YEEEE HAAAA.....KITA ISLE BOH....PIMPINAN KAMI PUNG ISLE BOH....TAK HARAM KE BOH....

 

Kelab malam kembali dibuka, pengunjung teruja ‘serbu’


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Pengunjung kelab malam gembira dapat kembali ke lantai tarian susulan penamatan sekatan ke atas aktiviti terakhir dalam senarai negatif MKN.

PETALING JAYA: Jalan-jalan di Kuala Lumpur mula dipenuhi orang ramai yang mencari hiburan malam setelah sekatan selama dua tahun ke atas operasi kelab malam disebabkan wabak berakhir pada tengah malam.

Kelab malam adalah satu-satunya premis yang masih berada dalam senarai negatif Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan peralihan negara ke fasa endemik mulai 1 April.

Namun, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan lewat bulan lepas, ia akan dibenarkan beroperasi semula mulai hari ini, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Pengunjung hanya dibenarkan masuk ke kelab malam selepas menunjukkan keputusan ujian RTK-Antigen Covid-19 negatif, yang diambil dalam tempoh 24 jam sebelum masuk ke dalam premis.

Mereka turut dibenarkan menanggalkan pelitup muka apabila makan dan minum, atau menari.

FMT bercakap dengan pengunjung dan pengusaha beberapa tempat hiburan malam mengenai pengoperasian semula perniagaan dan terutamanya dengan kegiatan menari turut dibenarkan.

Pengunjung menyuarakan betapa terujanya mereka kerana akhirnya dapat menari sepuas hati, dan ramai yang dilihat berbaris panjang untuk memasuki tempat hiburan pilihan mereka malam tadi.

Khairun Zabidi, 36, percaya vaksinasi lengkap menjadi barisan pertahanan pertama. Beliau turut bersetuju dengan syarat melakukan ujian kendiri sebelum bergaul dalam khalayak ramai.

“Saya rasa ini tentang memikirkan bagaimana rupanya normal baharu. Kehidupan tidak boleh terhenti hanya disebabkan wabak.

Orang ramai bersesak untuk masuk ke beberapa tempat hiburan di Kuala Lumpur malam tadi.

“Ia adalah mengenai memastikan mereka yang paling rentan selamat. Bagaimanapun, saya rasa, selagi kita semua bertanggungjawab, maka itulah pertahanan terbaik yang kita ada.”

Tambahnya, apabila perniagaan kembali dibuka, sudah tiba masanya kehidupan sosial kembali diteruskan sebagai sebahagian daripada “normal baharu”.

“Jika kita dibenarkan berhimpun untuk sembahyang dan acara besar, kenapa bukan untuk berhibur?”

DJ Onil Hemelton, 24, berkata setelah penantian yang lama, banyak acara telah diatur dan penggiat industri gembira dapat kembali meneruskan perniagaan.

Juruacara yang dikenali sebagai Zypherz, 33, berkongsi mengenai nasib mereka yang bekerja dalam industri tersebut, dengan ramai yang diberhentikan kerja sejak kelab malam diarah menghentikan operasi lebih dua tahun lepas.

“Saya gembira (keadaan) kembali normal, tetapi harap-harap pihak berkuasa tidak lagi mempunyai masalah dengan kegiatan hiburan malam. Ramai yang bekerja sebagai juruacara dan pelayan bar kehilangan pekerjaan semasa wabak,” katanya.

Situasi Covid-19 “rumit”, katanya dan beliau tidak yakin sama ada selamat untuk orang ramai tidak memakai pelitup muka dalam kelab malam.

Namun, beliau sanggup “mengambil risiko” kerana suka bekerja dalam industri hiburan malam, katanya.

Mengibaratkan pembukaan semula kelab malam seperti sambutan malam Tahun Baharu, seorang pengurus besar kelab malam Shayan Khajoee memberitahu FMT, reaksi daripada pengunjung adalah sangat positif, dengan tempahan penuh sebaik sahaja kerajaan memberi lampu hijau.

Walaupun mengakui mungkin sukar untuk memeriksa ujian kendiri setiap pengunjung, beliau menegaskan bahawa penggiat industri perlu “memainkan peranan”.

“Kita hanya perlu ikut SOP kerana ia adalah keistimewaan yang diberikan kepada kita, jadi kita tak boleh ambil kesempatan.”

Sementara itu, lantai tarian di beberapa kelab malam masih kosong disebabkan kekurangan tenaga kerja untuk menjalankan operasi.

Seorang pengusaha kelab malam di Kuala Lumpur, Godwin Pereira bercakap mengenai kekurangan pekerja yang menghalang banyak kelab malam meneruskan operasi walaupun dibenarkan.

“Kami tidak beroperasi hari ini kerana tak cukup tenaga kerja. Semua orang menghadapi masalah (kekurangan) pekerja. Ia tidak semudah yang semua orang fikirkan. Tak boleh petik jari sahaja dan buka (kelab malam),” katanya kepada FMT.

“Juga bukan mudah nak dapatkan semula pekerja lama kerana mereka ada pekerjaan dan komitmen lain. Jika ambil pekerja baharu, saya perlu masa untuk latih mereka agar mereka faham operasi kami.”

Setelah sebegitu lama perniagaan merosot, Pereira mengingatkan pengunjung kelab malam untuk menghargai pihak yang mengekalkan industri ini dan menggesa mereka untuk lebih bersabar dan bersikap lebih memahami terhadap kru perkhidmatan yang menjalankan tugas mereka.

“Kami harap pelanggan kini menghargai kami, daripada yang menjaga pintu dan yang melayan kepada kakitangan keselamatan,” katanya.

“Kami harap mentaliti orang ramai telah berubah menjadi lebih baik hati.”

KEH..KEH....

 KESETIAAN yang berbaloi ....

May be an image of 3 people and text that says "RAKYAT IS KING ISTANA KING MASIH BERDIRI MEGAH SELEPAS 60 TAHUN"

KEH..KEH...POLITICIAN TEMBOLOK

MSO II...

POLITICIAN TEMBOLOK

Gelagakdan aksi pergaduhan para bekas perdana menteri dan seorang timbalan perdanamenteri bukan sahaja memalukan kita semua, tetapi ia mendukacitakan kerana ia mendedahkan perangai dan nafsu busuk mereka masing-masing.

Pemimpinyang dimaksudkan itu, ialah bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad denganbekas Perdana Menteri Najib Razak. Dr Mahathir memberi respon kepada kenyataanNajib yang mendakwa Dr Mahathir marahkannya kerana tidak jada kroninya.

Dr Mahathir pula membalas kata-kata Najib itu, dia tidak perlu suruh Najib jagakroninya kerana dia sendiri dapat menjaganya. Najib mulai naik angin kepadaMahathir apabila bekas perdana menteri dua kali itu, menceritakan kepada umum kenapa beliau terus menyebut kesalahan Najib, agar Najib jangan kembali jadiperdana menteri.

Perbalahandan pertelingkahan juga berlaku antara Mahiaddin Yassin dengan Zahid Hamidi.Zahid marah kepada Mahiaddin apabila perdana menteri ke 8 itu mendedahkankononnya Zahid datang ke rumahnya


May be an image of 4 people and text that says "MEREKA BERJUANG UNTUK DIRI BUKAN UNTUK RAKYAT DR MAHATHIR NAJIB MAHIADRI ZAHID"

KEJAYAAN ? BERAPA BILLION BAWA BALIK PAK LONG ?


MUKHLIS EDDIE


Apa kejayaannya ? Bukan bawak pelaburan pun...


May be an image of 6 people, people standing and text that says "mk BERITA @lsmailSabri60 Lawatan kerja 4 hari ke Amerika satu kejayaan, kata PM Jamaluddir Muhamma & Bernama Diterbitkan: May 14, 2022 11:23 AM Dikemaskini: 12:11 PM"

DAP DAH BUAT DAH DI PENANG SANA...BAWAH MAIPP

 

OSMAN AYUB


Hospital patuh syariah pertama di Malaysia akan dibina di negeri Kelantan secepatnya selepas majlis pecah tanah 2018.Kini beroperasi sepenuhnya melalui alam sebalik mata.



May be an image of 5 people and people standing

KAH..KAH..KAH...ORANG UMNO APA TAU...PINDA PERLEMBAGAAN UMNO - ELAK PERPECAHAN ATAU ZAHID HAMIDI TAKUT HILANG JAWATAN?

 

PINDA PERLEMBAGAAN UMNO - ELAK PERPECAHAN ATAU ZAHID HAMIDI TAKUT HILANG JAWATAN?


Hari ini UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas atau EGM bagi tujuan meminda perlembagaannya iaitu pemilihan parti hanya akan diadakan enam bulan selepas PRU dilangsungkan.

Dengan pindaan itu, ia bukan saja bermaksud pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan tahun ini akan dianjakkan sehingga PRU15 diadakan terlebih dahulu, bahkan juga terpakai sehingga ke hari kiamat.

Ini adalah sejarah baru bagi UMNO kerana nampaknya peruntukan dalam perlembagaan sedia ada yang membenarkan pemilihan ditangguhkan selama 18 bulan tidak cukup melegakan buat Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan sesetengah pemimpin dalam parti itu melindungi jawatan mereka.

Lalu, kini ditambah pula peruntukan dalam perlembagaannya bahawa pemilihan hanya akan diadalan selepas enam bulan PRU dilangsungkan.

Menurut Zahid Hamidi, langkah meminda perlembagaan itu adalah untuk mengelakkan perpecahan dalaman berlaku dalam UMNO.

“Langkah itu akan memastikan kestabilan parti menjelang PRU15 akan datang.

“Ini merupakan satu lagi langkah dan usaha keterhadapan untuk memperkasakan UMNO dalam berdepan dengan cabaran mendatang.

“Pindaan itu kelak bakal meletakkan UMNO dalam keadaan paling kemas, tersusun dan berdaya setiap kali memasuki gelanggang PRU,” tegasnya lagi.

Bolehkah ahli-ahli UMNO yang waras percaya sepenuhnya kata-kata Zahid HamIdi itu?

Benarkah pindaan itu untuk mengelakkan perpecahan atau sebenarnya untuk mengelakkan beliau daripada hilang jawatan?

Tidak cukup lagikah dengan peruntukan 18 bulan menangguhkan pemilihan yang sedia ada dalam perlembagaan?

Kenapa Presiden UMNO terdahulu cukup selesa dengan peruntukan sedia ada itu dan tidak pernah mahu menambah tempohnya dengan membuat pindaan baharu?

Dalam hal ini, tidak diragui lagi Zahid Hamidi sebenarnya tidak cukup berjiwa besar dan sedia menghadapi pemilihan UMNO, meski dalam keadaan dirinya sedang berdepan hampir 100 pertuduhan di mahkamah.

Sepatutnya, dengan beban kes mahkamah yang sedang dihadapinya sekarang ini, beliau bukan saja wajar berundur, malah sangat patut memberi laluan mudah kepada Ismail Sabri yang kini merupakan Perdana Menteri untuk mengambil alih jawatannya itu.

PRU15 akan datang ini tidak sepatutnya lagi beliau terlibat, jauh sekali mahu terus mencatur calon-calon dan membenarkan dirinya sendiri bertanding lagi.

Bukankah selama ini selalu kita dengar hampir semua pemimpin UMNO, termasuk Zahid Hamidi mengeluarkan kata-kata kononnya mereka sentiasa mengutamakan parti melebihi kepentingan sendiri?

Mengutamakan parti apa namanya kalau sentiasa mahu berselindung di sebalik jawatan dan melindungi jawatan dengan pelbagai cara tanpa henti-henti? – ShahbudinHusin 15/05/2022.

 

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎ilיור Berita Seksyen Tindakan Umno tangguh pemilihan selepas PRU15 elak perpecahan, kata Zahid Dikemas kini 31 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 May 2022 5:49PM 0Komen AbdH‎"‎‎

PROGRAM SAVE KELANTAN BERSAMA PROFF AGUS

 

Program Diskusi Intelek bertajuk ‘Masa Depan Kelantan’ bersama Dato’ Prof Dr Mohammad Agus Yusoff malam tadi bersama 50 pemimpin NGO di Kelantan

Anjuran bersama #SaveKelantan dan Pertubuhan Penduli Rakyat Kelantan yang dipengerusikan oleh Prof Dato Dr Abdul Halim Yusof, Timbalan Dato Ismail Hj Ismail Ghani.

Terima kasih buat rakan-rakan NGO yang hadir pada malam ini.
Kalini jemputan kita hadkan, InsyaAllah lepas ni mana-mana Ngo boleh anjur dan kita boleh ber pakat buat lebih besar dengan kerap lagi.
InsyaAllah kita bersama-sama #SelamatkanKelantan
Syam Ghaz
4