.
Veteran UMNO, Puad Zarkashi tuduh Istana kawal Onn Hafiz dan UMNO Johor. Onn Hafiz hanyalah boneka dan pak turut kepada Istana.
Ini ayat yang Puad Zarkashi lontarkan.
Malahan, Puad kata Onn Hafiz sendiri mengaku dia bubar DUN Johor hari tu pun kerana akur dengan permintaan Istana.
Soalan terbesar kepada Onn Hafiz, betul atau tidak tuduhan ini?
Jawab segera. Kamu tu Menteri Besar. Bukan Ketua Kampung. Jawab. Bukan menyorok setiap masa.
Ahmad Mustaffa Goh
🇲🇾 Kenapa DAP TAK Mampu Hapuskan Raja Melayu & Islam Walaupun Berkuasa? 💪🔒🛡️
=======================================
Ramai rakyat masih risau mendengar dakwaan bahawa DAP akan menghapuskan institusi Raja-raja Melayu dan mengurangkan kedudukan Islam jika mereka “berkuasa penuh”.
Tapi realitinya jauh berbeza.
Mari kita bongkar dengan fakta perlembagaan dan politik sebenar supaya kita faham isu ini dengan lebih mendalam!
1. Perlembagaan Malaysia Adalah Benteng Kukuh 🔐🛡️
****************************************************
Malaysia adalah negara Raja Berperlembagaan yang termaktub dengan jelas.
Artikel 3:
********
Islam adalah agama Persekutuan.
Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong dilindungi kukuh di bawah Bahagian III Perlembagaan.
�Sebarang pindaan memerlukan majoriti 2/3 Parlimen + persetujuan Majlis Raja-raja. Ini hampir mustahil tanpa konsensus nasional meluas.
2. DAP Tidak Boleh Memerintah Sendirian 🚫🤝
************************************************
DAP kuat di bandar dan negeri seperti Pulau Pinang, tapi mustahil mereka bentuk kerajaan Persekutuan sebagai parti tunggal.
Demografi berbilang kaum memaksa mereka berada dalam gabungan (Kerajaan Perpaduan bersama PKR, UMNO, AMANAH dll).
Tanpa sokongan parti Melayu-Islam yang besar, tiada kuasa mutlak untuk ubah dasar teras negara.
3. Pendirian Rasmi DAP
***********************
DAP berulang kali mengisytiharkan menghormati Perlembagaan, institusi Raja-raja dan kedudukan Islam.
Tiada manifesto rasmi yang mencadangkan penghapusan institusi ini.
4. Realiti Politik Malaysia ⚔️🇲🇾
*******************************
Sebarang percubaan mengganggu Raja-raja atau Islam pasti akan mencetuskan tentangan hebat daripada majoriti Melayu-Muslim, UMNO, PAS dan rakyat jelata.
MEREKA SEDAR DAN TAHU AKAN IMPLIKASINYA……..
Majlis Raja-raja adalah benteng terakhir yang sangat sukar ditembusi.
Sejarah membuktikan parti bukan Melayu yang masuk kerajaan akan menyesuaikan diri dengan realiti negara ini.
Kesimpulan
=========
Dakwaan “DAP akan hapuskan Raja Melayu & Islam” adalah berlebihan dan sukar jadi realiti dalam sistem politik kita yang matang.
Lebih bijak kita fokus menilai parti berdasarkan prestasi, ekonomi, rasuah dan tadbir urus untuk masa depan Malaysia yang lebih makmur dan harmoni. 🇲🇾🙏💪
Apa pendapat anda semua?
Adakah anda setuju bahawa Perlembagaan kita cukup kukuh melindungi institusi Raja-raja dan Islam?
Atau ada fakta lain yang anda mahu kongsi?
Komen di bawah dan share post ini jika anda rasa bermanfaat! 👇🔥❓
#Malaysia #RajaMelayu #Perlembagaan #PolitikMalaysia #PRU16 #pilihanrayanegeri #N9 #johor
Tadi berita Onn hafiz mengalir airmata .. ni drama apa lagi?
Betul betul drama queen.
Bukan nak cepat cepat PRN hari tu sebab dah ready ke?
Ada yang cakap sebab PAS dan wamwamsam nak bertanding pakai logo BN.
Kalau macam tu baik bubar jek PN tu semua masuk BN.
Kan lebih afdhol😏
Kelmarin, Pakatan Harapan mengumumkan barisan calon yang akan bertanding. Pengumuman dibuat sendiri oleh Pengerusi PH merangkap Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim, dengan kehadiran penuh pimpinan utama semua parti dalam gabungan.
Isyarat ini cukup jelas, PH datang dengan solidarity, disiplin dan kesefahaman yang tersusun. Ini adalah satu lambang keyakinan yang perlu diberi perhatian oleh pengundi di Johor nanti dan memberi impak psikologi yang besar kepada pengundi atas pagar.
Hari ini pula, Barisan Nasional mengumumkan calon mereka. Namun suasananya berbeza. Pengumuman dibuat oleh Pengerusi Perhubungan UMNO negeri tanpa kehadiran Presiden dan Timbalan Presiden parti.
Timbul persoalan, dalam saat yang begitu penting, kenapa pimpinan tertinggi UMNO seperti menjauhkan diri? Ia bagai mengesahkan teori bahawa keputusan BN bertanding solo ini telah mewujudkan garis pemisah yang jelas antara kepimpinan UMNO pusat dan UMNO negeri Johor.
Majlis juga terpaksa dilewatkan lebih dua jam atas alasan teknikal. Dalam politik, ini sememangnya petunjuk klasik kepada last-minute horse-trading atau rombakan saat akhir senarai calon di belakang tabir. Seolah olah senarai calon terpaksa mendapat endorsement dari pihak tertentu sebelum benar benar dimuktamadkan.
Agak pelik. Sebagai pihak yang membubarkan DUN, UMNO/BN sepatutnya menjadi paling bersedia. Tetapi yang kelihatan hari ini sebaliknya.
Beberapa keputusan juga mengejutkan. Ketiadaan nama bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, menimbulkan tanda tanya besar.
Pencalonan Alawiyah Talib di DUN Endau turut mengundang persoalan, seorang bekas pemimpin Bersatu yang baru meninggalkan parti, kini diangkat sebagai calon. Adakah UMNO tiada calon yang lebih kredible sehingga sanggup mengangkat semula individu yang pernah meninggalkan perjuangan mereka?
Pencalonan semula Dato’ Dr Adham Baba pula sesuatu yang menarik. Reputasi beliau sebagai Menteri Kesihatan pernah dipersoal - dikatakan gagal ketika krisis Covid-19.
Kecanggungan ini bukan sekadar persepsi luar. Veteran UMNO, Dato’ Dr Puad Zarkashi sendiri menyuarakan keraguan, menyifatkan pemilihan calon kali ini seperti “ada sesuatu yang tak kena”, dan dijangka akan memperincikan perkara tersebut dalam masa terdekat.
MB Johor Onn Hafiz dilihat sedang berdepan tekanan hebat dan berterusan daripada isu enggan duduk semeja dengan DAP hinggalah kepada kontroversi pembatalan Hari Felda sehingga dikatakan beliau terpaksa 'menjual airmata' demi simpati.
Sejujurnya, UMNO/BN dilihat bakal berdepan laluan yang sukar dalam PRN kali ini. Kesilapan demi kesilapan yang boleh dianggap sebagai 'menembak kaki sendiri'.
Sebelum pembubaran DUN, mereka dilihat memiliki kelebihan. Namun menjelang hari pencalonan, kelebihan itu semakin terhakis dan semakin goyah.
Dalam masa yang sama, Perikatan Nasional pula berada dalam keadaan paling tidak stabil. Pergeseran dalaman antara komponen utama semakin ketara, dengan hubungan antara Bersatu dan PAS telah pun ditamatkan.
Kehadiran parti baharu yang dikaitkan dengan Hamzah Zainuddin pula menambah lagi kerumitan, apabila ia tidak diterima secara terbuka oleh kepimpinan Bersatu sendiri.
Malah isu penggunaan lambang PN masih belum mampu mencapai kata sepakat, menunjukkan gabungan PN ni bukan berada diposisi terbaik untuk memberi cabaran bermakna dalam PRN kali ini.
Pengundi Johor hari ini bukan lagi kelompok yang boleh diumpan dengan retorik kosong atau air mata politik saat akhir; mereka adalah pengundi matang yang mendambakan kestabilan sebenar demi kelangsungan ekonomi dan masa depan negeri.
Isyarat solidarity yang padu ditampilkan oleh Pakatan Harapan di Bukit Gambir kelmarin bukan sekadar gimik pelancaran, tetapi merupakan bukti sahih bahawa mereka adalah satu-satunya gabungan yang paling stabil, padu, dan bersedia untuk mengemudi Johor.
Taruhan kini di tangan rakyat Johor untuk memilih kestabilan yang nyata bersama PH, atau membiarkan masa depan negeri terperangkap dalam percaturan elit politik yang tak kesudahan.
Dato Dr Suhaimi Ibrahim.
Norman Daud
Apa yang Dato Dr Fuad Zarkashi tulis ni bukanlah rahsia sebenarnya, ramai dah agak begitulah keadaannya.
Apa pun semua pihak perlu menghormati prinsip raja berperlembagaan negara.
Betul atau salah? Malas nak tulis jawapannya..
Fikir fikir sendiri lah
1. Najib kata RM42 juta duit SRC yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya digunakan untuk tujuan sedekah dan Corporate Social Responsibility (CSR).
2.Mari kita lihat bukti-bukti sahih tentang penggunaan duit ini yang telah dikemukakan di mahkamah. Antaranya: - RM449,586.95 untuk bayar Kad Kredit Visa Platinum Najib; - RM2,833,147.21 untuk bayar kad kredit Mastercard Platinum Najib; - RM240,000 dibayar kepada Vital Spire Sdn Bhd milik YB ADUN Umno Johor untuk mengendalikan sebuah portal online; (Kini...) - RM2.5 juta dibayar kepada sebuah firma guaman untuk kerja-kerja “political intelligence”; - RM238,914 dibayar kepada seorang Tan Sri untuk kerja-kerja mempromosi Ah Jib Gor kepada masyarakat Cina; - RM100,000 dibayar kepada seorang kontraktor untuk membina bilik stor kediaman peribadinya di Kuala Lumpur; - RM56,500 dibayar kepada sebuah syarikat plumbing untuk kerja-kerja pemasangan tangki air di kediaman peribadinya di Kuala Lumpur; - RM77,300 dibayar kepada seorang kontraktor untuk membaiki kediaman peribadinya di Pekan; dan
3. Puluhan juta ringgit lagi untuk lain-lain kegunaan peribadi dan politik.
4. Ya, adalah juga duit yang diberi kepada anak-anak yatim. Tetapi jumlahnya tak seberapa jika dibandingkan untuk kegunaan peribadi dan politik.
5. Ini tak termasuk RM4 bilion duit Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang dipinjamkan kepada SRC yang lesap entah ke mana.
6. Akhirnya, kerajaan terpaksa membayar hutang SRC kepada KWAP kerana hutang ini dijamin oleh kerajaan ketika Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
7. Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mendapati Najib merampok syarikat SRC daripada wang KWAP, iaitu wang rakyat, wang orang pencen.
8. Ini kata hakim Mahkamah Rayuan dalam kes SRC: “Hence, we agree with the learned trial judge that the all important element of misappropriation of entrusted property by the Appellant had been clearly established. The evidence clearly shows that the appellant not only misappropriated RM42 million, the subject of the 3 CBT charges, but also converted to his own use that which he had dishonestly misappropriated. The RM42 million, contrary to the appellant’s assertion that he used it for corporate social responsibility (CSR) programs of the company, had in fact been used for his personal benefit and for his political purposes”. [Terjemahan: “Oleh yang demikian, kami bersetuju dengan Yang Arif hakim perbicaraan bahawa semua elemen penting penyalahgunaan harta yang diamanahkan oleh Perayu (Najib) telah dibuktikan. Bukti menunjukkan dengan jelas bahawa perayu bukan hanya menyalahgunakan RM42 juta, iaitu mauduk 3 dakwaan jenayah pecah amanah, tetapi juga telah memindahkan kepada kegunaan dirinya sendiri harta yang dia telah salah guna secara tidak jujur. RM42 juta itu, berlawanan dengan dakwaan perayu bahawa dia menggunakannya untuk tujuan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, telah sebenarnya digunakan untuk manfaat peribadinya dan untuk tujuan politiknya.”]
9. Kata hakim lagi: “This is definitely not something that can be said to have been done in the national interest. There is no national interest here, just national embarrassment”. [Terjemahan: Ini bukanlah sesuatu yang boleh dikatakan sebagai telah dilakukan demi kepentingan negara. Tiada kepentingan negara di sini, (yang ada) hanyalah keaiban negara]
10. Inilah CSR Najib – Crook’s Self en-Richment! Sedekah kepada diri sendiri.
11. Najib berulang kali tuduh saya khianat. Tapi tak ada satu mahkamah pun menjatuhi hukuman bersalah ke atas saya.
12. Dia juga tanya saya berapa wang yang saya belanjakan untuk rakyat?
13. Sepanjang saya jadi PM, RM530 bilion saya sediakan untuk rakyat dalam macam-macam bentuk pakej bantuan
Rakan saya bos Akitek firm adalah seorang hartawan tetapi sangat berjimat cermat.
"Aku kalau duduk hotel luar negara tak akan duduk hotel 5 bintang tetapi setakat 3 bintang memadaai asalkan bersih dan selamat" kata beliau pada saya.
"Di Singapore aku duduk hotel 88 sahaja. Apa yang penting aku dapat tidur nyenyak" sambung beliau lagi.
Hotel 88 adalah hotel taraf 2 bintang tapi sewaan bilik semalam pun sudah RM500.
"Kau ni banyak duit tapi cikailah" templak saya pada beliau yang memandu kereta BMW X5 dan memakai jam tangan Panerai Luminor Marina yang berharga RM20,000.
"Bukan cikai tetapi aku rasa membazir bayar bilik hotel mahal hanya untuk tidur sahaja" kata beliau sambil tergelak.
"Kalau gitu kenapa tak pakai kereta Kancil dan pakai jam tangan Casio" tanya saya lagi.
"Din, kereta dan jam itu hanya nak impress client sahaja. All for business purposes only" sambut beliau tersenyum.
Lain pula dengan rakan saya seorang ini.
Jikalau travel seboleh mungkin beliau mahu naik business class dan duduk di hotel 5 bintang.
Beliau berasal dari keluarga peneroka dan telah berjaya dalam perniagaan.
"Aku kerja kuat untuk cari duit, apa salah hadiahkan diri dengan keselesaan bila travel" kata beliau.
Tiket kapal terbang business class biasanya harga tiga kali ganda dari tiket kelas ekonomi.
Jika ke London, tiket flight ekonomi biasanya RM3k tetapi harga RM10k untuk business class.
Kelebihan business class ialah seatnya lebih lebar dan selesa, seat boleh recline hampir seperti katil, makanan pula istimewa tanpa had dan anda dipanggil dengan nama sendiri oleh flight stewardess.
Saya pernah saksikan Mat Salleh minum terutama liquor tak henti-henti dari mula lepak di Lounge sehinggalah kapal mendarat.
Itulah kelebihan business class dan mereka ambil kesempatan sepenuhnya.
Semasa zaman bekerja sebagai penjawat awam memang beberapa kali saya travel luar negara dengan business class, tetapi tidaklah saya rindu kelebihan faedah tersebut.
Begitulah perangai dua rakan hartawan saya yang berbeza.
Tetapi apakan 'common denominator' atau persamaan antara ramai hartawan?
Dalam satu buku yang saya baca di senaraikan beberapa persamaan di kalangan hartawan millionaire dan billionaire.
1. Kebanyakan hartawan tidak muda. 80% dari mereka berumur 50 ke atas dan mengambil masa 32 tahun untuk menjadi kaya. Jikalau seorang hartawan itu muda, ia adalah redflag.
2. Kebanyakan mereka mempunyai mentor yang mengajar apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan dalam perniagaan.
3. Mereka suka membaca. 88% dari mereka membaca setiap hari dan 85% membaca dua buku setiap bulan.
4. 31% dari mereka dari keluarga miskin, 45% dari famili middle class dan 24% memperolehi kekayaan dari keluarga.
5. 63% bermain sukan di sekolah.
6. 76% beriadah 4 kali seminggu, paling kurang 30 minit setiap hari.
7. 72% dari mereka menjadi ahli NGO untuk membantu orang susah.
8. Mereka hidup 'a happy life', jarang bercerai dan memandu kereta lama.
9. 81% mempunyai pelan setiap hari iaitu 'a to-do list'.
10. 27% dari mereka pernah gagal dalam perniagaan.
11. Mereka bercampur dengan rakan yang positif, menjauhi rakan negatif dan orang toksik.
12. 95% suka membuat simpanan duit.
13. 67% menonton TV selama sejam sehari sahaja.
14. 77% dari mereka bukan straight A's student dan mereka tak pernah berhenti belajar sepanjang hidup.
15. 65% of them have three streams of income. 45% of them have four streams. 29% of them have five streams.
Begitulah perangai hartawan.
Semoga bermanfaat.
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: Zainuddin Omar
* di Havana Cuba bersama kereta hartawan
Di Segamat hari ini, saya umumkan kelulusan peruntukan bagi kerja-kerja baik pulih kuarters polis, pembaikan infrastruktur asas institusi pendidikan Islam serta peningkatan geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Johor.
Mudah-mudahan usaha ini dapat memperkukuh keselamatan, memajukan pendidikan dan menyuburkan semangat perpaduan dalam masyarakat demi kesejahteraan rakyat seluruhnya.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI