JAMZURI ARDANI
Saya memang tahu Dr Mujahid fasih berbahasa Inggeris dan Arab. Saya pernah melihat beliau menterjemahkan ucapan seorang pemimpin gerakan Islam Palestin dari bahasa Arab ke bahasa Malaysia secara terus, tanpa merujuk kepada teks ucapan.
Saya juga pernah berdiskusi dengan beliau dalam bahasa Inggeris. Saya tahu dia menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
Hari ini saya menyaksikan beliau mengupas topik perbincangan yang agak berat dalam tiga bahasa; bahasa Melayu, bahasa Arab, dan bahasa Inggeris.
Beliau boleh bertukar-tukar bicara dalam tiga bahasa dengan begitu mudah dan lancar sepertimana saya melihat Mark Carney berucap berselang seli dalam bahasa Inggeris dan Perancis dalam satu sesi ucapan.
Dr Mujahid mengupas tentang politik identiti yang secara curang digunakan bagi membangkit sentimen assobiyah sehingga menenggelamkan nilai ajaran agama yang sebenar.
Beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap sikap eksklusif sesetengah pihak terhadap agama sehingga menganggap Islam mereka sahaja yang betul dan hanya mereka yang punya otoriti untuk memberi pandangan dan hukum dalam urusan agama, termasuk politik.
Lebih menyedihkan, kelompok ini tanpa rasa malu sanggup bersekongkol dengan perasuah dan malah memberi sokongan demi kepentingan politik dan kuasa.

No comments:
Post a Comment