Pasukan Pusat Komuniti DUN Manjoi kini berada di lokasi bagi meninjau keadaan rumah dan penduduk yang terjejas akibat banjir di Gugusan Manjoi.
Sedih mendengar cerita penduduk. Ada yang memaklumkan air naik terlalu cepat sehingga mereka langsung tak sempat menyelamatkan barang-barang di rumah.
Walaupun air mula surut, banyak peralatan dan barangan rumah sudah rosak akibat ditenggelami air.
Pasukan kami turut melihat sendiri keadaan rumah penduduk dan mendengar keperluan mereka.
Insya-Allah, kami akan bekerjasama dengan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tambun serta menyelaraskan tindakan susulan bersama agensi berkaitan bagi mengusahakan bantuan kepada mangsa yang terjejas.
Semoga segala urusan penduduk dipermudahkan. Kami akan terus mengikuti perkembangan dan membantu sedaya upaya.








No comments:
Post a Comment