'Jika jadi kerajaan PH akan bantu B40, kerajaan ada maklumat lengkap' - Saifuddin




Kenaikan harga barang yang melampau hari ini menyebabkan golongan B40 amat terdesak meneruskan hidup.


Bagaimanapun, kata Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, malangnya kerajaan BN - PN tidak begitu mengambil berat nasib golongan tersebut biar pun mereka menghabiskan 70% daripada gaji hanya untuk membeli barang makanan.


"Jabatan Perangkaan buat kajian, B40 guna 70% pendapatan mereka untuk beli makanan. Gaji ditolak bayar rumah, bayar bil ulititi, sebahagian besar duit diguna beli makanan. Lagi miskin rakyat, lagi banyak duit untuk beli makanan.


"Saya yakin penuh kita mampu tolong (jika jadi kerajaan) berdasarkan pengalaman 22 bulan memerintah. Mesti ada pertolongan jangka pendek dan jangka panjang buat golongan B40 ini.


"Beberapa tahun lalu saya dijemput ke Turki. Di kawasan perumahan saya dapati treler panjang. Di situ ada tepung, gula, minyak masak, barangan keperluan harian rakyat diletak di kawasan flat pendapatan rendah dan rakyat diberi kad diskaun untuk beli barang.


"Di negara ini kita juga boleh buat. Di mana yang susahnya? Kita ada data. B40 ada 10 juta, dulu saya Menteri jaga B40, nama alamat, nombor telefon kita ada.


"Kita juga akan kekalkan bantuan tunai kepada rakyat dalam jangka pendek andaikata diberi peluang kepada kita perintah (sekali lagi)," kata Saifuddin dalam Ceramah Keadilan Rakyat di Kampung Sungai Semilang, Juru, Pulau Pinang, malam tadi.


Selain itu, kata Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu, terdapat juga golongan B40 yang tak cukup pendapatan dan harus meminjam wang. Juga golongan yang kena keluarkan simpanan termasuk dalam akaun KWSP. Katanya, 60% rakyat Malaysia bila diberi peluang keluar wang KWSP telah pun mengeluarkan wang mereka.


Oleh itu, beliau mahu rakyat berfikiran rasional untuk memilih kerajaan yang berwibawa dalam Pilihan Raya Umum ke 15 ini.


Katanya, parti yang dipilih perlulah yang benar benar mempunyai idea membela rakyat bukan seperti Umno atau Pas yang memainkan isu perkauman atau keagamaan sempit.


"Dalam suasana rakyat macam ini bolehkah kita bagi sokongan kepada parti yang ceritanya pemimpin PH tidak beriman? Tolonglah beri cadangan macam mana nak selesai beban hidup rakyat. Kamu masih nak main sentimen agama dan perkauman?


"Mari kita berlumba dari segi idea macam mana nak selesai masalah, bantu rakyat.


"Parti apa macam ini? Rakyat tidak cukup makan, negara terpalit dengan rasuah, dia dok nak kafirkan orang. Parti macam ini kalau masuk PRU, tuan tuan cuma ada satu pilihan, tolak jangan bagi peluang," katanya.


Tegas beliau lagi, Melayu Pulau Pinang perlu menolak dakyah Pas yang tidak mengajarkan Islam sebenar kepada orang Melayu. Katanya Islam mengajarkan pemimpin harus adil dan menjaga rakyat sebaik baiknya bukan dipersoalkan beriman atau tidak.


"Pemimpin muslim, adil kepada rakyat, rakyat seluruh negara akan tengok Islam itu indah. Rupanya Islam ajar bila dapat kuasa semua akan rasa keadilan Islam.


"Kalau dia pemimpin bulan Islam pula, dia adil, rakyat mendapat manfaat. Itu sikap yang betul dalam perbezaan agama. Soal dia agama apa, itu urusan dia dengan pencipta.


"Saya tolak hujah pemimpin Islam yang rasuah lebih baik daripada pemimpin bukan Islam yang adil. Itu hijack kepada kefahaman Islam yang sebenar.


"Konon, pemimpin Islam yang korup dia boleh bertaubat, tetapi ingat korup itu adalah zalim terhadap manusia. Dia boleh bertaubat kepada Allah tetapi zalim dengan manusia dia kena minta maaf setiap seorang. Taubat tak akan diterima kalau kezaliman dengan rakyat tak minta maaf," kata Saifuddin lagi.


 

WOIIIII MASA MANA PH AJAK KERJASAMA DENGAN HANGPA...AKAI TAK DAK....KAH..KAH




 

MENANG PUN BELUM TENTU LEPAS KOT

 




Presiden UMNO keluar kenyataan. Desak PM buat cepat PRU. Bulan depan kalau boleh. Sebelum hujung tahun. Banjir pun takpe la. Kita buat juga. BN sanggup redah.

PM pun baik je tepis. Dia kata dia akan pertimbangkan buat dalam masa “terdekat”. Dekat mana kita tak tahu. Jangkaan saya takkan la beliau nak jadi PM dengan tempoh tersingkat dalam sejarah.

Elok rakyat dan Kerajaan kena bersedia nak ngadap monsun dan banjir, BN nak juga by hook or by crook, PRU diadakan.

Kita cuba nak faham kenapa lagu tu? PM pun sekarang dari UMNO. Kenapa nak di tumbang kan cepat, tak tunggu habis tempoh.

Al-kisahnya, kes Presiden nak sampai ke penghujung.

1. Kes Yayasan Akalbudi dah masuk second half. DPP dah bukti kes prima facie. Dia dah dipanggil untuk bela diri. Patutnya nak habis dah ni. Tapi dia kata nak panggil 43 orang saksi lagi. Kes Solarmah dulu pihak pembelaan 2 orang saksi je. Takpe la kalau nak panggil reramai. Cuma harap, jangan buang masa Mahkamah. Boleh selesaikan cepat2.

2. Kes UKSB pula, DPP dah habis berhujah first half. 23 Sept ni, Mahkamah akan putuskan sama ada kes prima facie dan dia kena bela diri.

So, kita kena faham la kenapa nak sangat PRU.

If only, geng UMNO tahu. Kalau digantung Presiden ini, mereka ada peluang sedikit cerah menang PRU.

Golongan Atas pagar mungkin akan percaya semula. Menunjukkan UMNO cuba bersihkan parti dan berubah.

Kita tengokkan saja. Apa akai mereka?

~LM~

 

DIDUNIA DAH KENA DI AKHIRAT TUNGGU DISANA. ALLAH MAHA ADIL

 


MOHD MUKLIS MOHD SYARIF

Mmmmmkaaayyyy, habis tu kenapa failkan juga saman di Mahkamah yang guna undang-undang ciptaan manusia? Dah la tu, kalah pula dengan undang-undang ciptaan manusia. #koyakrabak









ELOK JUGA KENYATAAN INI- BERMAKNA NAK JOIN LEPAS PILIHANRAYA. BUKTIKAN DULU KEKUATAN DAN JENTERA... .....JANGAN JADI MACAM SATU PARTI NI...DIA KATA DIA KUAT SENDIRIAN..TAPI SONDOL KIRI KANAN....

 

Belum buka kerjasama, PH cukup kuat bentuk kerajaan, kata pemimpin DAP





Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, berkata PH diyakini sudah cukup kuat membentuk kerajaan selepas pilihan raya nanti.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) belum berbincang untuk membuka kerjasama dengan parti lain bagi membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Naib Pengerusi DAP Teresa Kok.

Kok berkata, setakat ini pihaknya masih yakin gabungan itu sudah cukup kuat membentuk kerajaan selepas pilihan raya nanti.

“DAP lebih memberi fokus kepada persediaan untuk PRU yang akan datang.

“Berhubung kerjasama dengan parti-parti lain tidak masuk dalam perbincangan lagi,” katanya menurut Astro Awani.

Selain DAP, PH ketika ini dianggotai PKR, Amanah dan Upko.

Pada 17 Jul lalu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, dilaporkan berkata beliau percaya bahawa pakatan antara parti politik dan gabungan parti berbeza diperlukan untuk membentuk kerajaan selepas PRU15.

Katanya, selepas Langkah Sheraton, yang menyaksikan kerajaan PH tumbang pada Februari 2020, gabungan parti politik tidak lagi boleh membentuk kerajaan secara bersendirian.

Tambahnya, tiada mana-mana parti atau gabungan politik yakin mampu membentuk kerajaan sendiri selepas PRU.

“BN pun tidak yakin mereka boleh membentuk kerajaan sendiri. Jika anda tanya hari ini sama ada Umno atau BN mempunyai formula tetap untuk mendapatkan semula kekuatan mereka, saya tidak fikir begitu.

“Begitu juga kami (PH). Saya rasa kami masih mencari (formula berkenaan),” katanya.


EHHHHHH...DAH TU MU BUAT APA ? ....TAK RASA NAK DEMONTRASI ?.....MU BUAT TAK APA...ORANG LAIN BUAT SAHIH SIANG MALAM KENA BAHAN...MU ORANG ALIM...ORANG TAK ALIM DAN KAPIR BELAKA...MACAM HADI AWANG CAKAP...TAK GITU.... KA MACAMANA ?ORANG PASIK.

 

Konsert Riuh Sokmo bertentangan dasar kerajaan negeri, kata Pemuda PAS Kelantan





Konsert Riuh Sokmo diadakan di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh, Kelantan.

PETALING JAYA: Pemuda PAS Kelantan bimbang dengan penganjuran Konsert Riuh Sokmo yang berlangsung di negeri itu minggu ini kerana disifatkan bertentangan dasar “Membangun Bersama Islam” dibawa kerajaan negeri pimpinan PAS.

Ketuanya Mohamad Kamal Mohamed berkata, beliau menerima pelbagai pandangan ramai yang kebanyakannya menyatakan kebimbangan sama berhubung suburnya budaya konsert di negeri itu.

“Dewan Pemuda PAS Kelantan merasakan kebimbangan yang sama sementelah negeri ini telah mempunyai identiti adat dan budaya tersendiri dengan dasar ‘Merakyat Membangun Bersama Islam’.

“Anak-anak muda pastinya menjadi sasaran utama kepada siri-siri konsert serta hiburan diadakan dan hal inilah amat membimbangkan semua pihak termasuk golongan ibu bapa, pimpinan setempat dan kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menggesa kerajaan negeri bertindak tegas terhadap penganjur jika konsert itu melanggar enakmen hiburan negeri.

“Enakmen hiburan negeri Kelantan secara ringkas masih tidak membenarkan persembahan wanita berumur 15 tahun ke atas di pentas umum (persembahan wanita hanya untuk audien wanita) dan segregasi peserta dengan tiga tempat duduk iaitu lelaki, perempuan dan keluarga,” katanya.

Mengikut laporan media, Konsert Riuh Sokmo! bersama Celcom menampilkan persembahan artis terkenal tanah air seperti Wings, Ramli Sarip, Kugiran Masdo, Faizal Tahir dan ramai lagi.

Konsert itu dianjurkan dengan kerjasama penyedia telekomunikasi Celcom Axiata Berhad (Celcom) di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh dan padang Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh, mulai 16 Sept hingga 18 Sept.

Dilaporkan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi Kumpulan MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCreative) menyasarkan lebih 20,000 pengunjung ke Kembara Riuh Keluarga Malaysia (KRKM) edisi keempat itu.

Pada 19 Ogos lalu, Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari secara terbuka membidas penganjuran bertalu-talu konsert mega yang didakwanya “kerja gila menjemput kemurkaan Allah”.

Kenyataan itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas Billie Eilish mengadakan konsert “Happier Than Ever, The World Tour” di Stadium Nasional Bukit Jalil malam sebelumnya.

RAFIZI AKAN MULAKAN REFERENDUM RAKYAT TOLAK PRU15 KETIKA BANJIR

 

Kenyataan Presiden UMNO, Dato’ Seri Zahid Hamidi yang memperlekehkan risiko dan kesengsaraan rakyat sekiranya PRU15 dipanggil di musim tengkujuh menunjukkan terpisahnya beliau dan UMNO dari realiti kehidupan rakyat.

Semasa berucap semalam, beliau dipetik berkata “sanggup meredah banjir” sekiranya PRU15 dijalankan semasa musim tengkujuh seperti yang didesak UMNO.

UMNO seolah-olah lupa kesengsaraan yang dialami rakyat sejak sedekad yang lalu akibat bencana banjir. Dua kejadian banjir besar di Sri Muda (tahun 2021) dan Baling (tahun ini) tidak pun terkesan kepada pimpinan UMNO, apatah lagi untuk menginsafkan mereka bahawa kebajikan rakyat perlu diutamakan.

Kenyataan Zahid itu cukup berbeza dengan nada pimpinan Pakatan Harapan dalam temu rapat PH yang berakhir Khamis lalu (15 September 2022).

Salah satu kandungan utama ketetapan yang dicapai dalam temu rapat tersebut ialah agar negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Harapan mengusahakan langkah-langkah bersepadu menangani bencana banjir yang dijangka tiba, termasuklah mengisytiharkan “Kecemasan Bencana Iklim” (climate emergency) untuk mengurangkan musibah kepada rakyat.

Sementara tumpuan kerajaan-kerajaan negeri adalah untuk membantu rakyat, UMNO dan pimpinannya menolak ke tepi risiko banjir dalam kegilaan mereka mendesak PRU15 diadakan segera demi mencari kuasa.

Keangkuhan sebegini tidak wajar dibiarkan berterusan tanpa ada tindak balas dari rakyat.

Oleh yang demikian, saya sendiri akan mengusahakan satu pungutan suara rakyat (“public referendum”) untuk menunjukkan kepada Zahid dan UMNO bahawa rakyat mencemuh parti-parti politik yang galak berebut kuasa hingga mengabaikan persediaan menghadapi banjir.

Dalam tempoh seminggu dari sekarang, saya akan melancarkan pungutan suara secara digital dan kempen siap siaga banjir supaya rakyat boleh menyatakan desakan mereka agar kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri memberi sepenuh tumpuan untuk menghadapi banjir.

Tragedi yang berlaku kebelakangan ini yang melibatkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa sepatutnya menjadi iktibar kepada semua parti politik untuk tidak ambil mudah isu perubahan iklim dan bencana alam sekitar yang menimpa rakyat.

Jika ahli politik seperti Zahid Hamidi masih tidak mengambil iktibar, wajarlah UMNO dan pimpinannya disekolahkan untuk mula belajar mengutamakan kebajikan rakyat.

RAFIZI RAMLI

Timbalan Presiden Keadilan

18 September 2022.