Pemimpin ASEAN Dan APEC Hairan Malaysia Boleh Pertahan Harga Minyak Murah

 


IMG_5502

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program khas Dialog Negara bertemakan “Di Sebalik Keputusan” di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 25 November 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PENDAPAT, 27 Nov – Dalam program Dialog Negara Khas bertemakan “Di Sebalik Keputusan” malam semalam, PMX berkongsi pengalamannya bertemu dengan pemimpin ASEAN dan APEC.

Berdasarkan perkongsian tersebut, antara perkara yang menarik perhatian pemimpin negara lain ialah kemampuan Malaysia mempertahankan harga bahan api pada kadar yang rendah.

Dalam keadaan dunia berdepan konflik Iran, perang Ukraine dan pelbagai krisis geopolitik, Malaysia masih mengekalkan harga petrol RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter.

PMX semalam turut sebutkan hampir RM40 bilion diperuntukkan untuk subsidi bahan api. Harga sebenar RON95 tanpa subsidi mulai hari ini ialah RM3.47 seliter.

Sebelum ini, PMX turut menjelaskan bahawa penyasaran subsidi dan usaha membanteras penyeludupan penting bagi mengelakkan wang negara daripada terus mengalami ketirisan berbilion ringgit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program khas Dialog Negara bertemakan “Di Sebalik Keputusan” di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 25 November 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pada pandangan saya, di sinilah pentingnya kecekapan mentadbir negara. Apabila ketirisan akibat rasuah, penyeludupan dan penyalahgunaan subsidi dapat dikekang, lebih banyak wang negara boleh digunakan untuk memberikan manfaat kepada rakyat.

Setiap kali kita mengisi minyak, sedar atau tidak, kerajaan sedang menanggung RM1.48 bagi setiap liter petrol RON95 bersubsidi yang kita beli.

Tak payah banding jauh-jauh. Cuba lihat harga petrol di Thailand dan Indonesia, dengan mengambil kira jenis bahan api dan dasar subsidi masing-masing.

Media Indonesia mempersoalkan mengapa Malaysia mampu mengekalkan harga bahan api sedangkan negara mereka entah bila boleh melakukannya.

Kadang-kadang kita terlalu terbiasa menikmati sesuatu nikmat sehingga kita terlupa betapa bernilainya nikmat tersebut.

Bersyukur bukan bermakna kita tidak boleh mengkritik kerajaan. Tetapi janganlah dalam kita sibuk mencari kekurangan, kita terlepas pandang manfaat yang sedang kita nikmati.

Oleh Ahmad Mursi'






No comments: