Che Ibrahim
Nasihat ambo kalau ada sesiapa yang buat binaan secara haram @ tanpa kebenaran di atas tanah sah milik kita, maka robohkanlah dengan segera, jangan menunggu pihak lain yang tolong merobohkannya kerana tanah tersebut tanah kamu.
Tapi kalau kamu membiarkan binaan itu bertahun tahun atas tanah kamu tanpa apa apa langkah pencegahan awal, atau kamu memperolehi tanah tersebut sedangkan binaan haram itu telah sedia ada, maka itu adalah urusan kamu, jangan bebankan pihak lain kerana kealpaan kamu.
Negara kita ada undang undang, apa apa tindakan kamu tertakluk kepada undang undang. Kalau kamu tak setuju dengan undang undang yang sedia ada, buanglah undang undang tersebut, gunalah undang undang kamu sendiri, tapi risikonya kamu tanggunglah sendiri.

No comments:
Post a Comment